Kehebatan Pemikiran Anda (Bahagian 2)

Category : kuasa Minda, Perniagaan, Petua & Tips

Selamat kembali ke Bicara Selasa minggu ini. Saya berharap anda semua meraikan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan penuh kegembiraan.

Saya Raymond Chua dari blog Law of Attraction dan pada minggu ini, kita akan teruskan perbincangan tentang pemikiran kita munggu lepas.

… sambungan daripada bahagian 1

Semua perkara di dunia ini dicipta 2 kali. Kali pertama di dalam minda kita dan kali kedua dalam dunia realiti.

Jika badan anda kurang sihat, jangan fokuskan minda anda terhadap kesakitan ataupun penyakit anda. Biar doktor anda yang mengubati badan anda dan anda pula menyumbangkan peranan anda dari segi mental iaitu fikirkan yang terbaik untuk kesihatan diri anda.

Dengan wujudnya kerjasama 2 hala ini, maka segala penyakit akan dapat dirawat dengan mudah. Saya ada seorang kawan yang sembuh daripada penyakit kanser hanya dengan menggunakan teknik ini.

Satu lagi masalah yang menghantui ramai orang ialah masalah kewangan. Orang yang mempunyai masalah ini biasanya suka menggunakan kata-kata ini.

“Saya tak ada duit lah”

Apabila anda memikirkan bahawa anda tidak mempunyai wang, wang tidak akan mendekati anda, malah ia akan lesap dengan mudah dari pandangan anda.

Cara Mencipta Wang

Jika anda tidak mempunyai jumlah wang yang diingini, ciptalah seberapa banyak wang yang anda inginkan. Caranya?

Cipta wang tersebut terlebih dahulu di dalam minda anda. Sekiranya anda tidak menghasilkan gambaran tersebut di dalam minda anda, maka ia tidak akan berada di dalam tangan anda.

Cara pertama untuk mewujudkan gambaran minda ialah dengan menuliskan impian anda pada sekeping kad yang berukuran seperti kad pengenalan anda. Kalau anda ingin mendapat pendapatan tambahan sebanyak RM 200 setiap bulan, tuliskannya pada kad tersebut.

Kemudian bawakan kad tersebut ke mana sahaja anda pergi dan bacakannya dengan penuh perasaan sekerap yang mungkin, setiap hari.

Apabila gambaran tersebut sudah “melekat” pada minda anda, minda anda akan menarik serta mencari jalan kepada andauntuk mencapai tujuan ataupun matlamat tersebut.

Untuk cara kedua, ketiga, keempat dan seterusnya, klik sini .

Hadiah Untuk Anda.

(Maksudnya percumalah)

Jika anda telah lama inginkan sebuah perniagaan melalui internet tetapi tidak tahu caranya, kini peluang sudah sampai (apatah lagi pada bulan yang penuh dengan kegembiraan ini).

Russell Brunson , seorang Internet Marketer yang berjaya telah memulakan kerja amal beliau untuk mengajarkan teknik-teknik perniagaan internet langkah demi langkah, secara PERCUMA .

Anda tidak perlu membayar sesen pun untuk tujuan ini melainkan jika anda hendak menderma untuk kebajikan. Satu-satunya syaratnya ialah anda perlu tahu Bahasa Inggeris. Yang mudah-mudah punya pun jadilah.

Kalau tak faham, jadikan ini sebagai satu peluang untuk belajar beberapa perkataan baru dan juga belejar untuk mendengar dalam Bahasa Inggeris.

Anda boleh sign-up (daftar) di sini

Sistemnya amat kemas dan teratur. Jangan ketinggalan.

Semoga anda terus dilimpahi rahmat dan rezeki,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !

P.P.S. Nak belajar cara-cara untuk menjana pendapatan melalui internet secara percuma? Klik sini .

Kehebatan Pemikiran Anda

3

Category : Petua & Tips

Wallace D.

Image via Wikipedia

Bertemu kembali. Sebelum saya bermula, saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda yang telah berjaya berpuasa sepanjang bulan Ramadhan. Ini merupakan suatu pencapaian yang menakjubkan.

Jika usaha mulia ini diaplikasikan dalam kehidupan harian anda, saya pasti anda akan berjaya dalam hidup ini.

Sementara menunggu ketibaan bulan Syawal, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam. Maaf zahir dan batin sekiranya tersilap bahasa.

Dalam Bicara Selasa hari ini, saya ingin kongsikan sesuatu yang saya belajar dari Kelab Bimbingan Bob Proctor , The Science of Getting Rich . Beliau merupakan salah seorang pakar Law of Attraction yang terkemuka.

Tajuk perbincangan hari ini ditumpukan kepada minda serta pemikiran kita. Walaupun saya tidak dapat kongsikan kesemuanya, tetapi saya akan cuba kongsikan beberapa perkara asas yang dapat difahami oleh semua orang.

Salah satu perkara yang dimiliki kita bersama ialah “keputusan”. Ia merupakan satu-satunya perkara di mana kita mempunyai kawalan penuh.

Orang lain mungkin dapat memaksa anda tetapi mereka tidak dapat membuat keputusan tersebut untuk anda. Contohnya, seorang jurujual mungkin dapat memaksa anda membeli sesuatu. Tetapi anda tahu bahawa anda sendiri yang mempunyai kawalan penuh terhadap keputusan anda sama ada membeli atau tidak.

Memandangkan kita sudah faham bahawa kita yang membuat keputusan untuk diri kita sendiri, sekarang kita lihat pula dari mana datangnya keputusan tersebut.

Keputusan kita sebenarnya dilahirkan daripada pemikiran kita. Dua orang membuat keputusan yang berbeza terhadap perkara yang sama disebabkan oleh pemikiran yang berbeza.

Semua perkara serta benda di dunia ini berasal daripada pemikiran kita. Sebelum anda membina sebuah rumah, anda perlu memikirkan serta melukiskan pelan tersebut.

Sebelum mentol dicipta, seseorang perlu menggambarkan bentuk serta binaan mentol tersebut.

Pemikiran kita mempunyai kuasa yang hebat. Jika anda selalu memikirkan bahawa anda hidup dalam kemiskinan, maka ia akan menjadi kenyataan.

Apa yang anda fikirkan akan menjadi doa tak kira doa tersebut baik untuk anda atau tidak. Jadi, apabila anda melafazkan doa-doa yang negatif seperti, “Aku selalu hidup dalam kemiskinan”, maka doa tersebut akan dikabulkan, iaitu, anda akan selalu hidup dalam kemiskinan seperti yang anda “impikan” dan anda pula terpaksa bertanggungjawab ke atas hasil manifestasi doa anda.

Berwaspadalah pada apa yang anda fikirkan kerana ia akan dikabulkan melainkan anda tidak percaya kepada tuhan serta kekuasaanNya.

… bersambung

(Pastikan anda bersama saya dalam Bicara Selasa minggu depan)

Apa yang dikongsikan cuma asas sahaja kepada hidup yang penuh dengan kejayaan tetapi ia sudah memadai untuk mengubah hidup anda.

Jika anda laparkan kejayaan serta ilmu yang menceritakan teknik-teknik ini dengan lebih mendalam, maka saya syorkan anda membaca buku ini .

Ubah pemikiran anda hari ini,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !