Satu Lagi Tip Untuk Mengelakkan Penangguhan

4

Category : Petua & Tips

Dalam Bicara Selasa yang lepas , kita telah belajar mengenai bahaya penangguhan, akibat penangguhan serta tip-tip untuk mengelakkan penangguhan iaitu dengan menetapkan satu tarikh dan masa secara spesifik dan jika anda berjaya melakukannya, berikan ganjaran kepada diri anda untuk “menggembirakan” minda separa sedar anda supaya ia akan terus mengelakkan penangguhan dan membawa anda kepada kejayaan.

Kepada pelawat yang baru tiba ke blog ini, selamat datang. Saya Raymond Chua dari blog Law of Attraction dan dalam Bicara Selasa minggu ini, saya akan kongsikan satu lagi tip yang dapat mengelakkan penangguhan dengan berkesan.

Dalam tip hari ini, anda perlukan sebuah diari ataupun sekurang-kurangnya sebuah buku nota.

Seperti biasa, diari mempunyai tarikh, betul tak? Jika diari anda tidak ada tarikh, jangan nangis, tulislah sendiri. Jika anda belum ada diari, tanya tengok saudara-mara anda ataupun kawan-kawan anda ada diari yang berlebihan tak. Kalau tak ada, belilah satu kerana diari (sebuah buku latihan pun sudah memadai) yang nampak remeh ini telah banyak menyumbang kepada kejayaan saya.

Baiklah, jadi sekarang dah ada diarikan? Mari kita mulakan.

Di dalam diari anda, tuliskan perkara perkara yang MESTI anda lakukan setiap hari, dari pagi hingga malam.

Buat perancangan ini setiap malam. Misalnya malam ini anda buat perancangan untuk hari esok.

Perancangan anda tidak semestinya formal. Anda boleh tulis perancangan anda mengikut kehendak anda. Salah tatabahasa ataupun campur-campur bahasa pun tak apa. Janji anda faham apa yang ditulis.

Contoh:

24 Feb 2009, Selasa

7:00 – Pergi joging

8:00 – Tulis dan post artikel Bicara Selasa – tip elak penangguhan

9:00 – Siap sedia emel bagi pelancaran Intuition Zone dan check komisyen jualan bagi setiap akaun.

10:00 – Periksa dan reply emel

12:00 – Sediakan kerja untuk pembantu saya.

13:00 – Makan tengah hari

14:00 – lawat blog dan forum

15:00 – merakam, edit dan upload video untuk melatih affiliate

17:00 – siram bunga

17:30 – membaca buku/ebook Magnet Rezeki – ingat tulis nota

19:00 – Makan Malam (sambil baca buku)

20:00 – buat marketing dan link building

21:00 – Buat meditasi

22:00 – Buat Joint venture

00:00 – Tulis perancangan untuk hari esok, buat affirmasi dan tidur

Selepas anda menulis perancangan tersebut, pastikan anda mengikutnya (bukan sekadar menulis sahaja). Jika saya telah merancang untuk memeriksa emel sehingga pukul 12 tengah hari sahaja. Saya akan pastikan bahawa saya mengikut jadual tersebut.

Apabila sudah sampai masanya, saya akan berhenti tak kira saya sudah siap memeriksa emel-emel tersebut atau tidak dan terus beralih kepada tugas yang seterusnya iaitu, menyediakan tugas bagi pembantu saya.

Disiplin adalah amat penting dalam proses ini. Jika saya tidak ada disiplin, saya akan terus periksa emel sampai lewat petang dan menangguhkan kerja-kerja yang lain.

Jika anda tidak dapat melatih disiplin anda, maka lupakan sahajalah impian anda kerana ia hanya akan kekal sebagai satu impian sahaja. Untuk berjaya, anda perlukan disiplin.

Cuba aktiviti ini untuk sehari dan lihat kesannya. Lihat berapa banyak tugas yang dapat anda lakukan. Dari situ, anda dapat merasakan kehebatan teknik ini.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan hasilnya di ruang komen.

Jangan tangguh lagi,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini !

P.P.S. Nak tips-tips lain untuk mencipta kejayaan? klik sini .

Apa Gunanya Kekuatan Tanpa Akal Fikiran

13

Category : Motivasi

Salam sejahtera. Terima kasih kerana masih lagi setia bersama Bicara Selasa . Saya Raymond Chua dari blog Law of Attraction .

Pada minggu ini, saya akan kongsikan sebuah cerita yang menarik dengan anda.

Di dalam sebuah hutan, tinggal seekor harimau yang garang. Pada suatu hari, semasa Sang Harimau sedang mencari makanan, ia terjumpa dengan seekor Poodle (sejenis binatang yang agak comel) yang tidak pernah dilihatnya.

Maka harimau tersebut pun mengambil keputusan untuk menjadikan poodle tersebut sebagai sasarannya. Poodle tersebut berasa terkejut apabila menyedari bahawa ia telah menjadi sasaran Sang Harimau.

Otak poodle itu berpusing ligat bagi mencari jalan untuk melepaskan dirinya daripada maut. Sambil ia berfikir, ia ternampak setimbun tulang binatang yang terletak tidak jauh darinya.

Apabila Sang Harimau bergerak secepat kilat untuk menerkamnya, poodle itu pun berkata, “Hmm … sedapnya harimau ini,” sambil melihat ke arah timbunan tulang tersebut.

Sang Harimau pun menghentikan langkahnya serta merta, berasa terkejut dan segera menjauhi poodle tersebut. Poodle itu berasa bersyukur kerana terselamat daripada menjadi mangsa Sang Harimau.

Semuanya berjalan dengan lancar kecuali satu perkara …

Kejadian ini disaksikan oleh seekor monyet yang memerhati dari atas sepohon pokok rambutan. Si Monyet mengambil peluang ini untuk mendapatkan perlindungan daripada Sang Harimau dengan membelot poodle tersebut.

Si Monyet pun segera pergi mendapatkan Sang Harimau untuk menyuarakan tawarannya.

“Saya ada satu maklumat yang amat penting untuk diberikan kepada kamu. Sebagai balasannya, saya ingin mendapatkan perlindungan daripada kamu” ujar Si Monyet.

Sang Harimau bersetuju dan menerima tawaran ini. Kemudian Si Monyet pun memberitahu Sang Harimau tentang hal sebenar mengenai poodle tersebut.

Sang Harimau berasa amat marah dan pergi ke tempat tadi dengan Si Monyet untuk membunuh poodle tersebut serta merta.

Poodle tersebut segera faham tentang apa yang sedang berlaku apabila ia ternampak Si Monyet duduk di belakang Sang Harimau dan menuju ke arahnya.

Selepas berfikir sejenak, poodle itu pun berkata, “Geramnya aku, suruh Si Monyet pergi mendapatkan Sagn Harimau bagi saya pun dia mengambil masa yang begitu lama.”

Apakah yang anda pelajari daripada cerita ini? Bincangkan …

Salam kajayaan,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !

Amboi, Murahnya!

25

Category : LOA

Looking up to the sky....

Image by law_keven via Flickr

Pada malam Sabtu yang lalu, saya tidak sempat untuk makan malam kerana saya telah menggunakan masa makan malam tersebut untuk berbual-bual sambil merapatkan hubungan dengan 2 orang murid saya.

Selepas itu, saya pun berkejar ke destinasi yang seterusnya (untuk mengajar juga). Dalam perjalanan, saya ternampak sebuah gerai burger di tepi jalan.

“Mungkin cukup masa untuk makan satu burger kot” bisik hati kecil saya.

Ah, masa menunjukkan bahawa saya masih lagi mempunyai masa 15 minit! Jadi aku pun membelok ke dalam untuk membeli sebiji burger.

Dah lebih setahun saya tak makan burger. Rasa seronok pula. Tetapi alangkah terkejutnya apabila saya ternampak senarai harga pada gerai tersebut.

Harga bagi burger biasa mencecah RM2.20. Kalau nak tambah telur, kena bayar ekstra RM1.50. Amboi, tinggi betul ROI-nya! :)

Bukanlah saya nak merungut. Cuma kali terakhir saya beli burger, ia Cuma berharga RM1.70. Itupun kurang daripada 2 tahun yang lalu sahaja.

Mahal pun bukanlah mahal sangat. Sebaliknya makan burger ini jauh lebih murah daripada makan kat restoran-restoran sederhana mewah. Cuma ia membuatkan saya terfikir mengenai isu kenaikan harga yang sedang menjadi buah mulut orang ramai.

(Sebenarnya saya tidak merasakan impak daripada kenaikan harga ini kerana menu/senarai harga pada restoran-restoran yang kerap saya kunjungi masih tidak berubah)

Isu inilah yang menjadi inspirasi kepada saya untuk menulis artikel yang sedang anda baca ini iaitu cara-cara untuk mengatasi masalah ataupun isu ini dengan menggunakan Law of Attraction.

Macam manalah kita nak mengatasi masalah kenaikan harga kalau kita asyik memikir serta merasakannya. Semankin kita merungut tentang sesuatu masalah, semankin kuat kita menarik masalah itu kepada kita sendiri.

Kita akan sentiasa dapat apa yang kita fokuskan. Jadi, jika kita fokuskan kepada masalah, lebih banyak masalah yang akan datang kepada kita.

Kalau anda gunakan masa serta kuasa fokus itu untuk memikirkan macam mana untuk menjana pendapatan tambahan, mungkin ianya telahpun direalisasikan.

Mulai hari ini, tumpukan perhatian anda kepada benda-benda yang murah. Mungkin anda boleh pergi ke pasar borong ataupun tempat-tempat lain yang menjual barangan dengan harga yang murah atau dengan harga pukal.

Apabila anda berada di persekitaran tersebut, anda tidak akan memikirkan soal mahal lagi. Apabila anda mula memberi tumpuan kepada benda-benda yang murah, anda akan menarik benda-benda yang murah, diskaun dan sebagainya kepada anda.

Kenapa? Tak percaya?

Cuba dan lihat kesannya.

Sehingga berjumpa lagi pada minggu hadapan.

Salam kajayaan,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !

Hukum Penyesaran

7

Category : Petua & Tips

Keadaan anda pada hari ini adalah disebabkan oleh minda serta tindak tanduk anda pada masa yang lalu.

Mungkin anda telah berkali-kali mendengar ayat sebegini. Ia bagaikan diulang dan diulang dan diulang.

Mari kita berfikir sejenak, kenapa ia diulang berkali-kali? Sebabnya mudah. Ianya penting.

Jika anda berpuas hati dengan pencapaian anda pada hari ini, tahniah! Ia merupakan hasil ciptaan anda sendiri.

Akan tetapi, sekiranya anda TIDAK berpuas hati dengan hidup anda pada hari ini, ianya juga hasil ciptaan anda.

Kalau anda tidak berpuas hati dengan hidup anda sekarang, maka langkah pertama yang anda boleh lakukan ialah mengubahnya.

Ianya logik dan bukannya sesuatu yang sukar untuk difahami.

Soalan seterusnya yang kerap ditanya ialah bagaimana untuk mengubahnya.

Sebelum saya berikan jawapannya, biar saya terangkan mengenai Hukum Penyesaran dahulu.

Hukum Penyesaran menyatakan bahawa 2 benda tidak boleh menduduki ruang yang sama pada masa yang sama.

Jika anda masukkan gula ke dalam kopi anda, aras air kopi tersebut akan naik. Ini adalah kerana air kopi tersebut telah disesarkan oleh gula itu.

Dengan kata yang lain, kopi dan gula tersebut tidak dapat menduduki ruang yang sama pada masa yang sama.

Begitu juga dengan minda kita. Ramai orang yang ‘cuba’ untuk berfikiran positif tetapi tidak berhasil. Kenapa?

Ini adalah kerana pemikiran negatif yang tertanam di dalam minda kita masih belum dikeluarkan. Jika pemikiran negatif dalam minda kita tidak dikeluarkan, maka ia tidak mempunyai ruang untuk pemikiran positif.

Jadi, sebelum anda memprogramkan pemikiran positif ke dalam minda anda, anda perlu singkirkan pemikiran negatif anda terlebih dahulu.

Apabila pemikiran negatif tersebut telah disingkirkan maka wujudlah ruang-ruang kosong untuk menempatkan pemikiran positif anda.

Adakah anda telah bersedia untuk sesarkan pemikiran negatif anda dengan pemikiran positif? Lakukannya hari ini. Ianya percuma dan memberikan hasil yang memuaskan.

Sehingga berjumpa lagi pada Selasa depan. Saya Raymond Chua dari blog Law of Attraction.

P.S. Jika anda masih belum dapatkan podcast Financial Blueprint percuma daripada saya, anda boleh dapatkannya hari ini di

http://www.green-rectangle.com/mmi/kejayaan.html

Adakah Anda Menggunakan Law of Attraction untuk Membantutkan Kekayaan Anda?

7

Category : LOA, Seminar

Saya ingin memulakan artikel hari ini dengan satu berita baik. Untuk semua subscribers yang sudah subscribe ke dalam senarai saya, saya telah pun emelkan link kepada podcast Financial Blueprint yang telah dijanjikan (Dalam Bahasa Melayu).

Bahagian kedua bagi podcast ini akan disiapkan secepat mungkin. Walaupun tanpa bahagian kedua, saya yakin podcast bahagian pertama ini sudah dapat memberi banyak manfaat kepada anda.

Jadi, kepada anda yang belum subscribe kepada list saya, anda boleh berbuat demikian di

http://green-rectangle.com/mmi/kejayaan.html

Berbalik kepada tajuk hari ini iaitu adakah anda menggunakan Law of Attraction untuk membantutkan kekayaan anda (secara langsung stau tidak langsung).

Pernahkah anda berkata atau mendengar ayat-ayat berikut?

Orang kaya semuanya penipu.

Orang kaya biasanya tak baik.

Kalau tak buat kerja haram, macam mana nak jadi kaya.

Dia ini kaya. Mesti dia buat skim cepat kaya.

Wang merupakan sebab utama bagi segala kejahatan.

Semua orang kaya jahat!

(dan banyak lagi)

Jika anda pernah berkata atau memikirkan ayat-ayat sebegini, minda kewangan anda telahpun diracuni. Ianya teramcam dan sudah berada dalam tahap yang kritikal.

Jika anda pernah berkata atau memikirkan ayat-ayat sebegini, saya boleh jamin bahawa anda masih belum kaya dan tidak akan kaya KECUALI minda sedar atau separa sedar anda diubah.

Tembok Besar Minda

Biar saya terangkan bagaimana racun minda kita dilahirkan dan bagaimana ianya dimasukkan ke dalam minda kita. Sejak kecil lagi, kita telah diasuh untuk menjadi orang yang baik, berbudi bahasa, bermoral dan sebagainya.

Pada masa yang sama juga, perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita, kata-kata yang sering kita dengar daripada ibu bapa, kawan-kawan serta guru-guru kita, rancangan televisyen, berita dan sebagainya telah banyak memaparkan imej kejahatan yang disebabkan oleh wang.

Misalnya, anda kerap mendengar berita tentang kes rompakan, penculikan, pembunuhan dan sebagainya (yang berasaskan wang). Selain itu, anda mungkin terdengar perbualan di antara ibu bapa anda dengan jiran-jiran yang berbincang tentang malapetaka yang disebabkan oleh wang atau bagaimana sebuah keluarga menjadi porak peranda disebabkan oleh wang dan sebagainya.

(dan banyak lagi)

Kesimpulannya, anda ingin menjadi orang yang baik dan secara langsung, anda mengaitkan kekayaan dengan segala bentuk kejahatan.

Apabila anda hendak menjadi orang yang baik, anda akan menarik segala yang diperlukan untuk menjadi orang yang baik denga menggunakan Law of Attraction.

Malangnya, pada masa yang sama, minda separa sedar anda telah menggabungkan satu mesej kepada gelombang yang dipancar keluar melalui minda anda yang berbunyi,

“untuk menjadi orang yang baik, saya tidak boleh menjadi kaya.”

Jadi, minda anda akan berusaha sedaya upaya untuk menghalang kekayaan daripada menemui anda supaya anda dapat terus jadi orang yang baik. Minda anda akan membina satu tembok besar untuk mengkalang kekayaan anda.

Semua ini berlaku dalam minda separa sedar kita dan kita tidak perasan terhadap perkara ini. Oleh itu, kadang-kadang kita hendak menjadi kaya, tetapi jauh ke dalam hati kecil kita, kita tidak berani untuk menjadi kaya.

Kadang-kadang kita mendapat durian runtuh seperti mendapat bonus, memenangi hadiah cabutan bertuah dan sebagainya, tetapi entah kenapa, wang itu habis dibelanjakan begitu sahaja tanpa kita mengetahui apa yang kita belanjakan wang tersebut.

Jika apa yang dibincangkan di atas benar bagi anda, dan anda sangat sangat ingin ingin jadi kaya, maka anda perlu mula mengaitkan kekayaan dengan segala kebaikan.

Nampaknya artikel ini dah jadi terlalu panjang, nanti jadi ebook pula. :)

Saya akan kongsikan dengan lebih lanjut lagi dalam podcast saya yang kedua.

Apa yang dibincangkan di atas hanya merupakan salah satu daripada berpuluh-puluh kecacatan pada financial blueprint anda. Jika anda ingin mengenali semua kecacatan ini dan memperbaikinya dengan teknik yang telah dibuktikan keberkesanannya, maka anda perlu menghadiri seminar Millionaire Mind Intensive, T Harv Eker.

Anda boleh mendapatkan tiket seminar itu kat sini.

Selamat menjadi kaya.