Image by law_keven via Flickr
Pada malam Sabtu yang lalu, saya tidak sempat untuk makan malam kerana saya telah menggunakan masa makan malam tersebut untuk berbual-bual sambil merapatkan hubungan dengan 2 orang murid saya.
Selepas itu, saya pun berkejar ke destinasi yang seterusnya (untuk mengajar juga). Dalam perjalanan, saya ternampak sebuah gerai burger di tepi jalan.
“Mungkin cukup masa untuk makan satu burger kot” bisik hati kecil saya.
Ah, masa menunjukkan bahawa saya masih lagi mempunyai masa 15 minit! Jadi aku pun membelok ke dalam untuk membeli sebiji burger.
Dah lebih setahun saya tak makan burger. Rasa seronok pula. Tetapi alangkah terkejutnya apabila saya ternampak senarai harga pada gerai tersebut.
Harga bagi burger biasa mencecah RM2.20. Kalau nak tambah telur, kena bayar ekstra RM1.50. Amboi, tinggi betul ROI-nya!
Bukanlah saya nak merungut. Cuma kali terakhir saya beli burger, ia Cuma berharga RM1.70. Itupun kurang daripada 2 tahun yang lalu sahaja.
Mahal pun bukanlah mahal sangat. Sebaliknya makan burger ini jauh lebih murah daripada makan kat restoran-restoran sederhana mewah. Cuma ia membuatkan saya terfikir mengenai isu kenaikan harga yang sedang menjadi buah mulut orang ramai.
(Sebenarnya saya tidak merasakan impak daripada kenaikan harga ini kerana menu/senarai harga pada restoran-restoran yang kerap saya kunjungi masih tidak berubah)
Isu inilah yang menjadi inspirasi kepada saya untuk menulis artikel yang sedang anda baca ini iaitu cara-cara untuk mengatasi masalah ataupun isu ini dengan menggunakan Law of Attraction.
Macam manalah kita nak mengatasi masalah kenaikan harga kalau kita asyik memikir serta merasakannya. Semankin kita merungut tentang sesuatu masalah, semankin kuat kita menarik masalah itu kepada kita sendiri.
Kita akan sentiasa dapat apa yang kita fokuskan. Jadi, jika kita fokuskan kepada masalah, lebih banyak masalah yang akan datang kepada kita.
Kalau anda gunakan masa serta kuasa fokus itu untuk memikirkan macam mana untuk menjana pendapatan tambahan, mungkin ianya telahpun direalisasikan.
Mulai hari ini, tumpukan perhatian anda kepada benda-benda yang murah. Mungkin anda boleh pergi ke pasar borong ataupun tempat-tempat lain yang menjual barangan dengan harga yang murah atau dengan harga pukal.
Apabila anda berada di persekitaran tersebut, anda tidak akan memikirkan soal mahal lagi. Apabila anda mula memberi tumpuan kepada benda-benda yang murah, anda akan menarik benda-benda yang murah, diskaun dan sebagainya kepada anda.
Kenapa? Tak percaya?
Cuba dan lihat kesannya.
Sehingga berjumpa lagi pada minggu hadapan.
Salam kajayaan,
P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !




