Image by gabirro via Flickr
Selamat kembali ke Bicara Selasa . Saya berharap anda telah mengelakkan salah satu kesilapan yang kerap dilakukan oleh orang ramai semasa menggunakan Law of Attraction dalam artikel minggu lalu.
Dalam Bicara Selasa minggu ini, saya akan berikan tip #2 pula.
Tak sabar-sabar?
Mari kita mulakan …
Tip #2 pada minggu ini ialah – Amalkan sikap bersabar.
Seperti proses-proses yang lain, proses manifestasi juga mengambil masa.
Kebanyakkan orang putus asa apabila sudah menghampiri garis penamat. Sayang betul. Itulah kerugian yang ditanggung oleh orang yang tidak bersabar. Orang yang nak lihat kesan tidakannya serta merta.
Jika anda tidak bersabar, anda bukan sahaja tidak mendapat apa yang diinginkan tetapi anda mungkin juga dibelenggu perasaan negatif seperti hampa, benci, marah dan sebagainya.
Ini akan memudaratkan lagi kesan LOA.
Bolehkah anda kumpulkan 9 orang ibu untuk melahirkan seorang anak dalam masa 1 bulan?
Bolehkah anda menggandakan proses pertumbuhan pokok dengan menyiram air 20 kali sehari?
Bolehkah anda meminum 80 gelas air sekali gus untuk bekalan 10 hari?
Tentu tidak!
Semua proses serta perkara di dunia ini memerlukan jangka masa yang tertentu untuk berlaku. Jadi, bersabarkan dan percaya dengan yakin bahawa impian anda akan dimanifestasikan.
Jika anda ingin attract badan yang sihat, berilah masa kepada sel-sel badan anda untuk membiak sel-sel yang baru yang sihat. Berilah masa kepada sistem badan anda untuk memecahkan molekul-molekul lemak yang berlebihan dan sebagainya.
Selaki lagi, bersabarlah. Ia pasti akan datang kepada anda.
Bersabarlah … sabar … sabar,
P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !
P.P.S. Nak belajar cara-cara untuk menjemput rezeki ke dalam kehidupan anda? klik sini .




