Permulaan Yang Baru

Category : Bina Kejayaan, Perniagaan, Petua & Tips

Apa khabar pembaca-pembaca yang disayangi. Raymond Chua di sini. Ramai yang menghantar emel untuk bertanya mengapa tak dapat baca Bicara Selasa kebelakangan ini.

Minta maaf la ye. Saya agak sibuk kebelakangan ini.

Sebelum tahun baru, ada banyak persiapan yang perlu dilakukan untuk mengahadapi tahun baru. Persiapan ini termasuklah persiapan perniagaan, persiapan diri, dari segi emosi, fizikal, mental dan rohani, mengkaji balik peratusan matlamat yang telah dicapai dan yang belum dicapai.

Banyak masa telah dilaburkan dalam persiapan perniagaan dan pelaburan.

Pokoknya, persiapan yang saya lakukan sebelum tahun baru adalah dalam peringkat perancangan.

Selepas tahun baru (sekarang) pula, persiapan yang saya lakukan adalah peringkat pelancaran ataupun dengan kata lain, mengambil tindakan mengikut perancangan yang dilakukan sebelum ini. Maklumlah, ada banyak matlamat baru yang MESTI direalisasikan.

Menetapkan matlamat amat mudah. Terutamanya dalam musim tahun baru ini. Ramai yang menetapkan matlamat serta azam baru. Menetapkan matlamat merupakan suatu perkara yang baik. Akan tetapi, menetapkan matlamat sahaja tidak dapat menjamin kejayaan seseorang.

Lihatlah bilangan orang yang menetapkan matlamat mereka dan bilangan yang berjaya mencapai matlamat tersebut.

Menetapkan matlamat sahaja tanpa disusuli oleh tindakan yang wajar serta disiplin yang kukuh adalah tidak berguna.

Untuk mencapai matlamat anda, anda perlu berdisiplin untuk melakukan apa yang perlu, bukan untuk sehari dua, tetapi untuk satu jangka masa yang tertentu sehingga matlamat anda tercapai.

Misalnya, jika matlamat anda adalah untuk meningkatkan pendapatan anda sebanyak RM1000 sebulan. Anda perlu merancang apa yang perlu anda lakukan untuk mencapai matlamat tersebut. Adakah dengan bekerja sambilan, bekerja lebih masa, memulakan perniagaan selepas waktu kerja atau melabur dalam pelaburan-pelaburan tertentu.

Katakanlah strategi anda adalah untuk berniaga. Maka anda perlu mengambil tindakan yang perlu seperti menetapkan jenis perniagaan yang hendak anda jalankan, mencari modal, menyenaraikan peralatan yang perlu dibeli, merancang kewangan anda dan sebagainya.

Selepas merancang, anda perlu bertindak. Pada peringkat permulaan, perniagaan anda mungkin tidak berapa baik kerana anda masih baru dalam bidang ini dan belum lagi ada pelanggan tetap. Anda perlu teruskan usaha anda (disiplin) dan melakukan sesuatu yang baru untuk menarik pelanggan.

Segala usaha ini perlu dilakukan sehingga anda mencapai matlamat anda iaitu untuk meningkatkan pendapatan anda sebanyak RM1000 sebulan.

Jika anda tidak menyuap matlamat anda dengan tindakan yang bijak serta disiplin yang kuat, matlamat anda hanya akan kekal sebagai matlamat sahaja dan pada tahun depan, kehidupan anda masih kekal tidak berubah.

Formula kejayaan ini adalah seperti berikut:

Matlamat + Tindakan + Disiplin = Kejayaan

Formula ini bukan hanya digunakan dalam perniagaan sahaja tetapi untuk apa-apa sahaja matlamat yang anda tentukan.

Selamat berjaya,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!

P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.

Kualiti Fokus

6

Category : Petua & Tips

Looking for a blue world...
Image by Tonyç via Flickr

Salam sejahtera. Saya Raymond Chua dari blog Law of Attraction dan dalam Bicara Selasa minggu ini saya akan bincangkan sedikit tentang kualiti fokus.

Sepertimana yang anda telah tahu, fokus amatlah penting dalam proses penciptaan kejayaan.

Misalnya, jika anda ingin membuat sebuku roti, anda perlu fokuskan kepada langkah-langkahnya mengikut susunan yang betul.

Akan tetapi jika anda ingin mencipta kejayaan yang lebih besar, apa yang anda perlukan adalah lebih daripada fokus sahaja.

Saya memanggilnya Fokus yang Berkualiti Tinggi.

Katakan ada seorang yang langsung tidak mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan ingin membina senuah perniagaan yang berjaya dengan membaca sebuah buku perniagaan sahaja. Adakah dia akan berjaya?

Mungkin. Tetapi peluangnya amatlah tipis kerana, secara amnya, dengan hanya membaca sebuah buku tentang perniagaan, amatlah sukar bagi seseorang untuk membina perniagaan yang menguntungkan.

Untuk membina sebuah perniagaan yang menguntungkan, anda perlu mengetahui banyak perkara dan mempunyai banyak pengalaman.

Ramai ahli perniagaan yang saya tanya mengatakan bahawa mereka bermula dengan menjadi pekerja biasa ataupun sebagai seorang sukarelawan sahaja.

Dari situ, mereka mendapat kemahiran serta pengalaman yang diperlukan. Dan dengan modal yang mereka kumpul selama bertahun-tahun, akhirnya mereka berjaya memulakan perniagaan sendiri yang menguntungkan.

Jadi, untuk mencapai kejayaan yang besar, fokus yang berkualiti tinggi adalah amat penting. Maksudnya, setiap gerak-geri anda perlulah difokuskan kepada kejayaan anda pada masa hadapan.

Jika anda mengumpul wang untuk memulakan perniagaan kecil dalam 2 tahun yang akan datang, fokuskanlah kepada matlamat anda.

Jangan dipengaruhi oleh nafsu untuk membeli kamera baru, telefon bimbit baru dan sebagainya yang menyimpang daripada matlamat anda.

Apabila anda bekerja ataupun membantu orang lain dalam kerjanya, fokuskan kepada pengalaman yang boleh anda dapat serta ilmu yang diperlukan dalam perniagaan anda kelak.

Untuk mencapai kejayaan yang lebih besar, fokus anda tak boleh macam lampu suluh. Fokus anda perlukan betul-betul menumpu tepat pada matlamat anda seperti cahaya laser.

Selamat memfokus,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!

P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.

Fikir Keluar Dari Kotak

1

Category : Perniagaan, Petua & Tips

A Sotheby's employee in th...

Image by Getty Images via Daylife

Salam bahagia semua. Selamat datang ke Bicara Selasa minggu ini. Saya Raymond Chua dari blog LOA dan dalam Bicara Selasa minggu ini, saya memilih untuk berkongsi tentang konsep “Think Out of The Box ” ataupun dalam Bahasa Melayunya, “Fikir keluar dari kotak ”.

Apa yang dimaksudkan dengan Think Out of The Box ialah, fikir sesuatu di luar kebiasaan. Apabila kira memikirkan sesuatu di luar kebiasaan kita, kita akan melakukan perkara-perkara di luar kebiasaan dan hasilnya juga luar biasa.

Jika anda ingin berjaya, ini merupakan salah satu perkara yang terpenting yang perlu anda tahu dan lakukan.

Contoh:

Kalau anda sedang menjual burger di gerai anda, anda boleh “fikir keluar dari kotak”. Fikirkan macam mana anda dapat kembangkan lagi perniagaan anda dengan ilmu yang sedia ada.

Dengan masa yang terluang, anda boleh menulis buku-buku resipi tentang cara-cara membuat burger yang kreatif, ramuan rahsia yang dapdat menyedapkan lagi burger tersebut dan lain-lain lagi.

Selain itu, anda juga boleh menulis buku tentang langkah-langkah untuk membina sebuah gerai seperti di mana nak membeli gerai, mana nak cari pembekal yang baik yang memberikan bahan bekalan dengan harga yang murah, senarai bahan dan peralatan yang perlu dibeli dan sebagainya.

Jika mereka yang baru nak mula berniaga tidak tahu membuat burger, anda boleh promosikan buku resipi burger anda sekali.

Tukarkan pengalaman hidup anda kepada sebuah perniagaan yang dapat menjana pendapatan pasif bagi anda.

Kalau anda nak keluar jauh dari kotak, anda boleh fikirkan cara-cara untuk franchisekan perniagaan anda.

Saya ada seorang kawan (yang saya kenal dari seminar) yang baru memulakan perniagaan sate celup di KL. Matlamat utama beliau ialah untuk membuka rangkaian franchisenya.

Semankin banyak anda fikir, semankin banyak idea yang anda dapat. Jadi fikirlah keluar dari kotak. (Tapi ingat ambil tindakan, tau)

Sekiranya anda tidak tahu apa yang perlu dibuat dengan idea-idea tersebut dan entah tindakan apa yang perlu diambil, bacalah buku ini .

Saya berharap anda akan mendadpat banyak idea yang hebat-hebat belaka untuk mengubah hidup anda pada tahun hadapan.

Fikir keluar dari kotak,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !

P.P.S. Nak belajar cara-cara untuk menjemput rezeki ke dalam kehidupan anda? klik sini .

Cara-cara Untuk Memulakan Perniagaan Tanpa Modal dan Pengalaman

59

Category : Perniagaan

Portland Podcasting Feb. 2006 Meetup

Image by Josh Bancroft via Flickr

Bertemu kembali dalam Bicara Selasa . Seperti biasa, saya Raymond Chua dari blog Attracting Your Goals dan dalam Bicara Selasa minggu ini, saya ingin berkongsi sedikit idea dengan anda semua cara-cara untuk memulakan perniagaan tanpa modal dan pengalaman.

Walaupun saya belum lagi menjadi seorang billionaire yang berjaya, namun saya kerap ditanya tentang cara-cara untuk memulakan pernigaan.

Nak mulakan suatu perniagaan bukannya suatu perkara yang sukar. Cabarannya terletak dalam keadaan di mana seseorang itu langsung tidak mempunyai modal dan pengalaman.

Wah, macam mana ya!

Jangan bimbang. Dalam artikel minggu ini, saya akan berikan anda sedikit petunjuk. (Jangan harap yang senang-senang tau)

Jika anda harapkan sesuatu yang senang seperti membuka peti dan tunggu syiling emas jatuh dari langit, maaflah, saya mungkin akan mengecewakan anda pada hari yang indah ini.

Kalau anda nak mulakan perniagaan (yang berjaya), anda perlukan usaha, kecekalan dan semangat yang kental.

Untuk memulakan satu perniagaan tanpa pengalaman dan lebih teruk lagi, tanpa sebarang modal, anda boleh mulakannya dengan makan gaji dahulu.

Terdapat 2 kebaikan untuk memulakan perniagaan dengan makan gaji dahulu. Pertama anda dapat mengumpul modal bagi perniagaan anda dan kedua, anda boleh mendapat banyak pengalaman.

Jika anda ingin membuka sebuah tadika, anda boleh memohon untuk menjadi seorang guru tadika dahulu. Dengan menjadi guru tadika, anda boleh mendapat latihan percuma, anda akan bejalar tentang psikologi kanak-kanak, cara-cara berkomunikasi dengan para ibu-bapa, sistem penyeliaan dan sebagainya.

Memandangkan tujuan utama anda adalah untuk membuka tadika sendiri, janganlah jadi macam guru-guru yang lain.

Selepas masa kerja, bantulah siapa-siapa yang perlukan bantuan (terutamanya pengetua). Jangan berkira sangat. Jangan bekerja semata-mata untuk wang sahaja. Bekerja untuk ilmu dan pengalaman juga.

Semankin banyak kerja yang anda lakukan, semankin banyak ilmu dan pengalaman yang anda timba. Bantulah pemilik tadika tersebut untuk melakukan kerja-kerja perakaunan, pendaftaran, hiasan, dan sebagainya.

Jika anda dapat melakukan semua ini, saya yakin bahawa anda akan dinaikkan pangkat dengan cepat. Bila pangkat anda dinaikkan, tanggungjawab anda semankin berat.

Anda akan mula diberikan tugas baru dan dari situlah anda boleh menimba ilmu baru tentang pengurusan dan pemasaran. Mungkin anda akan kerap berkunjung ke jabatan pendidikan dan dari situ mungkin anda dapat mengenali beberapa orang pegawai yang boleh membantu anda memulakan perniagaan kelak.

Ini merupakan cara yang terbaik untuk belajar sesuatu perkara. Bayangkan anda dibayar untuk belajar. Bertapa untungnya anda.

Apabila tiba masanya, apabila anda merasakan bahawa ilmu serta pengalaman anda sudah mencukupi, anda bolehlah memulakan tadika sendiri dengan wang simpanan (daripada gaji) anda.

Kalau kurang sedikit, anda boleh mendapatkan pinjaman dari bank. Kalau tak cukup lagi, jangan bimbang, anda boleh mencari seorang rakan kongsi yang mempunyai wang untuk melabur dalam perniagaan anda.

Dia mempunyai wang dan anda mempunyai pengalaman. Jadi bolehlah anda berdua (atau bertiga, atau berempat … ) memulakan perniagaan sendiri dan bahagikan keuntungan seperti mana yang dijanjikan.

Bila dah untung banyak nanti, anda bolehlah buka tadika yang kedua di lokasi anda atas nama anda sendiri.

Saya menggunakan tadika sebagai contoh sahaja. Anda boleh mengaplikasikan teknik ini untuk sebarang bentuk perniagaan. Semankin besar perniagaan yang anda idamkan, semankin banyak perkara yang perlu dipelajari.

Jika anda nak buka gerai menjual kuih di tepi jalan sahaja, itu lebih mudah. Anda cuma perlu belajar cara-cara membuat kuih ataupun tempah dari pembekal sahaja. Lepas itu, anda perlu beli beberapa bekas untuk mengisi kuih, meja, kerusi, beg plastik dan segala keperluan dan tada … boleh mula berniaga.

Untuk perniagaan kecil ini, anda tidak perlu tahu pasal perakaunan, cara menggaji pekerja, buat pemasaran yang hebat dan menyimpan rekod.

Saya berharap artikel ini dapat membantu anda memulakan perniagaan sendiri. Dengan ini tiadalah alasan untuk tidak memulakan perniagaan.

Kalau anda sudah memiliki ebook Magnet Rezeki, bacalah buku tersebut semula untuk mendapatkan cara-cara menjemput lebih banyak rezeki. Teknik-teknik tersebut dapat membantu anda mengatasi pesaing-pesaing anda. Yang belum ada ebook Magnet Rezeki, bolehlah dapatkan di sini .

Selamat berniaga,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !

P.P.S. Nak belajar cara-cara untuk menjemput rezeki ke dalam kehidupan anda? klik sini .

Reblog this post [with Zemanta]

Tip Hebat untuk Melipat Gandakan Perniagaan Anda

5

Category : Perniagaan

The Kuala Lumpur Tower is an important broadca... Image via Wikipedia

Selamat kembali ke Bicara Selasa . Dalam Bicara Selasa minggu ini, saya akan kongsikan sedikit tip perniagaan dengan anda semua.

Tip ini amat berguna bagi mereka yang sudah pun memiliki perniagaan. Jika anda masih belum mempunyai perniagaan sendiri, saya nasihatkan supaya anda salin, ingat dan simpan tip ini dalam minda anda kerana ia pasti berguna apabila anda memulakan perniagaan kelak.

Tip yang bakal saya kongsikan mungkin nampak mudah bagi kebanyakkan orang. Akan tetapi, bagi para peniaga serta usahawan, tip ini dapat melipatgandakan keuntungan syarikat mereka.

Seorang klien saya (dari Malaysia) menggunakan tip ini dan menambahkan RM6000 dalam keuntungan syarikatnya setiap BULAN!

Tip-tip ini berupa soalan yang perlu anda tanya kepada anda sendiri. Soalan-soalan ini ialah:

1. Apa yang dapat anda lakukan untuk mendapat lebih banyak pelanggan?

2. Siapa lagi yang dapat memanfaatkan produk anda?

3. Bagaimana anda dapat menjual lebih banyak lagi?

Kepada mereka yang masih belum menampakkan jawapan kepada soalan-soalan di atas, tip ini bagaikan sampah.

Sebaliknya bagi mereka yang sudah dapat jawapan kepada soalan-soalan ini, tip ini bagaikan emas.

Biar saya bagi anda satu contoh daripada seorang klien saya. Beliau baru sahaja memulakan perniagaan telefon bimbit berdekatan dengan kawasan perindustrian.

Masalah yang dikenalpasti ialah terlalu banyak persaingan di kawasan tersebut. Selain itu, kebanyakkan pelanggannya ialah pekerja asing dari Vietnam, Bangladesh, Indonesia dan sebagainya. Ini menyukarkan komunikasi antara klien saya dengan pelanggannya.

Jadi saya pun bekerja bersama-sama dengan klien saya untuk melakarkan pelan pemasarannya. Jawapan kepada soalan-soalan di atas adalah seperti berikut:

Soalan: Apakah yang dapat anda lakukan untuk mendapat lebih banyak pelanggan?

Jawapan: Memandangkan majoriti pelanggannya ialah pekerja asing yang bekerja dalam kawasan perindustrian di sekitar kawasan itu, meka mereka perlu mengenali lebih banyak pekerja asing dan membina hubungan yang rapat dengan mereka.

Soalan: Siapa lagi yang dapat memanfaatkan produk anda?

Jawapan: Sebahagian besar keuntungan syarikat datangnya daripada penjualan kad prepaid. Jadi pengguna kad prepaidlah yang menjadi sasaran pemasaran mereka.

Soalan: Bagaimana anda dapat menjual lebih banyak lagi?

Semasa kami tengah brainstorm, datang seorang pelanggan Vietnam ke kedainya untuk membeli kad prepaid. Idea timbul. Dengan serta merta, kami menjadikan pelanggan tersebut sebagai affiliate syarikatnya.

Ini bermakna, perempuan Vietnam masuk ke dalam komunitinya yang berbangsa Vietnam dan menjualkan kad prepaid kepada kawan-kawan serta rakan sekerjanya untuk mendapatkan komisyen.

Ini dapat menyelesaikan masalah komunikasi dan affiliate kami sudahpun mempunyai hubungan yang rapat dengan geng kawan-kawannya.

Sebagai ahli dalam komuniti tersebut, affiliate kami dapat mengurangkan rintangan jualan serta menambahkan volume jualan atas sebab hubungan yang rapat serta memudahkan.

Affiliate kami Cuma perlu depositkan sedikit wang kepada klien saya dan jika ada orang yang ingin membeli kad prepaid daripadanya, dia akan sms kepada klien saya. Selepas ini klien saya akan sms balik nombor kad prepaid tersebut dan wang akan ditolak daripada deposit tersebut.

Mudah dan berkesan.

Selepas sebulan, kami mendapati bahawa teknik ini berkesan dan mula rekrut lebih banyak affiliate lagi dari warganegara serta kilang yang berbeza. Kami juga memastikan bahawa mereka tidak bersaing sesama sendiri untuk mengelakkan pergaduhan dalaman.

Affiliate kami mendapat keuntungan RM 200-300 sebulan (50% daripada gaji mereka) dan klien saya pula meningkatkan pendapatannya sebanyak RM6000 (pada peringkat permulaan). Setelah bayar konsultansi saya, beliau masih untung banyak lagi. :)

Sudah tentu klien saya berasa gembira dan begitu juga dengan saya.

Teknik ini telah menumpaskan banyak pesaingnya dan lebih teruk lagi, mereka tidak tahu apa yang sedang berlaku.

Sekarang, beliau telah membeli sebuah kedai lagi yang bersaing secara langsung dengannya (sebaris) dan seterusnya memonopolikan perniagaan kad prepaid di kawasan tersebut. Jadi pendapatan tambahan beliau sudah jauh melangkaui RM6000.

Inipun hanya tanya diri sendiri 3 soalan yang dianggap “biasa” sahaja.

Banyak lagi teknik yang belum diserlahkan.

Semua ini tidak berlaku dalam sehari dua. Banyak kerja yang telah saya lakukan untuk mencapai keputusan ini seperti membuat kajian pasaran seperti mengenalpasti demografik serta psikographic dan sebagainya.

Konsultasi pemasaran saya yang seterusnya dijadualkan pada bulan Oktober 2008. Jika anda berminat, anda boleh hubungi saya di

http://attractingyourgoals.com/contact-us/

Untuk 5 permohonan yang pertama. Saya akan caj dalam RM dan bukannya USD$. Sebarang pertanyaan dialu-alukan.

Semoga tip ini dapat memanfaatkan perniagaan anda.

Ke arah kejayaan perniagaan anda,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !

Reblog this post [with Zemanta]