Sukarela dan Mangsa

4

Category : Motivasi

View from the Skybridge on the Petronas towers.
Image via Wikipedia

Minggu lepas, saya menerima beberapa emel yang bertanya mengapa saya tidak menerbitkan artikel untuk Bicara Selasa. Sebabnya ialah, saya pergi menghadiri Majlis Graduation untuk seminar UPW Anthony Robbins yang saya hadiri pada bulan yang lepas.

Majlis itu diadakan di Cititel KL dan kebetulan pula pada Hari Selasa. Jadi saya pun mengambil cuti sehari (maksudnya tanpa laptop) ke Kuala Lumpur.

Memandangkan majlis itu berlangsung pada sebelah malam. Saya pun mengambil peluang ini untuk berjalan-jalan sambil membeli-belah di Mid Valley.

Dalam Graduation Night tersebut, saya berpeluang untuk berkenalan dengan beberapa kawan baru yang saya rasa sesuai untuk diterapkan ke dalam hidup saya. Mereka adalah orang-orang yang berjaya, berfikiran positif dan sentiasa berusaha untuk mencapai impian mereka.

Antara orang-orang yang berjaya ini, saya mendapati mereka ada satu persamaan. Persamaan tersebut ialah, mereka melakukan sesuatu perkara kerana mereka ingin melakukannya dan bukannya kerana terpaksa.

Saya kategorikan orang-orang ini sebagai sukarelawan. Mereka melakukan perkara-perkara seperti membina perniagaan mereka, komited kepada keluarga, dan menjaga kesihatan mereka secara sukarela.

Mereka tidak bekerja semata-mata untuk wang tetapi untuk kepuasan diri juga. Mereka menjaga kesihatan diri untuk berasa lebih bertenaga dan bukannya kerana takut akan pandangan negatif orang lain terhadap mereka.

Jika anda melakukan sesuatu perkara secara sukarela, maka hidup anda akan menjadi lebih gembira. Bayangkan jika anda bangun setiap pagi dan berasa ghairah untuk bekerja. Seronok tak?

Itulah kepentingan memilih kerja yang kita suka. Jika anda berilmu, anda sentiasa dialu-alukan untuk memilih kerja anda. Jika anda rasa anda masih belum mempunyai cukup ilmu, anda masih tidak terlewat untuk menimba ilmu sekarang.

Salah seorang kawan baru yang saya kenal membuka sekolah hip hop. Beliau mempunyai keghairahan untuk mengajar serta melihat orang lain menari hip hop. Apabila saya bertanya sama ada beliau gembira dengan kerjayanya, beliau memberitahu saya bahawa dia amat gembira dan bersyukur dengan kerjaya yang dibina olehnya.

Beliau ialah seorang sukarelawan dan sebab itulah, beliau berjaya.

Saya suka mengajar dan mengajar dapat memberi banyak kepuasan kepada diri saya. Saya sentiasa menanti-nantikan masa untuk kelas saya kerana itulah passion saya. Saya mendapat keseronokan bekerja daripada kerjaya ini. (dan juga perniagaan-perniagaan yang lain).

Saya ialah seorang sukarela dan saya boleh mengajar secara percuma jika saya hendak. Saya pernah dan selalu memberi kelas-kelas percuma sehingga hari ini. Saya juga mengajarkan beberapa teknik-teknik perniagaan (secara percuma tanpa disuruh) kepada beberapa orang anak murid yang yang berniaga secara kecil-kecilan kerana dari situlah datangnya kepuasan saya.

Mangsa pula merupakan mereka yang melakukan sesuatu kerja kerana terpaksa dan bukan kerana mereka suka. Mangsa suka menyalahkan orang lain. Mangsa suka mengabdu banyak-banyak. Mangsa kerap berfikiran negatif.

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda seorang sukarelawan? Ataupun mangsa?

Kongsikan pendapat anda.

Selamat berjaya,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!

P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.

Reblog this post [with Zemanta]

Raymond Hilang!!!

4

Category : Minda Separa Sedar

Salam sejahtera. Saya Raymond dari blog Law of Attraction dan mungkin ada di antara anda yang tertanya-tanya, ke manakah Raymond menghilang? Tak terbitkan Bicara Selasa pun. Apa yang terjadi?

Sebenarnya banyak perkara yang terjadi kebelakangan ini dan banyak tugas daripada perniagaan saya yang terabai.

Tapi semuanya perkara yang baik-baik belaka. Berikut adalah sedikit update daripada saya jika anda tertanya-tanya bagaimanakah kehidupan harian Raymond. :)

Adegan 1

2 Minggu yang lalu saya menghadiri Seminar “Never Work Again” yang dianjurkan oleh T Harv Eker dan banyak ilmu yang saya timba, banyak peluang pelaburan yang terbuka kepada saya.

Dalam seminar tersebut, saya sempat melabur beberapa ribu dolar dalam 2 pakej pembelajaran yang ditawarkan oleh penceramah-penceramah jemputan, Pakej-pakej tersebut adalah mengenai perniagaan dan pelaburan hartanah di Amerika.

Jadi saya pun mulalah sibuk membaca bahan-bahan bacaan yang baru dibeli, membuat kajian, analisis, berbincang dengan rakan seperjuangan dan banyak lagi.

Adegan 2

Ingat tak buku “Rich Dad, Poor Dad” yang ditulis oleh Robert Kiyosaki? Jika anda pernah membaca buku tersebut, anda akan tahu akan kehebatan Rich Dad-nya yang mengajar beliau tentang konsep kewangan dalam bahasa yang mudah difahami.

Sekarang, Rich Dad beliau merupakan seorang jutawan yang dikagumi terutamanya selepas penerbitan buku bestseller tersebut. Saya selalu menanam niat untuk berjumpa dengan Rich Dad-nya setiap kali membaca buku tersebut.

Impian tercapai!

Saya bukan sahaja berpeluang untuk berjumpa dengan Keith (Rich Dad), tetapi juga berpeluang untuk berjabat tangan, bergambar dan berbual-bual dengan beliau. Setiap kata yang diluahkan oleh beliau amat bermakna dan membuat saya berfikir panjang selepas pulang ke rumah. Kata-kata beliau bagaikan emas.

Raymond Chua dengan Rich Dad dan isterinya

Raymond Chua dengan "Rich Dad" dan isterinya

Selepas kena Photoshop (yang tidak profesional)

Raymond dan Rich Dad serta isterinya

Raymond dan "Rich Dad" serta isterinya

Akhirnya saya menyertai coaching program beliau (secara berbayar) dan saya amat bangga dengan tindakan serta peluang keemasan tersebut.

Banyak kerja rumah yang beliau berikan dan beliau akan mengadakan webinar dengan kami (anak murid dalam coaching program) dalam masa beberapa minggu lagi.

Banyak masa serta usaha yang perlu dikorbankan untuk menjadi macam Robert Kiyosaki.

Adegan 3

Selasa lepas, saya mengadakan perjumpaan dengan seorang rakan di sebuah kafe dalam sebuah library di Jurong East dan berbincang tentang pelaburan hartanah di Singapura dan Malaysia. Banyak idea yang kami kembangkan dalam perjumpaan tersebut.

Selepas itu, saya mengadakan satu sesi workshop kecil bersama-sama dengan seorang jutawan yang terkenal di Singapore Management University (SMU). Selepas itu, ada peluang makan supper dengan beliau dan sempat buat sedikit joint venture dengannya.

Banyak perkara yang saya pelajari daripada beliau.

Sebab itulah saya tidak menulis Bicara Selasa minggu lepas. Sibuk sepanjang hari. :)

Penutup

Saya sibuk dengan aktiviti perniagaan, pelaburan serta pembelajaran akhir-akhir ini. Banyak masa yang diluangkan untuk belajar melabur, mengkaji peluang pelaburan (buat “kerja rumah”), dan mengembangkan perniagaan.

Otak saya penuh dengan nombor sepanjang hari.

Apalah nak buat dengan timbunan kerja yang tertunda? Saya yakin mesti ada penyelesaiannya. :)

Ok. Sekarang anda sudah faham apa yang berlaku. Jadi, jangan marah ye, jika tak dapat baca Bicara Selasa pada minggu lepas.

Salam hormat,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!

P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.

Reblog this post [with Zemanta]

Kegawatan Ekonomi?

8

Category : Petua & Tips

Suntec City Mall with Fountain of Wealth in th...
Image via Wikipedia

Ramai orang yang dihantui ketakutan dan perasaan panik apabila memikirkan crisis ekonomi yang melanda.

Ketakutan, kerisauan, dan kebimbangan ini diburukkan lagi oleh media massa yang tidak berputus-putus untuk melaporkan angka pekerja yang dipecat, bilangan kilang yang ditutup, graf ekonomi yang jatuh merundum dan sebagainya.

Tidakkah mereka tahu bahawa berita-berita ini akan mengeruhkan lagi keadaan semasa?

Persoalannya bukan tahu atau tidak tahu. Sebabnya ialah, jika mereka asyik menulis berita yang baik, berita mereka tidak laris. Secara amnya, manusia lebih suka mengambil tahu tentang perkara-perkara buruk yang menimpa daripada berita-berita baik yang dapat memberi inspirasi.

Itu juga merupakan sebab mengapa ramai yang suka bergosip tentang hal-ehwal orang lain. Ramai yang lebih gemar untuk mengambil tahu tentang kes rompakan bank di kawasan perumahan mereka daripada hal kejayaan yang dicapai oleh anak jiran mereka.

Jadi, itulah sebab mengapa kebanyakan berita berunsur negatif. SAMBUTAN!

Memandangkan kita tidak dapat mengawal aktiviti serta tindakan media massa, adalah lebih mudah untuk kita untuk mengawal diri sendiri.

Jauhkan diri anda daripada berita-berita yang tidak memberikan manfaat kepada anda, misalnya berita tentang kegawatan ekonomi. Adakah ekonomi kita benar-benar begitu teruk?

Saya tidak tahu kerana saya tidak membaca surat khabar, tak ada TV di rumah dan tak dengar radio.

Yang saya tahu ialah, perniagaan saya pada tahun ini jauh lebih baik daripada tahun lepas dan seterusnya memecahkan rekod pendapatan saya.

Yang saya tahu ialah IT fair di Suntec City penuh dengan orang sehingga pasukan sekuriti perlu mengubah sistem eskalator untuk mengelakan kesesakan, semua tempat letak kereta di kawasan sekeliling penuh dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk dalam masa kegawatan ekonomi.

Di Amerika, tempat duduk kelas pertama dalam kapal terbang penuh sementara tempat duduk ekonomi masih ada yang kosong.

Semua ini tidak dilaporkan dalam surat khabar. Apakah benarnya ada kegawatan ekonomi?

“Ada 2 jenis ekonomi iaitu ekonomi am dan ekonomi peribadi. Keadaan ekonomi am amat teruk sekarang, tetapi keadaan ekonomi peribadi saya masih dalam keadaan yang hebat” – T Harv Eker

Saya amat kagum apabila mendengarnya. Semua kata-katanya masuk akal. Banyak jutawan “dilahirkan” dalam masa kegawatan ekonomi. Mengapa?

Sebab kegawatan ekonomi memberi peluang kepada mereka untuk melabur. Harga rumah dan tanah rendah. Harga saham murah. Orang yang pandai melabur dalam masa kegawatan ekonomi ini akan menjadi kaya secara automatik apabila keadaan ekonomi kembali pulih.

Kejayaan tidak dipengaruhi oleh keadaan ekonomi ataupun keadaan sekeliling. Ia dipengaruhi oleh minda serta pemikiran anda. Ada yang menggunakan keadaan ekonomi sebagai alasan. Ada yang menggunakan kegawatan ekonomi sebagai satu peluang.

Saya memilih untuk melihatnya sebagai satu peluang dan sudahpun mula mencari rumah yang sedia untuk dilelong. Pihak bank amat memberi kerjasama sekarang. Banyak pihak pemaju rumah pun sudah mengabaikan yuran guaman dan duti setem. Ini peluang keemasan.

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda melihatnya sebagai satu peluang ataupun kesusahan? Komenkan pendapat anda!

Selamat bertindak,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!

P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.

Reblog this post [with Zemanta]

Adakah Anda Menggunakan Law of Attraction untuk Membantutkan Kekayaan Anda?

7

Category : LOA, Seminar

Saya ingin memulakan artikel hari ini dengan satu berita baik. Untuk semua subscribers yang sudah subscribe ke dalam senarai saya, saya telah pun emelkan link kepada podcast Financial Blueprint yang telah dijanjikan (Dalam Bahasa Melayu).

Bahagian kedua bagi podcast ini akan disiapkan secepat mungkin. Walaupun tanpa bahagian kedua, saya yakin podcast bahagian pertama ini sudah dapat memberi banyak manfaat kepada anda.

Jadi, kepada anda yang belum subscribe kepada list saya, anda boleh berbuat demikian di

http://green-rectangle.com/mmi/kejayaan.html

Berbalik kepada tajuk hari ini iaitu adakah anda menggunakan Law of Attraction untuk membantutkan kekayaan anda (secara langsung stau tidak langsung).

Pernahkah anda berkata atau mendengar ayat-ayat berikut?

Orang kaya semuanya penipu.

Orang kaya biasanya tak baik.

Kalau tak buat kerja haram, macam mana nak jadi kaya.

Dia ini kaya. Mesti dia buat skim cepat kaya.

Wang merupakan sebab utama bagi segala kejahatan.

Semua orang kaya jahat!

(dan banyak lagi)

Jika anda pernah berkata atau memikirkan ayat-ayat sebegini, minda kewangan anda telahpun diracuni. Ianya teramcam dan sudah berada dalam tahap yang kritikal.

Jika anda pernah berkata atau memikirkan ayat-ayat sebegini, saya boleh jamin bahawa anda masih belum kaya dan tidak akan kaya KECUALI minda sedar atau separa sedar anda diubah.

Tembok Besar Minda

Biar saya terangkan bagaimana racun minda kita dilahirkan dan bagaimana ianya dimasukkan ke dalam minda kita. Sejak kecil lagi, kita telah diasuh untuk menjadi orang yang baik, berbudi bahasa, bermoral dan sebagainya.

Pada masa yang sama juga, perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita, kata-kata yang sering kita dengar daripada ibu bapa, kawan-kawan serta guru-guru kita, rancangan televisyen, berita dan sebagainya telah banyak memaparkan imej kejahatan yang disebabkan oleh wang.

Misalnya, anda kerap mendengar berita tentang kes rompakan, penculikan, pembunuhan dan sebagainya (yang berasaskan wang). Selain itu, anda mungkin terdengar perbualan di antara ibu bapa anda dengan jiran-jiran yang berbincang tentang malapetaka yang disebabkan oleh wang atau bagaimana sebuah keluarga menjadi porak peranda disebabkan oleh wang dan sebagainya.

(dan banyak lagi)

Kesimpulannya, anda ingin menjadi orang yang baik dan secara langsung, anda mengaitkan kekayaan dengan segala bentuk kejahatan.

Apabila anda hendak menjadi orang yang baik, anda akan menarik segala yang diperlukan untuk menjadi orang yang baik denga menggunakan Law of Attraction.

Malangnya, pada masa yang sama, minda separa sedar anda telah menggabungkan satu mesej kepada gelombang yang dipancar keluar melalui minda anda yang berbunyi,

“untuk menjadi orang yang baik, saya tidak boleh menjadi kaya.”

Jadi, minda anda akan berusaha sedaya upaya untuk menghalang kekayaan daripada menemui anda supaya anda dapat terus jadi orang yang baik. Minda anda akan membina satu tembok besar untuk mengkalang kekayaan anda.

Semua ini berlaku dalam minda separa sedar kita dan kita tidak perasan terhadap perkara ini. Oleh itu, kadang-kadang kita hendak menjadi kaya, tetapi jauh ke dalam hati kecil kita, kita tidak berani untuk menjadi kaya.

Kadang-kadang kita mendapat durian runtuh seperti mendapat bonus, memenangi hadiah cabutan bertuah dan sebagainya, tetapi entah kenapa, wang itu habis dibelanjakan begitu sahaja tanpa kita mengetahui apa yang kita belanjakan wang tersebut.

Jika apa yang dibincangkan di atas benar bagi anda, dan anda sangat sangat ingin ingin jadi kaya, maka anda perlu mula mengaitkan kekayaan dengan segala kebaikan.

Nampaknya artikel ini dah jadi terlalu panjang, nanti jadi ebook pula. :)

Saya akan kongsikan dengan lebih lanjut lagi dalam podcast saya yang kedua.

Apa yang dibincangkan di atas hanya merupakan salah satu daripada berpuluh-puluh kecacatan pada financial blueprint anda. Jika anda ingin mengenali semua kecacatan ini dan memperbaikinya dengan teknik yang telah dibuktikan keberkesanannya, maka anda perlu menghadiri seminar Millionaire Mind Intensive, T Harv Eker.

Anda boleh mendapatkan tiket seminar itu kat sini.

Selamat menjadi kaya.

Pelan Kewangan Anda

15

Category : Petua & Tips, Seminar

Salam ceria semua, Saya Raymond Chua dari blog Law of Attraction.

Pertama sekali, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada para subscriber yang telah pun mendaftar untuk mendapatkan rahsia di sebalik kejayaan-kejayaan kecil yang saya kongsikan pada minggu yang lalu.

Tips-tips yang anda dapatkan daripada saya cuma pembuka selera sahaja. Banyak lagi yang lebih hebat akan sampai tak lama lagi

Buat pengetahuan anda, saya sedang menyediakan satu podcast yang menarik yang dapat memanfaatkan anda semua dan jika anda merupakan subscriber saya, anda akan mendapatkannya secara percuma.

Saya akan hantarkan link kepada podcast tersebut kepada anda apabila bilangan subscriber melebihi target pertama yang sudah saya tentukan.

Jadi, jika anda masih belum subscribe kepada senarai saya, anda boleh berbuat demikian di sini (Baca artikelnya dulu)

Baiklah, kita berbalik kepada topik perbincangan kita pada hari ini.

“Berikan saya masa 5 minit dan saya akan meramal masa depan kewangan anda untuk seumur hidup”

Itulah kata-kata yang selalu dilaungkan oleh T. Harv Eker tak kira di seminar, dalam buku-bukunya, temuramah di televisyen dan radio dan sebagainya.

Saya agak terperanjat apabila mendengarnya buat pertama kali. Saya seolah-olah tidak percaya dengan kata-katanya. Kalau nak kata beliau tipu, tak mungkinlah di berani menipu di hadapan media massa dan di hadapan beribu-ribu orang.

Akhirnya, saya mendapati bahawa bukan saya seorang sahaja yang meragu-ragukan perkara ini. Ada banyak lagi orang yang mempersoalkan perkara yang sama.

Jawapannya terletak pada Financial Blueprint (Pelan kewangan) orang tersebut.

Setiap orang (termasuk saya dan anda) mempunyai Financial Blueprint masing-masing dan financial blueprint inilah yang menentukan masa depan kewangan kita.

Financial Blueprint kita terbentuk daripada pemerhatian dan analisis kita terhadap persekitaran kita sejak kecil lagi dan ia terus terbawa-bawa sehingga sekarang.

Pernahkah anda melihat seorang peniaga yang mempunyai perniagaan yang baik dan mendapat banyak keuntungan daripada perniagaannya. Akan tetapi, wangnya keluar dengan cepat juga.

Tak kira berapa wang dia dapat, dia masih tidak dapat mengumpulkan wangnya.

Pernahkah anda terserempak dengan orang yang cintakan wang lebih daripada keluarga sendiri, persahabatan dan harga dirinya.

Kadang-kadang, kita berasa hairan kenapa mereka sanggup berbuat demikian.

Jawapannya terletak pada financial blueprint seseorang.

Saya akan berkongsi lebih banyak tentang financial blueprint pada artikel yang akan datang.

Jadi, hari ini, anda telah belajar bagaimana financial blueprint seseorang dapat menentukan masa depan kewangan mereka.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan yang berkaitan dengan financial blueprint, sila nyatakan pada ruang komen.

Saya akan cuba menjawabnya pada artikel yang akan datang. Financial blueprint kita mempunyai kaitan yang rapat dengan Law of Attraction.

Sehingga berjumpa lagi.

Salam hormat.

Raymond Chua

P.S. Podcast saya akan menyentuh lebih mendalam tentang financial blueprint dengan lebih terperinci lagi. Anda boleh mendapatkannya secara percuma jika anda merupakan subscriber saya.

Jika anda masih belum subscribe, anda boleh subscribe di sini. (Link pada bahagian bawah artikel)