Apakah Maksud Hipnosis?

8

Category : Hipnosis

Hypnosis
Image by zoomar via Flickr

Apa khabar kalian? Terima kasih kerana masih lagi bersama saya dalam Bicara Selasa.

Dalam artikel minggu lepas, seorang pembaca, Bard telah mencadangkan supaya saya berkongsi ilmu tentang hipnosis dan cara-cara menggunakan ilmu hipnosis untuk merealisasikan impian anda.

Pagi ini, saya tengah fikir, apakah saya patut kongsi tentang ilmu hipnosis ini dalam satu artikel secara ringkas ataupun membahagikannya kepada beberapa bahagian supaya saya dapat menerangkannya dengan lebih terperinci?

Akhirnya saya membuat keputusan untuk membahagikannya kepada beberapa artikel supaya anda boleh mendapat gambaran serta ilmu yang lebih lengkap tentang ilmu hipnosis ini.

Mari kita kaji apakah yang dimaksudkan dengan hipnosis. Hipnosis ialah suatu keadaan di mana seseorang berada dalam keadaan yang amat tenang dan mempunyai daya imaginasi yang amat tinggi.

Ramai yang menganggap seseorang yang sedang dihipnosis itu berada dalam keadaan tidur. Tanggapan ini salah kerana seseorang yang dihipnosis itu masih sedar. Cuma mindanya amat mudah menerima sebarang cadangan ataupun arahan.

Seseorang yang berada dalam keadaan hipnosis “kehilangan” diri mereka dalam ketika itu juga. Keadaannya hampir sama seperti keadaan berangan-angan di mana anda mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan kurang sedar terhadap alam sekeliling anda.

Tahukah anda bahawa anda menghipnosiskan diri anda setiap hari tanpa anda sedari?

Bila pula?

Ha. Misalnya semasa anda menonton televisyen, bermain permainan komputer, membaca buku cerita, mendengar lagu dan lain-lain.

Apabila anda asyik membuat sesuatu perkara, misalnya menonton televisyen, anda seolah-olah telah memasuki alam cerita tersebut.

Anda dapat merasakan ketakutan, kesakitan, kebahagiaan, kegembiraan, keseksaan, kerisauan serta kecemasan pelakon-pelakon dalam wayang tersebut. Dalam saat itu jugalah anda telah dihipnosiskan oleh rancangan televisyen tersebut.

Dalam saat tersebut anda berada dalam keadaan tenang dan mempunyai daya imaginasi yang tinggi.

Hipnosis dapat membantu serta memudaratkan anda, bergantung kepada cara anda menggunakan ilmu hipnosis ini. (Saya akan terangkan dengan lebih lanjut dalam artikel yang akan datang.)

Seorang ahli hipnosis dapat meletakkan diri anda dalam keadaan hipnosis dan memberi cadangan serta arahan kepada anda. Dalam keadaan hipnosis, anda amat mudah menerima cadangan tersebut dan manganggapnya sebagai realiti.

Misalnya jika seorang ahli hipnosis mencadangkan anda telah jatuh bankrap, anda yang berada dalam keadaan hipnosis akan merasakan bahawa diri anda telah betul-betul bankrap dan mula berasa cemas, mempunyai perasaan yang tidak menentu, berpeluh, kadar denyutan jantung meningkat dan sebagainya.

Jika ahli hipnosis tersebut memberitahu anda bahawa anda ialah seorang CEO syarikat ABC, anda akan mula berlagak seperti seorang CEO.

Apa-apa sahaja cadangan yang ditujukan akan dianggap sebagai benar.

Adalah ilmu hipnosis ini bahaya?

Jangan bimbang. Hipnosis tidak dapat membuat anda melakukan perkara-perkara yang tidak ingin anda lakukan kerana minda anda masih sedar.

Misalnya, jika seorang ahli hipnosis meminta anda terjun dari bangunan 20 tingkat untuk membunuh diri, anda boleh memilih untuk tidak melakukannya.

Baiklah. Sekarang anda telah pun mengetahui apakah sebenarnya hipnosis. Dalam Bicara Selasa minggu depan, saya akan menerangkan hipnosis dari sudut minda separa sedar.

Selamat berhipnosis,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!

P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.

Reblog this post [with Zemanta]

Cara Dapat Gaji Besar – Dari Segi Dalaman

9

Category : Petua & Tips

RINGGIT MALAYSIA
Image by ~ezs via Flickr

Dalam Bicara Selasa minggu lepas, saya berkongsi tetang tip-tip untuk mendapat gaji yang besar deripada pekerjaan dan semua itu adalah unsur-unsur luaran.

Untuk Bicara Selasa minggu ini, saya akan kongsikan tentang cara-cara untuk menarik gaji besar dari segi dalaman pula. Cara ini merangkumi pemikiran serta minda kita.

Untuk mendapat gaji yang besar, mula-mula, anda perlu percaya dan yakin bahawa anda boleh mendapatkannya. Mendapat gaji yang besar adalah hak anda.

Jika anda tidak dapat meyakinkan diri anda bahawa anda berhak untuk mendapat gaji sebesar itu, anda mungkin tidak akan mendapatnya.

Penyelesaiannya ialah tanya diri anda. Apakah sebab yang menyebabkan diri anda berasa demikian?

Jika sebabnya ialah, “kerana saya malas”, tukarkan tabiat serta sikap anda supaya anda dapat melihat diri anda sebagai seorang yang rajin dan berjaya.

Jika sebabnya ialah, “Saya tidak mempunyai pendidikan yang tinggi”, daftarkanlah diri anda kepada kelas-kelas malam yang tertentu. Sekarang sudah ada banyak program belajar Bahasa Inggeris, Komputer, Perakaunan dan lain-lain untuk orang dewasa.

Orang yang gagal suka mencipta halangan dengan memberikan banyak alasan. Orang yang berjaya pula biasanya akan menghapuskan sebarang halangan di hadapan mereka.

Selepas anda sudah meyakinkan diri anda bahawa anda berhak mendapatkannya, buat visualisasi 2 kali setiap hari, iaitu selepas bangun dan sebelum tidur.

Bayangkan setepat yang mungkin akan kehendak anda iaitu apakah yang akan anda lakukan apabila anda memiliki wang tersebut. Dengan kata lain, mengapakah anda hendakkan gaji besar. Apakah yang akan anda beli dengan wang tersebut, apakah yang akan anda labur dengan wang tersebut?

Satu lagi, apakah definisi gaji besar anda? Untuk sesetengah orang, RM 1000 sudah dikira besar. Bagi sesetengah orang yang lain pula, RM 10,000 baru dikira besar. Jadi tentukan nilai gaji besar anda dan jadikan nombor itu sebagai matlamat anda.

Jika anda mempraktikkan tip-tip yang dikongsikan dalam minggu ini dan minggu lepas, saya yakin gaji anda pasti meningkat.

Selamat berjaya,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!

P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.

Reblog this post [with Zemanta]

Adakah Anda Akan Menjadi Mangsa Seterusnya?

3

Category : Minda Sedar

Medan's Masjid Raya ('Great Mosque'). Indonesi... Image via Wikipedia

Salamat Hari Merdeka dan Selamat Berpuasa saya ucapkan kepada semua pembaca di sini. Diharap agar anda semua mendapat kemerdekaan dari segi fizikal, mental, dan rohani serta dapat menyucikan diri kalian pada bulan yang mulia ini.

Mari kita lihat apa yang menarik dalam Bicara Selasa minggu ini. Tarik nafas panjang dan bayangkan keadaan ini.

Anda berlari sedaya upaya untuk melepaskan diri tanpa arah tujuan. Pengganas tersebut cuma di belakang anda sahaja. Mata anda sibuk mencari jalan keluar dalam hutan yang penuh dengan kegelapan.

Keadaan di sekeliling nampaknya hampir sama sahaja. Tak kira secepat manapun anda berlari, usaha anda nampaknya sia-sia sahaja. Kemudian, anda dapati bahawa selama ini, anda hanya berlari dalam satu bulatan yang tertutup dengan pengganas tersebut.

Anda iada jalan keluar melainkan anda tahu siapakah pengganas yang kejam tersebut.

Pengganas tersebut ialah minda anda sendiri. Ia merompak impian serta harta benda anda satu demi satu. Tak kira selaju manapun anda berlari, lambat laun, anda akan ditangkap oleh minda anda.

Satu-satunya cara untuk menghapuskannya ialah berhenti berlari, toleh belakang dan hunuskan “Keris Minda Positif” anda ke arahnya.

Sudah banyak kali kita membiarkan minda kita mempermainkan kita. Kita mengizinkan minda kita membunuh impian kita tanpa disedari.Akan tetapi, segala-galanya akan berubah mulai hari ini. Kita akan menamatkan perang minda ini dengan penuh keamanan.

Seperti yang kita sedia maklum, minda kita yang mencipta realiti kehidupan kita. Ia mungkin sukar untuk diterima pada mulanya kerana ia bertentangan dengan kepercayaan minda kita yang telah tertanam sejak kecil lagi tetapi Fizik Quantum telah membuktikan teori ini.

Jika minda anda memikirkan sesuatu yang positif, maka realiti yang terhasil juga positif dan sebaliknya.

Jadi, pastikan anda selalu bersedia dan bersenjatakan minda positif terutamanya apabila berhadapan dengan pengganas minda anda.

Ke arah kebebasan minda anda,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !

Racun Yang Merbahaya – Bak kata pepatah …

19

Category : Minda Separa Sedar

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog LinnComel.com. Saya berharap anda semua hidup sihat, ceria, gembira dan bahagia.

Saya Raymond Chua dari blog Law of Attraction dan pada hari ini, saya ingin berkongsi tentang salah satu racun saya maksudkan dalam podcast saya.

Pada hari Ahad yang lalu, semasa saya sedang mengajar seorang anak murid saya di rumahnya, dan sambil saya membelek-belek buku saya, perhatian saya ditarik oleh satu pepatah yang berbunyi

“Rupa dapat diubah, tabiat dibawa mati”

Dan di bawahnya, tertulis sebaris ayat yang menerangkan maksudnya iaitu

“Terlalu sukar hendak mengubah tabiat atau perangai seseorang.”

Nampak tak racun yang disuntikkan ke dalam kepala otak kita melalui mata kita?

Sejak kecil lagi, kita telah diasuh untuk percaya bahawa tabiat kita sukar diubah dan pada masa itulah kita mula mencari bukti-bukti dalam kehidupan harian kita untuk membuktikan kenyataan tersebut.

Tanpa disedari, kenyataan tersebut telah melekat dan kekal dalam ingatan serta minda separa sedar kita. Akhirnya, ia menjadi kepercayaan kita.

Apabila kita menemui suatu tabiat buruk yang ingin kita ubah, minda separa sedar kita akan memberitahu kita bahawa ianya mustahil dan amat sukar untuk mengubahnya.

Sebenarnya, sejak kita dilahirkan, kita tidak tahu apa maksud susah atau sukar. Kita yang mempelajari perkataan serta perasaan tersebut dan inilah yang saya maksudkan dengan racun dalam hidup kita kerana ia bukan sahaja tidak membawa kesenangan ke dalam kehidupan kita tetapi telah membawa banyak peristiwa serta perasaan negatif kepada umat manusia.

Ada orang merasakan bahawa mencari rezeki merupakan suatu perkara yang sukar. Ada orang pula merasakan ianya terlalu mudah.

Apakah yang menyebabkan perbezaan sebegini?

Perbezaannya terletak pada minda seseorang. Saya suka apa yang saya lakukan sehingga kadang-kadang berasa kurang selesa sekiranya saya tidak melakukan kerja ataupun perniagaan saya.

Mungkin dah ketagih dengan kerja saya dan berasa girang setiap kali saya melakukan kerja saya. (Cuma kadang-kadang letih, tetapi puas hati)

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda sukakan kerja anda? Adakah anda diracuni? Apakah racun yang merosakkan hidup anda? Mari kita bincangkan!

Law of Attraction Ialah Suatu Penipuan

33

Category : LOA

Salam hormat kepada semua pembaca blog Linn Comel ini. Sekelip mata sahaja perayaan Tahun Baru Cina sudah pun berlalu.

Seperti biasa, menziarahi sanak saudara serta sahabat handai sudah menjadi sebahagian daripada adat kita semasa musim perayaan.

Dalam artikel ini, akan saya kongsikan sedikit sebanyak tentang pandangan salah seorang rakan sedarjah saya semasa sekolah menengah dahulu tentang konsep Law of Attraction ataupun Hukum Penarikan.

Semasa berbual-bual dengan salah seorang bekas rakan sedarjah saya yang bernama LL, beliau mengatakan bahawa banyak perkara yang mustahil dan tidak dapat dilakukannya dalam syarikatnya. (sebenarnya suatu perkara yang mudah)

Dengan spontan, saya pun mengatakan bahawa sesuatu perkara dapat dilakukan jika kita percaya bahawa kita mampu melakukannya.

Pada masa yang sama, seorang kawan lagi yang bernama SY menanya saya sama ada saya pernah menonton filem The Secret.

Saya pun menjawabnya bahawa saya bukan sahaja sekadar menonton wayang The Secret, malah saya memiliki sebuah blog tentang Law of Attraction di http://attractingyourgoals.com

Selepas itu, kami pun bersama-sama berkongsi ilmu tentang Law of Attraction dengan LL dan menyatakan bagaimana ia telah mengubah hidup kami kepada yang lebih baik.

Walau bagaimanapun, LL tetap tidak dapat terima hukum ini. Beliau mengatakan bahawa Law of Attraction tidak mungkin begitu mudah dan beliau tidak mempercayainya. Dengan kata lain, beliau lebih suka dan selesa dengan caranya iaitu ditakluki oleh pemikiran negatif.

Berhenti sejenak …

Adakah anda nampak apa yang tidak kena dengan dialog ini? LL selalu mengaitkan perkataan “susah” atau “sukar” dengan tugas atau kerja yang beliau lakukan.

Secara tidak langsung, ia telah menjadi doanya. Law of Attraction tidak peduli sama ada kita mempercayainya atau tidak. Hukum tetap hukum, dan ianya tidak akan dipengaruhi oleh faktor luar.

Akibatnya, beliau selalu menarik “kesukaran” dalam melakukan sesuatu ke dalam hidupnya. Apa yang kita fokuskan akan berkembang. Jika anda memfokuskan kepada kesukaran, anda akan menarik lebih banyak kesukaran ke dalam hidup anda.

Ini juga mematuhi hukum sebab dan akibat di mana setiap perkara yang berlaku dalam dunia ini (akibat) ada sebab-sebabnya yang tertentu.

Contoh di atas jelas menunjukkan bertapa hebatnya minda kita mengawal kehidupan kita.

Jadi, berhati-hatilah dengan perkara-perkara yang difikirkan oleh minda kita.

Apakah pula pandangan anda terhadap konsep Law of Attraction? Adakah ianya suatu kebenaran? Penipuan? Mari kita bincangkan.