Kuasa Minda Separa Sedar

12

Category : Hipnosis, kuasa Minda, Minda Sedar, Minda Separa Sedar

sub tech

Apa khabar kalian. Kita bertemu lagi dalam Bicara Selasa di sini dan seperti yang dijanjikan pada minggu lepas, minggu ini saya akan terangkan dengan lebih lanjut tentang peranan hipnosis dalam minda separa sedar.

Minggu ini agak sibuk sedikit kerana baru sahaja menghabiskan satu workshop dengan mentor saya Stephen Pierce di SMU, Singapura.

Maaf ye kalau saya lewat terbitkan artikel ini. Saya menaip artikel ini di atas beberapa buah kotak minyak pelincir dalam sebuah bengkel kereta di mana kereta saya sedang dibaiki dan diservis sekarang.

Mari kita mulakan.

Hipnosis merupakan satu kaedah untuk mencapai minda separa sedar kita secara langsung.

Apabila anda sedang mencari kunci rumah, berbual-bual, menanam pokok bunga, anda bukan sahaja menggunakan minda sedar anda tetapi juga minda separa sedar anda.

Minda separa sedar anda bekerja secara senyap dari dalam walaupun anda sedang melakukan sesuatu perbuatan secara sedar.

Minda separa sedar anda memproses maklumat seperti merangka ayat yang hendak dicakap, mengenal pasti lokasi kunci anda dan sebagainya dan kemudiannya menghantar maklumat yang telah diproses tersebut ke minda sedar anda.

Adakah anda masih ingat saat-saat anda mendapat idea yang berguna ataupun teringat tempat anda meletakkan kunci anda? Semua maklumat tersebut datangnya dari minda separa sedar yang juga digelar sebagai “minda sebenar”.

Minda separa sedar kita amat berkuasa dan di sinilah ahli hipnosis memanipulasikan serta memprogram minda separa sedar anda.

Apabila anda berada dalam keadaan tenang (hipnosis), aktiviti minda sedar anda menurun tetapi diri anda masih sedar. Pada masa inilah minda separa sedar anda menjadi dominan dan lebih berkuasa daripada biasa.

Keadaan ini amat sesuai bagi anda untuk memanipulasikan minda separa sedar anda untuk berfikir dengan cara tertentu begantung kepada cara anda memprogramnya.

Jika anda ingin menjadi kaya, tetapi asyik memikirkan pasal hutang yang tak terbayar, anda boleh menggunakan teknik hipnosis untuk menghipnosis diri anda untuk memanifestasikan lebih banyak kekayaan kepada diri anda.

Sudahkah anda nampak akan kuasanya?

Semasa anda membuat affirmasi dan visualisasi, anda sebenarnya sedang menghipnosis diri anda ke arah kejayaan.

Klik sini untuk mendapatkan audio hipnosis yang saya gunakan.

Ia merupakan irama muzik yang berlainan frekuensi yang direka khas oleh sekumpulan saintis untuk melatih serta meningkatkan kuasa minda separa sedar anda semasa anda membuat visualisasi.

Ia sesuai digunakan oleh semua orang tanpa mengira jenis bahasa yang anda gunakan kerana ia hanya terdiri daripada irama muzik sahaja. Tidak ada orang yang bercakap di dalam audio tersebut.

Selamat berhipnosis,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!

P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.

Reblog this post [with Zemanta]

Law of Attraction Asyik Gagal

7

Category : LOA, Perniagaan

a rare occurence of a 5-country multinational ...
Image via Wikipedia

Bukan sesuatu yang baru bagi saya apabila mendengar orang berkata bahawa:

Law of Attraction merupakan suatu penipuan

Law of Attraction bukan untuk saya

Saya tak percaya Law of Attraction

Proses manifestasi amat sukar

Ia bukan Law of Attraction. Ia kerana awak bertuah. (Memang pun. Saya menggunakan Law of Attraction untuk mencipta tuah saya)

Dulu saya berasa ragu-ragu tentang Law of Attraction juga.

Bila saya mula mangaplikasikan Law of Attraction dahulu, saya hanya duduk pada kerusi rehat saya dan buat visualisasi sepanjang hari untuk beberapa hari.

Hasilnya, banyak kerja serta tugas saya terabai dan tiada apa-apa yang berlaku.

Saya tidak faham mengapa impian saya tidak dimanifestasikan dan mula berasa tertekan. Saya berasa tertipu dan timbunan kerja saya semankin banyak. Saya berasa seperti hendak putus asa pasa masa itu.

Terima kasih kepada kedegilan serta perasaan ingin tahu saya yang mendorong saya untuk mendalami pengetahuan Law of Attraction.

Saya banyak mencari dalam internet, membeli banyak ebook, audio, kursus serta melabur dalam coaching program. (Bukan semuanya sekali gus)

Pengalaman mengajar saya bahawa harga yang perlu dibayar untuk TIDAK mendidik diri sendiri adalah jauh lebih tinggi.

Ini bermakna adalah amat berbaloi bagi saya untuk melaburkan wang saya yang berlebihan dalam ilmu serta pendidikan untuk membangunkan diri saya.

Tindakan yang saya ambil terbukti bijak dan betul. Semankin banyak saya belajar, semankin saya faham mengapa saya gagal dahulu dan bagaimana untuk membetulkan kesalahan tersebut.

Semankin banyak saya belajar ilmu LOA dan kuasa minda, semankin banyak rahsia tentang LOA dan kuasa minda yang saya kumpul.

Gabungan ilmu ini telah banyak menyumbang kepada kejayaan saya pada hari ini.

Saya terpaksa mengaku bahawa bukan semua buku yang saya beli, bukan semua kursus yang saya hadiri adalah baik. Ada yang memuatkan perkara yang remeh sahaja.

Jika anda adalah seperti saya yang mempunyai semangat ingin tahu yang kuat serta bertekad untuk mendalami ilmu LOA dan mencipta kejayaan anda pada hari ini, saya boleh syorkan anda beberapa sumber maklumat yang hebat yang pernah saya baca dan dengar.

Magnet Rezeki – Mesti baca

Attraction Accelerator – Audio yang dapat meletakkan minda anda dalam gelombang alpha. Sesuai didengar apabila anda melakukan visualisasi ataupun tugasan yang memerlukan kreativiti.

Untuk sumber-sumber lain dalam Bahasa Inggeris, sila rujuk laman ini.

Kesemua sumber ini telah saya baca dan dengar dan mereka banyak membantu dalam mencipta kejayaan saya. Hari ini tibalah giliran anda untuk mencipta kejayaan anda sendiri.

Selamat berjaya,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!

P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.

Reblog this post [with Zemanta]

Gagal Mengaplikasikan Law of Attraction

7

Category : Minda Separa Sedar

Saya mempunyai satu soalan untuk anda pada hari ini.

Adakah anda berjaya memanifestasikan impian anda pada kali pertama anda mengaplikasikan Law of Attraction ?

Kemungkinan besar jawapan anda adalah tidak. Untuk melakukan sesuatu perkara, kita perlukan kemahiran.

Kita belajar untuk melakukan sesuatu perkara dengan mengambil tindakan untuk melakukannya. Bukan dengan mendengar daripada rakan-rakan, membaca ataupun menghadiri seminar.

Tidak dapat disangkal bahawa mendengar, membaca ataupun menghadiri seminar dapat membantu kita dalam proses manifestasi tetapi kia masih perlu mengambil tindakan yang wajar dan mengalaminya sendiri. Itulah cara kita belajar.

Adakah anda belajar berbasikal dengan mendengar pita rakaman? Atau membaca buku-buku tentang cara-cara berbasikal? Ataupun menghadiri seminar berbasikal?

Tentu tidak! (Sila kongsikan dengan saya jika anda menggunakan cara-cara di atas)

Buku, seminar dan pita audio hanya dapat memberi pengetahuan kepada kita dan bukannya kemahiran.

Begitu juga dengan proses manifestasi. Anda mungkin akan berjaya pada kali pertama dan mungkin tidak. Akan tetapi, jika anda mencuba berulang kali, kemahiran tersebut akan dibangunkan secara senyap dalam diri anda.

Ramai orang yang memberitahu saya bahawa Law of Attraction tidak berkesan bagi mereka tetapi apabila ditanya berapa kali mereka melakukannya, jawapan yang saya terima ialah tidak lebih daripada 3 kali.

Law of Attraction merupakan hukum alam dan ia berkesan untuk semua orang, semua benda. Tak kira sama ada benda itu hidup ataupun bukan hidup. Ia berkesan di semua tempat pada setiap masa.

Pokoknya lakukan sahaja dan lakukan perubahan jika gagal. Macamlah saintis buat eksperimen.

Ia seperti membuat kek. Jika kek pertama yang anda buat terlalu manis, apakah yang akan anda lakukan. Tentunya kurangkan gula pada kali kedua. Itulah yang saya maksudkan dengan membuat perubahan.

Jika anda masih membubuh kuantiti gula yang sama setiap kali, anda akan terus gagal dan gagal.

Kalau anda benar-benar ingin mendalami ilmu Law of Attraction dan mengubah hidup anda, saya syorkan anda untuk membaca ebook Magnet Rezeki.

Sehingga berjumpa lagi pada minggu hadapan.

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini !

P.P.S. Hendak mengubah hidup anda? Klik sini .

Berhenti Merayu, Mula Menarik – tip #1

8

Category : Minda Separa Sedar

Selamat Tahun Baru saya ucapkan kepada semua peminat setia Bicara Selasa. Walaupun sudah tahun baru, tetapi penulis Bicara Selasa tetap orang yang sama iaitu saya, Raymond Chua.

Sekiranya anda masih belum membaca artikel minggu lalu, saya cadangkan anda membacanya dahulu di sini untuk mendapat gambaran yang lebih lengkap.

Baiklah, kita mulakan dengan tip pertama untuk mengelakkan kegagalan dalam menggunakan Law of Attraction untuk membahagiakan lagi kehidupan kita.

Tip #1 ialah – Belajar serta izinkan diri anda untuk menerima

Seperti seorang jurujual yang berkata, “Adakah anda berminat untuk membeli jam tangan ini? Berminat tak? Berminat tak? Berminat tak? Berminat tak? Berminat tak? Berminat tak? … ”

Anda tidak akan berpeluang untuk menjawab soalan jurujual tersebut sekiranya dia asyik bertanya “Berminat tak?” tanpa henti.

Dengan kata lain, jurujual tersebut tidak bersedia untuk menerima jawapan yang diingini. Akibatnya, dia gagal membuat sebarang jualan.

Begitu juga dengan minda anda. Jika minda anda asyik menghantar “doa” keluar sahaja, anda berada dalam keadaan di mana anda masih belum lagi bersedia untuk menerima.

Saya tidak bermaksud untuk menyuruh anda berhenti berdoa, buat visualisasi atau buat afirmasi. Apa yang ingin saya tekankan di sini ialah, amalkan sikap kesederhanaan.

Kalau doktor kata minum air baik untuk kesihatan, janganlah balik dan minum air 24 jam. Perut pecah nanti! Betul tak?

Selepas berdoa, selepas buat visualisasi, selepas ucapkan apa yang anda inginkan, percayalah kepada hukum alam. Percayalah kepada kuasa Law of Attraction. Percaya bahawa ia akan dimanifestasikan kepada anda.

Jika anda asyik merayu sahaja, anda masih lagi belum bersedia untuk menerima. Jadi, berhenti merayu, mula percaya dan mula menarik.

Dalam Bicara selasa minggu depan, saya akan kongsikan pula tip #2. Kalau kongsikan semua tip sekaligus, anda mungkin akan keliru. Fahamkan apa yang dikongsikan dalam artikel hari ini.

Bersedia untuk nemerima,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini!

P.P.S. Nak belajar cara-cara untuk menjemput rezeki ke dalam kehidupan anda? klik sini.

Berhenti Merayu, Mula Menarik

4

Category : LOA

Bersua kembali dalam Bicara Selasa bersama saya, Raymond Chua dari blog Law of Attraction . Ini merupakan artikel terakhir yang akan saya tulis dalam Bicara Selasa bagi tahun ini.

Sekelip mata sahaja dah sampai ke penghujung tahun dan saya berharap matlamat anda bagi tahun ini dah tercapai semuanya.

Dalam Bicara Selasa minggu ini (dan tahun depan), saya akan berkongsi sedikit tentang masalah yang mungkin anda dihadapi dengan Law of Attraction dan cara-cara untuk mengatasinya.

Ingatkah anda akan percikan harapan yang timbul semasa anda menonton filem The Secret ? Saya masih lagi ingat dengan jelas harapan yang memenuhi hati saya. Seolah-olah YA! Akhirnya aku telah menemui rahsia bagi kejayaanku.

Jika anda ada membaca artikel-artikel saya yang lepas, saya telah menonton filem The Secret melebihi 200 kali (dan itu bukan ukuran ilmu saya). Tak pernah saya menonton sesebuah wayang sebegitu banyak kali tanpa jemu.

Setiap kali saya menontonnya, pasti ada sesuatu idea yang timbul dan ada ilmu baru yang ditimba.

Akan tetapi selepas beberapa ketika, anda mula nampak halangan-halangan yang muncul dan berapa ramaikah di antara anda yang mula mengucapkan ayat-ayat ini:

  • Law of Attraction berkesan bagi orang lain tetapi tidak bagi saya.
  • Law of Attraction kadang-kadang berkesan-kadang-kadang tidak
  • Alam ini macam mempunyai prasangka terhadap saya.
  • Saya telah berusaha, berusaha dan berusaha dengan keras tetapi perkara yang saya inginkan masih tidak menjadi.

Itulah tujuan siri artikel ini iaitu untuk menjawab persoalan-persoalan di atas.

Jangan bimbang. Anda tidak keseorangan. Lebih daripada 95% daripada penduduk dunia ini mempunyai masalah yang sama.

Seperti perkara-perkara yang lain, kita perlu banyak berlatih untuk menjadi hebat dalam sesuatu perkara. Misalnya berbasikal. Kita bukannya pandai berbasikal dengan hanya memerhati orang lain berbasikal ataupun, menonton video tentang cara-cara berbasikal ataupun membaca buku panduan berbasikal.

Sumber-sumber di atas mungkin berguna tetapi kita masih lagi kena berlatih berbasikal.

Semankin banyak kita berlatih, semankin pandai kita berbasikal sampai ada yang boleh berbasikal tanpa tangan, berbasikal sambil manjawab panggilan telefon ataupun sambil berpayung pada waktu hujan, berbasikal satu roda dan sebagainya.

Jangan berasa hampa apabila gagal. Apabila kita berasa hampa, kita akan menarik perkara-perkara yang negatif kepada kita.

Ini merupakan satu siri artikel dan di dalam artikel-artikel yang akan datang saya akan dedahkan 3 tip kepada anda supaya anda tidak lagi berasa hampa terhadap Law of Attraction dan berhenti merayu kepada alam ini kerana anda akan mula tahu menarik perkara-perkara yang anda inginkan kepada anda.

Nantikan artikel-artikel yang akan datang,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !

P.P.S. Nak belajar cara-cara untuk menjemput rezeki ke dalam kehidupan anda? klik sini .