
- Image by Getty Images via Daylife
Kita bersua lagi dalam Bicara Selasa. Seperti biasa, saya Raymond Chua dari blog Law of Attraction dan pada minggu ini, saya ingin berkongsi sedikit tentang hukum 90/10 ini.
Hanya 10% daripada perkara di dunia ini di luar kawalan kita. Yang selebihnya, iaitu 90%, kita berupaya untuk mengawalnya dan jika kita dapat mengawal yang 90% itu, hidup kita akan menjadi lebih ceria dan gembira.
Mari kita kaji situati-situasi berikut:
Situasi A
Dalam perjalanan pulang dari pejabat, anda terperangkap dalam satu kesesakan lalu lintas kerana terdapat satu kemalangan yang ngeri di hadapan. Ini merupakan perkara yang berada di luar kawalan anda. (10%)
Dengan segera, perasaan anda mula berasa tertekan kerana malam ini merupakan hari jadi anak anda dan anda tidak mahu lewat untuk meraikan hari jadi dengannya.
Tiba-tiba, telefon bimbit anda berdering dan anda pun menjawab panggilan tersebut. Anak anda merajuk dan bertanya mengapakan anda masih belum sampai ke rumah.
Anda yang berasa tertekan pun melepaskan geram dengan memarahi anak anda kerana asyik memikirkan tentang harijadinya dan tidak mengambil kisah akan perasaan anda yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
Apabila anda sampai ke rumah, anda berasa bersalah kerana telah meregangkan hubungan di antara anda dengan anak anda. Ia tidak perlu menjadi begini.
Situasi B
Dalam perjalanan pulang dari pejabat, anda terperangkap dalam satu kesesakan lalu lintas kerana terdapat satu kemalangan yang ngeri di hadapan. Ini merupakan perkara yang berada di luar kawalan anda. (10%)
Walaupun malam ini anda telah berjanji dengan anak anda bahawa anda akan meraikan harijadi dengannya dan kemalangan di hadapan jalan raya mungkin menyebabkan anda lewat pulang ke rumah, anda tetap berasa bersyukur kerana yang terlibat dalam kemalangan itu bukan anda.
Fikiran anda tenang apabila anda berasa bersyukur dan anda segera menelefon balik ke rumah untuk memberitahu anak anda bahawa anda akan lewat pulang, menjelaskan bahawa anda sedang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan menyuruhnya berdoa agar anda selamat pulang.
Anda juga berjanji bahawa walaupun anda lewat pulang, anda tetap akan meraikan harijadi dengannya malam ini juga.
Apabila anda pulang, anak anda berasa gembira melihat anda selamat pulang dan memandangkan anda sekeluarga telah berasa amat lapar, anda sekeluarga pun keluar makan dengan penuh selera dan gembira.
Dalam kedua-dua situasi di atas, perkara yang berlaku dan berada di luar kawalan kita (10%) iaitu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas tidak berubah.
Akan tetapi reaksi kita terhadap perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita yang menentukan keceriaan serta hala tuju kehidupan kita. (90%)
Walaupun kita tidak dapat mengawal perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita, tetapi kita dapat menentukan reaksi kita terhadap perkara-perkara yang berlaku.
Ambillah hukum 90/10 ini sebagai pedoman dan gunalah ilmu ini dengan sebaik-baiknya.
Selamat bereaksi,
P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!
P.P.S. Hendak mengubah hidup anda? Klik sini.

![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=7463d4ed-7ab3-4a5a-bd61-14ad4ca9281d)



