Apakah Kepercayaan Anda?

13

Category : LOA

Setiap orang mempunyai kepercayaan masing-masing. Ada yang percaya kepada kerja keras, ada yang percaya kepada usaha, ada yang percaya kepada kekerasan, ada yang percaya kepada kemalasan, ada yang percaya kepada nasib dan sebagainya.

Dasar kepercayaan kita mempunyai kuasa yang amat hebat. Ia mempunyai kuasa untuk mencipta dan juga untuk memusnah.

Oleh itu, kebijaksanaan kita dalam mengendalikan sistem kepercayaan kita amat penting kerana ia mampu menentukan masa depan anda.

Bagaimana?

Apabila kita percaya bahawa kita mampu melakukan sesuatu, anda akan dapat melakukannya. Sebaliknya, jika anda percaya dan yakin bahawa anda tidak dapat melakukan sesuatu perkara, maka anda tidak akan dapat melakukannya.

Sebagai contoh, pada suatu hari, seorang anak murid saya menanya saya maksud untuk salah satu simpulan bahasa. Saya berasa amat yakin dan percaya bahawa saya sudah pernah mengajarnya maksud simpulan bahasa tersebut.

Kemudia, saya pun memberitahunya bahawa saya telah pernah mengajarkannya beberapa bulan yang lalu dan memintanya untuk mencari maksud simpulan bahasa tersebut dari buku notanya (untuk belajar berdikari)

Setelah anak murid saya mencari maksud perkataan tersebut buat seketika, dia masih tidak dapat mencarinya.

Selepas itu, saya pun mengambil buku notanya, berpura-pura mengimbas buku tersebut sepintas lalu dan berkata,

“Saya sudah nampak. Ianya memang sudah pernah diajar”

Lalu mengembalikan buku tersebut kepadanya.

Untuk pengetahuan anda, dia dapat cari maksud perkataan tersebut dalam masa kurang daripada 3 saat.

Mari kita kaji

Pada mulanya, murid saya tidak dapat mencari maksud simpulan bahasa tersebut kerana dia tidak mempercayai bahawa ianya terdapat di dalam buku tersebut.

Selepas saya memberitahunya bahawa saya sudah menjumpainya, saya sebenarnya telah memberi kepercayaan kepadanya dan dengan kepercayaan itu, dia dapat mencari maksud perkataan tersebut dengan mudah.

Itulah kuasa kepercayaan kita.

Bagaimana pula dengan anda?

Jika anda percaya bahawa wang sukar dikumpul, maka sukarlah ianya dikumpul dan sebaliknya.

Jika anda percaya bahawa cinta datang dengan mudah, maka anda akan mendapatkannya dengan mudah.

Jika anda percaya bahawa semua lelaki atau perempuan adalah jahat, maka Tahniah! Doa anda dikabulkan dan anda akan “ditakdirkan” untuk dipertemukan dengan lelaki/perempuan yang jahat.

Sistem kepercayaan kita ini mempunyai kaitan yang rapat dengan Law of Attraction dan kedua-duanya adalah saling bersandar.

Kita menarik apa yang kita percaya. Berbalik kepada persoalan kita. Apakah kepercayaan anda? Mari kita bincangkan.

Percaya yang terbaik untuk anda,

Raymond Chua

Sudah Hidupkah Kereta Anda?

8

Category : LOA, Petua & Tips

Anda hendak pergi ke suatu tempat. Ia sudah menjadi matlamat anda dan anda sudah tahu benar akan tujuan anda serta sebab-sebab mengapa anda hendak pergi ke tempat tersebut.

Akan tetapi anda tidak akan sampai ke tempat tersebut dengan hanya memikirkannya (melainkan anda ada kekuatan mental yang luar biasa) sahaja.

Seseorang pekerja tidak akan sampai ke tempat kerjanya dengan hanya memikirkan tempat kerjanya serta sebab-sebabnya untuk ke tempat tersebut dari rumahnya.

Begitu juga dengan saya dan anda.

Selamat sejahtera, saya Raymond dari blog Law of Attraction.

Salah satu elemen yang penting dalam proses mencapai tujuan atau matlamat kita ialah AMBIL TINDAKAN!

Seseorang itu perlu mengambil tindakan seperti menghidupkan enjin keretanya dan memandu kereta tersebut ke tempat kerjanya. Tiada matlamat yang akan dicapai oleh anda sekiranya anda tidak mengambil sebarang tindakan.

Salah satu faktor kegagalan bagi kebanyakan orang dalam menggunakan Law of Attraction bagi memperbaiki kualiti kehidupan mereka ialah “tidak mengambil tindakan.”

Ya lah. Untuk jadi orang yang beriman dan berjaya, kita perlu bersyukur, yakin pada diri sendiri, percaya kepada tuhan, berdoa, baca kitab suci dan sebagainya.

Tetapi, segalanya adalah sia-sia jika tidak disertakan dengan usaha atau tindakan yang sewajarnya.

Biar saya bagi satu contoh.

Saya ada sebidang tanah lapang dan matlamat saya ialah jadikannya kepada sebuah kebun buah-buahan.

Untuk mencapai matlamat tersebut, saya bersyukur dengan segala benda yang saya miliki termasuk tanah lapang tersebut. Saya percaya kepada tuhan dan berdoa agar tuhan dapat merealisasikan impianku. Saya baca kitab dari siang hingga malam. Selain itu saya juga membuat visualisasi dan meditasi untuk menggambarkan sebuah kebun yang subur dengan pokok buah-buahan yang berbuah lebat dan manis.

Soalan minggu ini (Dari Raymond)

Apakah kemungkinan bahawa impian saya akan menjadi kenyataan? Mengapa? Bilakah impian saya akan menjadi kenyataan? Mengapa? Bagaimanakah impian saya boleh menjadi kenyataan?

Mari kita bincangkan di ruang komen.

–Tamat ujian–