Cara-cara Untuk Melepaskan Kawalan Terhadap Impian Anda

4

Category : Petua & Tips

levitation of a magnet above ... Image via Wikipedia

Minggu lepas, anda telahpun belajar tentang kepentingan melepaskan kawalan terhadap impian kita dan bagaimana ia membantu dalam proses manifestasi.

Hari ini saya akan kongsikan tentang cara-cara melepaskan kawalan pula. Mungkin ada di antara anda yang sudah faham akan kepentingan melepaskan kawalan anda terhadap impian anda tetapi masih tertanya-tanya tentang cara-caranya.

Caranya mudah sahaja iaitu anda perlu yakin (tanpa sebarang perasaan ragu-ragu) bahawa ianya akan dikabulkan ataupun anda boleh percaya bahawa anda telahpun memilikinya.

Mari kita ambil proses pernafasan sebagai contoh.

Semasa anda bernafas, adakah anda berasa bimbang atau ragu-ragu bahawa anda akan dapat bekalan oksigen yang seterusnya?

Adakah anda memikirkan bahawa mungkin anda tidak akan mendapat bekalan oksigen untuk bernafas pada saat yang seterusnya.

Tentu tidak!

Anda mungkin akan menjadi orang yang paling sibuk di dunia jika anda memikirkannya.

Kita tidak nampak gas oksigen tetapi kita percaya dan yakin bahawa kita pasti mendapatkannya.

Kita tidak perlu tanya bahawa bilakah bekalan oksigen ini akan sampai ke hidung kita atau bagaimana ia mengalir kepada kita. Mungkin ada di antara kita yang tidak pernah bertanyakan soalan-soalan sedemikian pun.

Kepercayaan yang sama perlu anda berikan kepada impian anda dan anda tidak perlu tahu bagaimana atau bila ianya akan datang kepada anda.

Semasa anda membelokkan kenderaan anda untuk mengelakkan kemalangan, pada saat itu, anda begitu yakin bahawa kemalangan akan berlaku (walaupun ianya belum berlaku).

Jika anda dapat memberikan keyakinan yang begitu tinggi kepada perkara-perkara yang anda tidak inginkan, mengapa tidak anda berikan keyakinan tersebut kepada perkara yang anda betul-betul idamkan?

Fikirkannya dan mari kongsikan pendapat anda.

Salam kajayaan,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !

Apakah Kepercayaan Anda?

13

Category : LOA

Setiap orang mempunyai kepercayaan masing-masing. Ada yang percaya kepada kerja keras, ada yang percaya kepada usaha, ada yang percaya kepada kekerasan, ada yang percaya kepada kemalasan, ada yang percaya kepada nasib dan sebagainya.

Dasar kepercayaan kita mempunyai kuasa yang amat hebat. Ia mempunyai kuasa untuk mencipta dan juga untuk memusnah.

Oleh itu, kebijaksanaan kita dalam mengendalikan sistem kepercayaan kita amat penting kerana ia mampu menentukan masa depan anda.

Bagaimana?

Apabila kita percaya bahawa kita mampu melakukan sesuatu, anda akan dapat melakukannya. Sebaliknya, jika anda percaya dan yakin bahawa anda tidak dapat melakukan sesuatu perkara, maka anda tidak akan dapat melakukannya.

Sebagai contoh, pada suatu hari, seorang anak murid saya menanya saya maksud untuk salah satu simpulan bahasa. Saya berasa amat yakin dan percaya bahawa saya sudah pernah mengajarnya maksud simpulan bahasa tersebut.

Kemudia, saya pun memberitahunya bahawa saya telah pernah mengajarkannya beberapa bulan yang lalu dan memintanya untuk mencari maksud simpulan bahasa tersebut dari buku notanya (untuk belajar berdikari)

Setelah anak murid saya mencari maksud perkataan tersebut buat seketika, dia masih tidak dapat mencarinya.

Selepas itu, saya pun mengambil buku notanya, berpura-pura mengimbas buku tersebut sepintas lalu dan berkata,

“Saya sudah nampak. Ianya memang sudah pernah diajar”

Lalu mengembalikan buku tersebut kepadanya.

Untuk pengetahuan anda, dia dapat cari maksud perkataan tersebut dalam masa kurang daripada 3 saat.

Mari kita kaji

Pada mulanya, murid saya tidak dapat mencari maksud simpulan bahasa tersebut kerana dia tidak mempercayai bahawa ianya terdapat di dalam buku tersebut.

Selepas saya memberitahunya bahawa saya sudah menjumpainya, saya sebenarnya telah memberi kepercayaan kepadanya dan dengan kepercayaan itu, dia dapat mencari maksud perkataan tersebut dengan mudah.

Itulah kuasa kepercayaan kita.

Bagaimana pula dengan anda?

Jika anda percaya bahawa wang sukar dikumpul, maka sukarlah ianya dikumpul dan sebaliknya.

Jika anda percaya bahawa cinta datang dengan mudah, maka anda akan mendapatkannya dengan mudah.

Jika anda percaya bahawa semua lelaki atau perempuan adalah jahat, maka Tahniah! Doa anda dikabulkan dan anda akan “ditakdirkan” untuk dipertemukan dengan lelaki/perempuan yang jahat.

Sistem kepercayaan kita ini mempunyai kaitan yang rapat dengan Law of Attraction dan kedua-duanya adalah saling bersandar.

Kita menarik apa yang kita percaya. Berbalik kepada persoalan kita. Apakah kepercayaan anda? Mari kita bincangkan.

Percaya yang terbaik untuk anda,

Raymond Chua