Anda Pereka Masa Depan Anda

1

Category : Motivasi, Seminar

Singapore Expo

Image via Wikipedia

Selamat sejahtera kepada semua pembaca blog. Saya berharap anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat.

Saya baru sahaja menghabiskan seminar Guerilla Business Intensive (GBI) selama 5 hari di Singapore Expo (13-14 jam sehari) bersama-sama dengan T Harv Eker .

Pada hari yang ketiga, seorang peserta mengaku bahawa apa yang kami pelajari pada 3 hari yang pertama di GBI sudah pun jauh melangkaui apa yang beliau pelajari di sebuah kolej yang terkemuka di Singapura selama 4 tahun.

Seorang lagi pelajar GBI mengatakan bahawa apa yang dipelajari di GBI adalah jauh lebih baik daripada ilmu MBA yang beliau pelajari di Universiti Havard selama 4 tahun.

Itulah kehebatan ilmu yang saya peroleh dalam seminar 5 hari ini.

Baiklah, kita berbalik kepada persoalan kita pada hari ini iaitu Anda Pereka Masa Depan Anda .

Saya berharap anda telahpun menjalankan aktiviti Mesin Cahaya Masa yang saya kongsikan pada minggu lepas.

Dalam latihan itu saya menyarankan anda sekalian untuk membayangkan masa depan anda pada 5 tahun yang akan datang dan jika anda tidak berpuas hati dengan hasilnya, maka anda perlu melakarkan strategi yang sesuai untuk mencapai impian anda.

Soalan-soalan yang kerap ditujukan kepada saya ialah:

“Kalau belum berjaya, macam manalah nak bayangkan serta rasakan kejayaan aku.”

“Kalau belum kaya, macam mana nak tahu apa aku nak buat masa kaya nanti. Tunggu kaya nanti baru fikirlah”

Satu kesilapan yang amat besar. Pemikiran begini bagaikan membunuh masa depan anda sendiri.

Orang yang berjaya sudah pun reka masa depan mereka mengikut kehendak mereka sendiri sebelum mereka berjaya BUKAN selepas berjaya.

Orang yang kaya telahpun merancang serta membayangkan masa depan mereka sebelum mereka menjadi kaya.

Reka kejayaan anda sebelum anda berjaya bukan selepas anda berjaya.

Sekiranya anda masih menunggu dan hidup tanpa arah tuju, anda sedang menuju ke neraka kegagalan.

Bangkitkan semangat anda, keluarkan sehelai kertas dan mula tuliskan apa yang anda hendakkan daripada hidup yang bermakna ini. Pastikan segala tindak-tanduk anda selari dengan arah tuju anda dan bukan sebaliknya.

Semoga berjaya.

Salam jutawan,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !

Mesin Cahaya Masa

17

Category : Petua & Tips

Salam kejayaan kepada semua pembaca blog. Saya berasa amat gembira dan teruja kerana seminar Guerilla Business Intensive akan berlangsung di Singapore Expo mulai esok selama 5 hari. Ia merupakan salah satu program T Harv Eker dan saya yakin ianya akan jauh lebih hebat daripada Millionaire Mind Intensive .

Jangan terkejut jika saya katakan bahawa saya tidak membayar USD$ 3995 untuk menghadiri seminar ini tetapi cuma dengan RM4995 sahaja. (Diskaun besar ni) :)

Itulah diskaun yang diberikan oleh beliau dalam seminarnya di Malaysia pada bulan yang lalu.

Baiklah, pada hari ini, saya ingin menjemput anda menaiki mesin cahaya masa terbaru saya. Ia merupakan kajian terbaru saya dan ianya belum sempurna. Oleh itu, saya perlukan bantuan anda sedikit untuk menyempurnakannya.

Bantuan yang saya perlukan daripada anda ialah tutupkan mata anda. Dah tutup? Baiklah. angkat kedua-dua tangan anda, dapatkan tali pinggang keledar di sebelah anda dan kenakan tali pinggang keledar tersebut sebelum kita bertolak untuk menjamin keselamatan anda di sepanjang perjalanan.

Sedia? Baiklah, kita bertolak sekarang ke tahun 2013. Sementara itu, nikmatilah pemandangan di sepanjang terowong masa. Jangan ambil gambar kerana ia mungkin akan mengganggu mekanisme mesin cahaya masa ini.

(5 minit kemudian)

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Kita telah pun tiba di tahun 2013. Misi kita pada hari ini ialah mencari diri anda pada tahun 2013 ini dan membuat laporan tentang kehidupan anda. Go!

Bayangkan anda sekarang sedang mengintip diri anda pada 5 tahun yang akan datang dari celah tingkap. Bertentangan dengan celah tingkap tersebut terdapat sebuah kalendar yang tertulis 24 Jun 2013.

Dari celah tingkap tersebut, anda nampak kehidupan masa depan anda.

Apakah yang anda nampak?

Adakah anda semankin muda atau tua? (zahir)

Adakah anda nampak lebih gembira atau sebaliknya?

Adakah anda masih membujang, berkahwin, bercerai, menduda/janda?

Adakah anda masih bekerja keras pada setiap hari atau sibuk merancang destinasi perlancongan anda yang seterusnya?

Apa lagi yang anda nampak?

Adakah anda berpuas hati dengan kehidupan masa depan anda?

Jika anda berpuas hati dengan kehidupan yang anda lihat, apakah yang perlu anda lakukan pada tahun 2008 ini untuk mencapai taraf kehidupan tersebut?

Jika anda tidak berpuas hati dengan kehidupan anda pada masa yang akan datang, fikirkan apa yang perlu anda lakukan pada hari ini untuk mengubahnya?

Selepas itu, ambillah tindakan anda yang sewajarnya untuk mengekalkan atau mengubah hakikat tersebut.

Anda mempunyai 2 pilihan sekarang.

Pilihan pertama ialah baca dan terus baca artikel yang seterusnya semata-mata untuk mengisi masa lapang tanpa mengambil sebarang tindakan.

Pilihan kedua ialah mengambil tindakan untuk melakukan aktiviti ini dan kemudiannya mengaplikasikan ilmu yang diperolehi dalam kehidupan anda.

Lebih daripada 80% pembaca memilih pilihan pertama. Selebihnya memilih pilihan yang kedua. Tak banyak orang yang berjaya di dunia ini berbanding dengan orang-orang yang kurang berjaya. Bagaimana pula dengan pilihan anda?

Eh, tak payahlah nak bayar-bayar pula! Naik mesin cahaya masa saya buat kali pertama adalah percuma. Tapi masa balik ke tahun 2008 nanti kena bayar … hehe.

Salam kejayaan daripada Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast Financial Blueprint anda di sini !