Image via Wikipedia
Bersua kembali dalam Bicara Selasa . Saya Raymond Chua dari blog Law of Attraction dan pada minggu ini, kita akan kaji cara-cara untuk menangani isu masalah yang tidak diundang ke dalam kehidupan kita.
Masalah memang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan kita. Hanya orang bukan hidup sahaja yang tidak mempunyai masalah. Kita tidak dapat menghapuskan masalah tersebut tetapi kita dapat mengubah persepsi kita terhadap masalah yang dihadapi.
Izinkan saya untuk memberi satu contoh. Katakan anda ingin keluar membeli belah dengan kawan-kawan anda dan anda begitu ghairah sekali memikirkan benda-benda yang ingin anda beli.
Pada ketika anda ingin keluar dari rumah anda, tiba-tiba, hujan turun dengan lebat. Keghairahan anda ghaib serta merta dan mungkin anda sedang marah-marah memikirkan masalah hujan ini yang merosakkan aktiviti harian anda yang sepatutnya sesuatu yang menggembirakan.
Kita tidak dapat mengawal cuaca tetapi kita dapat mengawal minda serta pemikiran kita. Kita boleh mengubah perspektif kita. Fikirkan apakah yang akan terjadi sekiranya hujan tidak turun. Negara kita akan dilanda kamarau dan semua hidupan akan mati.
Apabila kita menyedari akan kepentingan hujan, kita akan mula berasa bersyukur atas nikmat hujan yang dikurniakan. Masalah yang kita hadapi tadi bukan lagi suatu masalah sebaliknya ia melambangkan nikmat yang diberikan oleh tuhan.
Apabila kita mengubah persepektif kita, kita akan dapat mengubah sesuatu situasi.
Masalah boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu masalah dalaman dan luaran. Masalah dalaman adalah masalah yang berpunca daripada diri anda sendiri manakala masalah luaran pula ialah masalah daripada orang lain.
Dalam artikel ini, saya akan bincangkan tentang masalah luaran sahaja. Masalah luaran ialah masalah yang dikongsikan oleh orang lain kepada anda.
Ia biasanya datang daripada ahli keluarga, kawan-kawan, rakan sepejabat, saudara mara dan sebagainya.
Jerat maya
Terdapat satu jerat yang tersebunyi semasa anda menolong orang lain menyelesaikan masalah mereka. Jerat itu bukan dipasang secara sengaja tetapi ia wujud dalam setiap masalah yang dikongsikan kepada anda.
Semsa anda menolong orang lain dengan masalah mereka, anda mungkin akan dihantui dan dipengaruhi oleh masalah tersebut. Jerat ini bukan sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut tetapi ia menarik anda ke dalam masalah tersebut.
Masalah tersebut terjangkit kepada anda dan anda mungkin akan mengjangkitkan masalah tersebut kepada orang lain. Masalah terbebut akan bertindak sebagai virus.
Adakah saya bermaksud anda tidak sepatutnya menolong orang lain? Tidak sama sekali! Anda boleh dan patut menolong orang lain yang berada dalam kesusahan tetapi jangan biarkan diri anda dipengaruhi oleh masalah tersebut.
Jika kawan anda berasa sedih, anda boleh cuba memahami perasaannya dahulu dan kemudiannya merintisnya ke arah kegembiraan dengan menunjukkan kepadanya pelbagai keindahan serta orang yang baik-baik di dunia ini.
Bukannya membiarkan diri anda bersedih dengan kawan anda. Sebab ini akan merumitkan lagi keadaan dan tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut.
Dia tak nak dengarlah
Satu lagi masalah ialah apabila anda cuba menolong orang lain, mereka tak nak dengar nasihat anda. Apabila orang yang anda cuba tolong tidak mengendahkan nasihat anda, anda mungkin mula berasa kurang selesa dan tertekan. Anda tidak faham mengapa mereka begitu degil.
Secara tidak langsung, anda telah mencipta masalah kepada diri anda sendiri.
Ingat ini:
Kita tidak dapat menolong orang lain sekiranya dia tidak berniat untuk menolong diri sendiri.
Salah satu hukum dalam alam semesta ini ialah Hukum Cinta (the Law of Love). Hukum cinta mengatakan bahawa kita tidak seharusnya memaksa sesuatu keadaan mengikut kehendak kita.
Kita perlu belajar untuk menghormati sesuatu keadaan serta keputusan seseorang dan bukan memaksa orang tersebut untuk mengubah fikirannya mengikut acuan kita.
Kita cuma dapat memberi nasihat sahaja. Sama ada mereka menerimanya atau tidak, terpulanglah kepada mereka.
Apabila anda telah belajar untuk menerima sesuatu keadaan tanpa memaksanya, anda tidak akan berasa tertekan dan tidak selesa lagi. Ia dapat menghindarkan perasaan benci kepada orang tersebut.
Saya telah menolong ramai orang. Ada yang mengambil nasihat saya dan mengubah hidup mereka dalam masa yang singkat. Ada yang super degil dan berasa lebih selesa untuk melekat bersama masalah mereka kerana masalah tersebut membuatkan mereka berasa lebih disayangi oleh orang lain. Ada pula yang merasakan diri mereka sudah pandai dan asyik mengatakan bahawa masalah mereka tidak dapat diselesaikan dengan cara-cara mudah yang saya syorkan.
Saya menerima semua kemungkinan ini. Jika seseorang itu perlukan pertolongan saya, saya akan teruskan usaha saya. Jika seseorang tersebut tidak memerlukan pertolongan saya atau degil dengan sikap mereka, saya tidak perlu berasa tertekan. Saya akan menggunakan masa yang berharga ini untuk menolong lebih ramai orang yang memerlukannya. (seperti menulis artikel ini)
Selepas anda telah menangani masalah yang tidak diundang ini anda telah bersedia untuk menjemput rezeki kedalam hidup anda. Jika anda telah mempunyai ebook Magnet Rezeki, saya cadangkan anda bacanya sekali lagi.
Kalau anda belum dapatkan salinan anda, klik sini untuk mendapatkannya.
Saya telah mengesyorkan cara-cara untuk menangani masalah dan menjemput rezeki ke dalam hidup anda. Anda boleh menerima dan mengaplikasikannya, mengendahkannya, melupakannya dan menertawakannya.
Tak kira apa jua keputusan anda. Saya tetap menghormatinya. Hidup ini milik anda dan keputusan anda tidak langsung mempengaruhi hidup saya.
Selamat menjemput rezeki,
P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !
P.P.S. Nak belajar cara-cara untuk menjemput rezeki ke dalam kehidupan anda? klik sini .




