Salam ceria kepada semua pembaca yang dihormati. Saya Raymond Chua dari blog http://attractingyourgoals.com dan pada hari ini saya ingin berkongsikan tentang petua-petua untuk mencapai matlamat anda.
Dalam artikel yang lepas, saya berkongsikan unsur-unsur Law of Attraction dalam wayang National Treasure. Dalam artikel hari ini, saya ingin menerangkan bagaimana kita boleh memanfaatkan atau mengaplikasikan ilmu tersebut dalam kehidupan harian kita khasnya dalam proses mencapai matlamat yang kita tetapkan.
Dalam proses mencapai matlamat, langkah yang pertama semestinya menetapkan matlamat kita terlebih dahulu dan ini merupakan langkah yang paling mudah dilakukan.
Saya rasa kalian tidak ada sebarang masalah dengan penetapan matlamat ini. Seterusnya anda perlu ada sebab-sebab yang kukuh yang dapat menyokong matlamat anda.
Tanya diri anda, “Mengapakah saya mesti mencapai matlamat ini?”
Di sinilah tempatnya masalah mula timbul. Ramai orang yang ingin mencapai pelbagai matlamat. Akan tetapi, mereka tidak tahu sebab-sebab mereka ingin mencapai matlamat tersebut.
Katakan anda ingin menjadi kaya. Tanya diri anda. Mengapa anda ingin menjadi kaya? Sekiranya anda tidak mempunyai jawapan untuk soalan ini, mungkin anda sudah salah menetapkan matlamat anda.
Mungkin anda perlu memikirkan semula perkara-perkara yang anda benar-benar mahukan dan bukan mengikut kehendak orang lain. Setiap insan mempunyai kehendak serta kemahuan yang berbeza.
Jika anda ingin memiliki rumah banglo yang besar yang berhampiran dengan pantai, tanya diri anda, mengapakan anda inginkan rumah yang begitu besar di tepi pantai.
Andaikata jawapan anda ialah, “supaya anda dapat memberikan keselesaan kepada keluarga anda serta dapat melihat anak anda berlari serta berenang di tepi pantai”.
Jangan berhenti di sini! Teruskan bertanya. Mengapa?
Mengapakan anda ingin memberikan keselesaan kepada keluarga anda serta melihat anak anda berenang-renang di tepi pantai?
Sekiranya jawapan anda ialah, “ia dapat memberikan kepuasan kepada kehidupan anda dan melihat anak-anak anda berlari serta berenang di dtepi pantai dapat menggembirakan anda”.
Mengapa?
“Ia memberikan erti sebenar kepada kehidupan aku. Ia dapat memberikan zaman kanak-kanak yang amat bernilai kepada anak-anakku.”
Teruskan bertanya. Semankin banyak “Mengapa yang anda dapat jawab, semankin selari anda dengan matlamat yang anda tetapkan.”
Kegagalan untuk memahami sebab mengapa anda mahukan sesuatu merupakan salah satu punca kegagalan anda untuk mencapai matlamat anda.
Fikirkan…
Kerja rumah untuk hari ini:
Lihat semula matlamat yang anda tetapkan untuk tahun ini (Itu pun jika anda mempunyai matlamat). Tanya diri anda mengapa akan hendak mencapai matlamat tersebut. Anda mesti menjawab sekurang-kurangnya 2 “Mengapa”. Lepas tu bolehlah kongsikan bersama dalam ruang komen.
Jika anda tidak dapat menjawab soalan itu, maka fikirkanlah dengan teliti sama ada anda benar-benar mahukannya.
Sehingga kita berjumpa lagi pada minggu hadapan dengan tip atau langkah seterusnya.




