Minggu lepas, anda telahpun belajar tentang kepentingan melepaskan kawalan terhadap impian kita dan bagaimana ia membantu dalam proses manifestasi.
Hari ini saya akan kongsikan tentang cara-cara melepaskan kawalan pula. Mungkin ada di antara anda yang sudah faham akan kepentingan melepaskan kawalan anda terhadap impian anda tetapi masih tertanya-tanya tentang cara-caranya.
Caranya mudah sahaja iaitu anda perlu yakin (tanpa sebarang perasaan ragu-ragu) bahawa ianya akan dikabulkan ataupun anda boleh percaya bahawa anda telahpun memilikinya.
Mari kita ambil proses pernafasan sebagai contoh.
Semasa anda bernafas, adakah anda berasa bimbang atau ragu-ragu bahawa anda akan dapat bekalan oksigen yang seterusnya?
Adakah anda memikirkan bahawa mungkin anda tidak akan mendapat bekalan oksigen untuk bernafas pada saat yang seterusnya.
Tentu tidak!
Anda mungkin akan menjadi orang yang paling sibuk di dunia jika anda memikirkannya.
Kita tidak nampak gas oksigen tetapi kita percaya dan yakin bahawa kita pasti mendapatkannya.
Kita tidak perlu tanya bahawa bilakah bekalan oksigen ini akan sampai ke hidung kita atau bagaimana ia mengalir kepada kita. Mungkin ada di antara kita yang tidak pernah bertanyakan soalan-soalan sedemikian pun.
Kepercayaan yang sama perlu anda berikan kepada impian anda dan anda tidak perlu tahu bagaimana atau bila ianya akan datang kepada anda.
Semasa anda membelokkan kenderaan anda untuk mengelakkan kemalangan, pada saat itu, anda begitu yakin bahawa kemalangan akan berlaku (walaupun ianya belum berlaku).
Jika anda dapat memberikan keyakinan yang begitu tinggi kepada perkara-perkara yang anda tidak inginkan, mengapa tidak anda berikan keyakinan tersebut kepada perkara yang anda betul-betul idamkan?
Fikirkannya dan mari kongsikan pendapat anda.
Salam kajayaan,
P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !




