Bertemu kembali dalam Bicara Selasa. Minggu ini kita akan lihat bagaimana anda juga boleh menarik ataupun memanifestasikan impian anda seperti budak ini.
2 bulan yang lepas, saya menerima senaskah katalog daripada kedai Sony yang berhampiran dengan rumah saya. Sekarang ni, aku suka sangat akan katalog kerana ia menjadi bahan yang baik untuk dijadikan ramuan vision board saya.
Jadi, saya pun membelek-belek katalog tersebut sambil mencari-cari benda-benda yang saya ingin miliki. Akhirnya, saya menggunting 3 alat elektronik daripada katalog tersebut untuk ditampal pada vision board saya. (2 daripadanya telah menjadi kenyataan)
Setiap pagi, saya akan membuat visualisasi bahawa saya telahpun memiliki kesemuanya dalam hidup saya. Salah satunya ialah Laptop Sony Vios T-series.
Saya akan memvisualisasikan saya menggunakan laptop tersebut untuk membaca emel, melayari internet, menulis buku dan menulis blog di Starbucks ataupun di tempat-tempat yang lain dengan laptop baru saya.
Saya juga menggambarkan kesemua ciri-ciri yang terdapat pada laptop tersebut seperti lampu LED, warna serta kelicinan permukaannya.
Untuk memendekkan cerita, selepas 2 bulan, saya tidak dapat Laptop Sony Vios yang saya inginkan tetapi saya mendapat laptop Asus mini tanpa membayar sesen pun.
Ini pengumumannya:

Sebenarnya, saya memenangi laptop tersebut daripada penglibatan saya dalam sebuah forum. Forum tersebut mengadakan pertandingan untuk memberi ganjaran kepada ahli-ahli yang paling aktif dan banyak membantu ahli lain dalam forum tersebut.
Saya amat bersyukur kerana terpilih sebagai pemenang bagi bulan Ogos.
Sebenarnya saya menggunakan Law of Attraction (dengan keamatan yang tinggi) untuk menariknya pada awal bulan Ogos. Saya sedar akan kepentingan mengambil tindakan dalam proses manifestasi. Jadi saya pun mengambil keputusan untuk memperuntukkan masa 1 jam sehari, setiap hari, untuk membantu ahli-ahli dalam forum tersebut.
Ini pula ialah screenshot yang diambil daripada forum tersebut.

Saya amat percaya bahawa saya akan memenangi laptop tersebut. Pada awal bulan September, saya tidak dapat tidur pada waktu malam kerana terlalu gembira menantikan panggilan daripada pihak pengurusan forum tersebut untuk menelefon saya dan memberitahu saya bahawa saya telah memenangi laptop tersebut.
Pada 3 haribulan September, saya menerima emel daripada pihak mengurusan tersebut yang mengumumkan bahawa saya telah terpilih untuk menjadi pemenang bagi bulan Ogos.
Ianya bukan sesuatu yang berada di luar jangkaan. Saya sudah menjangkakannya. Tetapi saya masih berasa gembira dan bersyukur.
Manifestasikan impian anda hari ini,
P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !




