Cara Dapat Gaji Besar – Dari Segi Dalaman

9

Category : Petua & Tips

RINGGIT MALAYSIA
Image by ~ezs via Flickr

Dalam Bicara Selasa minggu lepas, saya berkongsi tetang tip-tip untuk mendapat gaji yang besar deripada pekerjaan dan semua itu adalah unsur-unsur luaran.

Untuk Bicara Selasa minggu ini, saya akan kongsikan tentang cara-cara untuk menarik gaji besar dari segi dalaman pula. Cara ini merangkumi pemikiran serta minda kita.

Untuk mendapat gaji yang besar, mula-mula, anda perlu percaya dan yakin bahawa anda boleh mendapatkannya. Mendapat gaji yang besar adalah hak anda.

Jika anda tidak dapat meyakinkan diri anda bahawa anda berhak untuk mendapat gaji sebesar itu, anda mungkin tidak akan mendapatnya.

Penyelesaiannya ialah tanya diri anda. Apakah sebab yang menyebabkan diri anda berasa demikian?

Jika sebabnya ialah, “kerana saya malas”, tukarkan tabiat serta sikap anda supaya anda dapat melihat diri anda sebagai seorang yang rajin dan berjaya.

Jika sebabnya ialah, “Saya tidak mempunyai pendidikan yang tinggi”, daftarkanlah diri anda kepada kelas-kelas malam yang tertentu. Sekarang sudah ada banyak program belajar Bahasa Inggeris, Komputer, Perakaunan dan lain-lain untuk orang dewasa.

Orang yang gagal suka mencipta halangan dengan memberikan banyak alasan. Orang yang berjaya pula biasanya akan menghapuskan sebarang halangan di hadapan mereka.

Selepas anda sudah meyakinkan diri anda bahawa anda berhak mendapatkannya, buat visualisasi 2 kali setiap hari, iaitu selepas bangun dan sebelum tidur.

Bayangkan setepat yang mungkin akan kehendak anda iaitu apakah yang akan anda lakukan apabila anda memiliki wang tersebut. Dengan kata lain, mengapakah anda hendakkan gaji besar. Apakah yang akan anda beli dengan wang tersebut, apakah yang akan anda labur dengan wang tersebut?

Satu lagi, apakah definisi gaji besar anda? Untuk sesetengah orang, RM 1000 sudah dikira besar. Bagi sesetengah orang yang lain pula, RM 10,000 baru dikira besar. Jadi tentukan nilai gaji besar anda dan jadikan nombor itu sebagai matlamat anda.

Jika anda mempraktikkan tip-tip yang dikongsikan dalam minggu ini dan minggu lepas, saya yakin gaji anda pasti meningkat.

Selamat berjaya,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!

P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.

Reblog this post [with Zemanta]

Cara Dapat Gaji Besar

6

Category : Petua & Tips

Average salaries of faculty of :en:California ...
Image via Wikipedia

Salam sejahtera kepada semua pembaca Bicara Selasa. Terima kasih kerana masih lagi setia bersama saya di sini.

Dalam Bicara Selasa yang lepas, saya berkongsi tentang kualiti fokus dan ada seorang pembaca yang bertanya tentang cara-cara untuk mendapat gaji besar dengan menggunakan kuasa fokus yang dibincangkan.

Jadi, saya pun menulis artikel ini untuk menjawab pertanyaan beliau.

Untuk mendapat gaji yang besar ada banyak caranya. Ada yang mungkin sesuai untuk anda, ada yang mungkin tidak.

Apabila kita kata tentang gaji, ia merujuk kepada pekerjaan makan gaji dan bukannya perniagaan. Dalam perniagaan, kita menggunakan istilah pendapatan, bukannya gaji.

Ada banyak cara untuk mendapat gaji yang besar. Antaranya adalah mendapat bonus yang lumayan, komisyen yang tinggi dan dinaikkan pagkat serta gaji.

Untuk perbincangan hari ini, saya akan fokuskan kepada kenaikan gaji kerana ia merujuk kepada golongan majoriti.

Mari kita mula fokuskan kepada beberapa soalan yang berkualiti seperti:

Apakah yang perlu anda lakukan untuk mendapat kenaikan gaji?

Salah satu faktor yang dapat meningkatkan kebarangkalian kenaikan gaji ialah tahap pendidikan. Dengan kata lain, sijil. Apakah lulusan tertinggi anda?

Adalah lebih mudah untuk anda mendapat gaji yang lumayan sekiranya anda mempunyai sijil-sijil cemerlang yang berkaitan dengan pekerjaan anda seperti ijazah, pengetahuan yang tertentu seperti perakaunan, sains, tahu berbahasa inggeris, pandai menggunakan komputer dan sebagainya (bergantung kepada jenis pekerjaan anda)

Jika anda tidak ada sijil-sjil serta pengetahuan di atas, fokuskan kepada aspek yang lain seperti sikap kepimpinan, kerajinan, berfikiran positif dan taat kepada syarikat.

Anda juga boleh bertanya kepada diri anda, Andaikata anda ialah seorang majikan, apakah syarat-syarat yang akan anda letakkan untuk menaikkan gaji seorang pekerja?

Dalam syarikat saya, pekerja yang lebih pandai Bahasa Inggeris dan kemahiran tertentu yang lain akan diberi kerja-kerja yang lebih mudah seperti membuat usahasama, berkomunikasi dengan rakan kongsi dan sebagainya manakala pekerja yang kurang mahir akan diberikan kerja-kerja yang tidak memerlukan kemahiran yang spesifik seperti menulis, menyalin dan lain-lain.

Dari segi bonus pula, saya tidak akan memberikan bonus kepada pekerja yang tidak mempunyai sikap yang baik walaupun dia mahir dalam beberapa perkara.

Saya hanya akan memberikan bonus kepada mereka yang patuh kepada arahan, bertanya apabila berasa ragu-ragu (bukan buat pandai) dan berkomunikasi dengan saya dengan cara yang elok.

Adakah anda merasakan diri anda layak untuk mendapat gaji yang besar? Berikan sebabnya.

Jika anda malas bekerja, kurang pengetahuan dan tidak mahu belajar, asyik merungut serta menyalahkan orang lain apabila berlaku sesuatu dan suka bergosip, anda mungkin boleh mendapat gaji tetapi bukan gaji BESAR.

Sesetengah syarikat mempunyai syarat-syarat kenaikan pangkat. Jika anda kurang pasti, anda boleh bertanya kepada majikan anda tentang syarat-syarat yang diperlukan dan apa yang anda perlu lakukan ialah memenuhi syarat tersebut sahaja.

Adakah majikan anda mampu untuk memberikan gaji yang lumayan kepada anda?

Akhir sekali, lihatlah keadaan syarikat. Jika syarikat anda kecil, tidak berkembang ataupun hampir bankrap, janganlah berharap untuk mendapat gaji besar melainkan anda tukar syarikat.

Saya berharap tip-tip di atas dapat membantu anda untuk mendapat gaji besar dalam pekerjaan anda.

Selamat berjaya,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!

P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.

Reblog this post [with Zemanta]

Kadang-kadang Law of Attraction Kurang Berkesan

8

Category : LOA

Mungkin ramai di antara anda yang kurang yakin ataupun was-was dengan Law of Attraction. Hal ini adalah kerana kadang-kadang ianya tidak berlaku seperti mana yang diinginkan.

Misalnya anda inginkan kenaikan gaji. Anda telah buat visualisasi pada setiap hari tetapi apa yang anda inginkan tidak kesampaian. Pada saat itu, anda mula meragui kewujudan Law of Attraction. Apakah ianya benar? Jika benar, kenapa ia tidak berkesan terhadapku?

Izinkan saya untuk menghapuskan kabus yang mengaburi mata serta pandanganmu. Ramai yang beranggapan bahawa Law of Attraction ini bertindak sendirian tanpa mempunyai kaitan dengan hukum-hukum yang lain. Pemikiran ini adalah SALAH!

Law of Attraction adalah bersandar dengan semua hukum-hukum yang lain di dunia ini dan ia hanya merupakan cebisan kecil daripada gambaran keseluruhan. Jika anda gagal melihat perkaitan LOA dengan hukum-hukum yang lain, maka anda akan berasa keliru.

Antara hukum-hukum yang dimaksudkan ialah hukum sebab dan akibat, hukum cinta, hukum getaran, hukum Newton, hukum kemagnetan dan lain-lain lagi.

Sekiranya LOA tidak berhubung kait dengan hukum-hukum alam yang lain, maka dunia ini akan jadi kelam kabut, tidak harmoni dan tidak seimbang. Saya pasti bahawa anda juga tidak ingin melihat ataupun mengalami ketidakseimbangan ini.

Bayangkan keadaan ini.

Anda sedang menonton TV. Kemudian sampai ke babak peperangan. Anda melihat sebutir peluru menuju ke arah anda dengan halaju yang tinggi (daripada TV anda). Ianya seolah-olah benar sehingga anda ingatkan peluru tersebut akan terkena anda. Emosi anda pada ketika itu adalah sama dengan emosi anda sekiranya ianya benar.

Adakah anda sedang menarik peluru tersebut kepada anda? YA!

Adakah ia akan berlaku dengan serta-merta? TIDAK! (kecuali keadaan cukup harmoni pada masa itu)

Peluru tersebut tidak akan muncul secara tiba-tiba dan tertembak anda. Ianya tidak logik dan tidak mematuhi hukum alam yang lain seperti hukum keabadian tenaga, hukum keabadian momentum dan lain-lain lagi. Dengan kata yang lain, keadaan di sekeliling anda belum harmoni.

Akan tetapi, sekiranya anda mengekalkan perasaan serta pemikiran tersebut, anda akan menarik persekitaran tersebut kepada anda untuk membolehkannya berlaku dan ia memerlukan masa dan bukan sekelip mata sahaja. Ini adalah bertujuan untuk mematuhi hukum alam yang lain.

Apa yang saya maksudkan dengan persekitaran yang harmoni ialah, anda sedang berada di medan peperangan dan anda membayangkan sebutir peluru terkena anda. Ini adalah lebih mudah untuk dimanifestasikan kerana persekitaran anda sudah menjadi lebih harmoni dengan tujuan serta “keinginan” anda.

Saya akan bincangkan dengan lebih lanjut lagi pada minggu hadapan. Jadi buat masa ini, bincangkan apakah pendapat anda mengenai LOA? Adakah ianya benar? tipu? … dll.

Adakah LOA berkesan kepada anda? Apakah kekerapannya? Mari kita kongsi bersama.

Sahabat LOA anda,

Raymond Chua