Mengarang Impian Anda

13

Category : Petua & Tips

Awakening...!!!Image by Denis Collette…!!! via Flickr

Salam sejahtera kepada semua. Dalam Bicara Selasa minggu ini, saya ingin kongsikan satu tip ataupun petua yang amat berguna dengan anda.

Anda telah pun tahu akan kuasa visusalisasi dan bagaimana ia mencipta realiti kita.

Akan tetapi ada pula segelintir yang memberitahu saya tentang kesukaran mereka untuk melahirkan perasaan ghairah mereka semasa melakukan visualisasi.

Dengan kata lain, mereka tidak dapat merasakan impian mereka sebenar-benarnya semasa melakukan visualisasi.

Saya berharap dengan tip yang saya kongsikan pada hari ini, masalah ini dapat diatasi (dengan mudah).

Teknik ini dipanggil, “Mengarang Impian Anda”

Dalam teknik ini, anda bukan sahaja perlu menulis impian anda tetapi menggambarkannya setepat mungkin.

Berikut adalah contohnya:

Dalam perjalanan ke pejabat, saya dapat merasakan suatu perasaan yang tidak dapat digambarkan. Akan tetapi, saya dapat merasakan bahawa ia merupakan suatu perkara yang baik.

Jantung saya berdengup kencang dan saya tersenyum tanpa sebab. “Apa yang tak kena dengan aku ni?” ku tanya kepada diriku sendiri.

Sekarang saya sudah pun berada di pejabat dan sebelum saya sempat duduk di tempat duduk saya, saya dipanggil untuk berjumpa dengan majikan yang berada di pejabatnya.

Oh, sungguh tidak disangka. Saya telah dinaikan pangkat. Identiti saya tiba-tiba berubah. Apakah aku ni sedang bermimpi? Aku dinaikan pangkat untuk menjadi pengurus syarikat ini. Impianku selama ini tercapai. Syukur.

Hidup aku berubah. Sekarang aku sudah mempunyai tempat letak kereta yang “special”. Berteduh. Tak payah jalan jauh lagi. Lot tempat kereta tersebut mempunyai papan tanda kecil yang tertulis, “PENGURUS” dan tiada siapa pun yang boleh meletakkan keretanya di sini selain aku.

Aku mula sibuk sekarang sebab nak pindahkan barang-barang aku dari satu “cubicle” yang kecil ke ruang pejabat yang besar. Dah lama saya tidak mengemaskan fail-fail tersebut. Inilah peluangnya.

Oh ya! Ada seperkara yang penting yang perlu saya lakukan dengan segera. Saya segera capai gagang telefon dan menempah satu papan plastik yang bertulis “Pengurus – Raymond Chua” untuk dilekatkan pada hadapan pintu pejabat saya.

Walaupun teringin sangat untuk memberitahu ahli keluarga saya tentang kenaikan pangkat ini, namun saya batalkan niat tersebut kerana ingin memberikan satu kejutan kepada mereka.

Dengan kenaikan gaji ini, dapatlah saya membawa anak dan isteri saya untuk bercuti di Australia pada cuti penggal yang akan datang.

Lamunan saya ghaib apabila telefon bimbit saya berbunyi. Itu ialah panggilan daripada broker saham saya. Menurutnya, saham yang saya labur 2 bulan yang lepas telah memberikan pulangan 20 ganda.

“JUAL!” kata saya dengan penuh keghairahan. Dengan keuntungan ini, dapatlah saya membayar pinjaman rumah serta kereta saya. Rezeki datang melimpah-limpah …

(Saya berhenti di sini sahajalah. Nanti jadi ebook pula)

Itulah contohnya di mana anda menulis dengan spesifik perkara-perkara yang anda inginkan. Anda tidak perlu menjadi penulis yang terkenal untuk menulis impian anda. Janji anda faham apa yang dituliskan.

Jangan bimbang tentang kesalahan ejaan ataupun kesalahan tatabahasa. Yang penting, aktiviti ini dapat melahirkan perasaan ghairah untuk mencapai impian anda.

Ini merupakan aktiviti visualisasi yang berkeamatan tinggi. Jika anda melakukan aktiviti ini setiap hari, saya amat yakin bahawa hidup anda pasti akan berubah.

Kita jumpa lagi dalam Bicara Selasa minggu depan.

Selamat mengarang,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!

P.P.S. Hendak mengubah hidup anda? Klik sini.

Satu Lagi Tip Untuk Mengelakkan Penangguhan

4

Category : Petua & Tips

Dalam Bicara Selasa yang lepas , kita telah belajar mengenai bahaya penangguhan, akibat penangguhan serta tip-tip untuk mengelakkan penangguhan iaitu dengan menetapkan satu tarikh dan masa secara spesifik dan jika anda berjaya melakukannya, berikan ganjaran kepada diri anda untuk “menggembirakan” minda separa sedar anda supaya ia akan terus mengelakkan penangguhan dan membawa anda kepada kejayaan.

Kepada pelawat yang baru tiba ke blog ini, selamat datang. Saya Raymond Chua dari blog Law of Attraction dan dalam Bicara Selasa minggu ini, saya akan kongsikan satu lagi tip yang dapat mengelakkan penangguhan dengan berkesan.

Dalam tip hari ini, anda perlukan sebuah diari ataupun sekurang-kurangnya sebuah buku nota.

Seperti biasa, diari mempunyai tarikh, betul tak? Jika diari anda tidak ada tarikh, jangan nangis, tulislah sendiri. Jika anda belum ada diari, tanya tengok saudara-mara anda ataupun kawan-kawan anda ada diari yang berlebihan tak. Kalau tak ada, belilah satu kerana diari (sebuah buku latihan pun sudah memadai) yang nampak remeh ini telah banyak menyumbang kepada kejayaan saya.

Baiklah, jadi sekarang dah ada diarikan? Mari kita mulakan.

Di dalam diari anda, tuliskan perkara perkara yang MESTI anda lakukan setiap hari, dari pagi hingga malam.

Buat perancangan ini setiap malam. Misalnya malam ini anda buat perancangan untuk hari esok.

Perancangan anda tidak semestinya formal. Anda boleh tulis perancangan anda mengikut kehendak anda. Salah tatabahasa ataupun campur-campur bahasa pun tak apa. Janji anda faham apa yang ditulis.

Contoh:

24 Feb 2009, Selasa

7:00 – Pergi joging

8:00 – Tulis dan post artikel Bicara Selasa – tip elak penangguhan

9:00 – Siap sedia emel bagi pelancaran Intuition Zone dan check komisyen jualan bagi setiap akaun.

10:00 – Periksa dan reply emel

12:00 – Sediakan kerja untuk pembantu saya.

13:00 – Makan tengah hari

14:00 – lawat blog dan forum

15:00 – merakam, edit dan upload video untuk melatih affiliate

17:00 – siram bunga

17:30 – membaca buku/ebook Magnet Rezeki – ingat tulis nota

19:00 – Makan Malam (sambil baca buku)

20:00 – buat marketing dan link building

21:00 – Buat meditasi

22:00 – Buat Joint venture

00:00 – Tulis perancangan untuk hari esok, buat affirmasi dan tidur

Selepas anda menulis perancangan tersebut, pastikan anda mengikutnya (bukan sekadar menulis sahaja). Jika saya telah merancang untuk memeriksa emel sehingga pukul 12 tengah hari sahaja. Saya akan pastikan bahawa saya mengikut jadual tersebut.

Apabila sudah sampai masanya, saya akan berhenti tak kira saya sudah siap memeriksa emel-emel tersebut atau tidak dan terus beralih kepada tugas yang seterusnya iaitu, menyediakan tugas bagi pembantu saya.

Disiplin adalah amat penting dalam proses ini. Jika saya tidak ada disiplin, saya akan terus periksa emel sampai lewat petang dan menangguhkan kerja-kerja yang lain.

Jika anda tidak dapat melatih disiplin anda, maka lupakan sahajalah impian anda kerana ia hanya akan kekal sebagai satu impian sahaja. Untuk berjaya, anda perlukan disiplin.

Cuba aktiviti ini untuk sehari dan lihat kesannya. Lihat berapa banyak tugas yang dapat anda lakukan. Dari situ, anda dapat merasakan kehebatan teknik ini.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan hasilnya di ruang komen.

Jangan tangguh lagi,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini !

P.P.S. Nak tips-tips lain untuk mencipta kejayaan? klik sini .