Hukum 90/10

5

Category : Motivasi

BERLIN - APRIL 03:  Knut the polar bear cub pl...
Image by Getty Images via Daylife

Kita bersua lagi dalam Bicara Selasa. Seperti biasa, saya Raymond Chua dari blog Law of Attraction dan pada minggu ini, saya ingin berkongsi sedikit tentang hukum 90/10 ini.

Hanya 10% daripada perkara di dunia ini di luar kawalan kita. Yang selebihnya, iaitu 90%, kita berupaya untuk mengawalnya dan jika kita dapat mengawal yang 90% itu, hidup kita akan menjadi lebih ceria dan gembira.

Mari kita kaji situati-situasi berikut:

Situasi A

Dalam perjalanan pulang dari pejabat, anda terperangkap dalam satu kesesakan lalu lintas kerana terdapat satu kemalangan yang ngeri di hadapan. Ini merupakan perkara yang berada di luar kawalan anda. (10%)

Dengan segera, perasaan anda mula berasa tertekan kerana malam ini merupakan hari jadi anak anda dan anda tidak mahu lewat untuk meraikan hari jadi dengannya.

Tiba-tiba, telefon bimbit anda berdering dan anda pun menjawab panggilan tersebut. Anak anda merajuk dan bertanya mengapakan anda masih belum sampai ke rumah.

Anda yang berasa tertekan pun melepaskan geram dengan memarahi anak anda kerana asyik memikirkan tentang harijadinya dan tidak mengambil kisah akan perasaan anda yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Apabila anda sampai ke rumah, anda berasa bersalah kerana telah meregangkan hubungan di antara anda dengan anak anda. Ia tidak perlu menjadi begini.

Situasi B

Dalam perjalanan pulang dari pejabat, anda terperangkap dalam satu kesesakan lalu lintas kerana terdapat satu kemalangan yang ngeri di hadapan. Ini merupakan perkara yang berada di luar kawalan anda. (10%)

Walaupun malam ini anda telah berjanji dengan anak anda bahawa anda akan meraikan harijadi dengannya dan kemalangan di hadapan jalan raya mungkin menyebabkan anda lewat pulang ke rumah, anda tetap berasa bersyukur kerana yang terlibat dalam kemalangan itu bukan anda.

Fikiran anda tenang apabila anda berasa bersyukur dan anda segera menelefon balik ke rumah untuk memberitahu anak anda bahawa anda akan lewat pulang, menjelaskan bahawa anda sedang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan menyuruhnya berdoa agar anda selamat pulang.

Anda juga berjanji bahawa walaupun anda lewat pulang, anda tetap akan meraikan harijadi dengannya malam ini juga.

Apabila anda pulang, anak anda berasa gembira melihat anda selamat pulang dan memandangkan anda sekeluarga telah berasa amat lapar, anda sekeluarga pun keluar makan dengan penuh selera dan gembira.

Dalam kedua-dua situasi di atas, perkara yang berlaku dan berada di luar kawalan kita (10%) iaitu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas tidak berubah.

Akan tetapi reaksi kita terhadap perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita yang menentukan keceriaan serta hala tuju kehidupan kita. (90%)

Walaupun kita tidak dapat mengawal perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita, tetapi kita dapat menentukan reaksi kita terhadap perkara-perkara yang berlaku.

Ambillah hukum 90/10 ini sebagai pedoman dan gunalah ilmu ini dengan sebaik-baiknya.

Selamat bereaksi,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!

P.P.S. Hendak mengubah hidup anda? Klik sini.

Reblog this post [with Zemanta]

Perubahan Mengambil Masa …

9

Category : Petua & Tips

When the Dawn Touch the Canes of a Swamp Image by Michele Catania via Flickr

Ada orang yang mengatakan bahawa mereka dapat melakukan perubahan dalam masa 60 hari. 60 hari merupakan masa yang terlalu lama.

Sebenarnya kita cuma memerlukan masa kurang daripada 60 saat untuk melakukan perubahan. Bagaimana?

Mungkin anda merasakan bahawa masa 60 saat adalah terlalu singkat untuk melakukan perubahan. Biar saya terangkan.

Perubahan terhadap diri anda hanya dapat dilakukan dengan komitmen yang kuat daripada anda sendiri. Dan anda Cuma memerlukan masa kurang daripada beberapa saat untuk melakukan komitmen tersebut.

Pada saat anda membuat komitmen kepada diri anda sendiri, pada saat itulah perubahan berlaku. Minda anda berubah, pemikiran anda berubah, perasaan anda berubah, tindakan anda berubah dan seterusnya hasil turut berubah (perubahan).

Contohnya, apabila seseorang memberitahu anda bahawa dia menggunakan masa 2 tahun untuk berhenti merokok, sebenarnya dia tidak menggunakan masa 2 tahun untuk berhenti merokok.

Dia cuma menggunakan masa dua tahun untuk membuat komitmen terhadap dirinya sendiri dan pada saat itulah (saat dia membuat komitmen tersebut) perubahan mula berlaku dan ia cuma mangambil masa beberapa saat untuk melakukan perubahan tersebut.

Saya tidak mengambil masa 8 tahun untuk berubah daripada “menjadi pelajar yang malas” kepada menjadi “pelajar yang rajin dengan keputusan yang cemerlang”.

Saya cuma menggunakan 8 tahun untuk membuat komitmen tersebut. Pada tahun ke-8 itulah, tekanan yang diberikan oleh rakan-rakan yang lain serta sokongan daripada guru kelas saya yang menyebabkan saya membuat komitmen untuk rajin belajar dan mencapai keputusan yang cemerlang.

Perubahan berlaku pada saat itu juga dan ia cuma mengambil masa beberapa saat sahaja untuk melakukan perubahan tersebut.

Selepas saya membuat komitmen tersebut, pemikiran, emosi, perasaan dan tindakan saya mula berubah dan perubahan tersebutlah yang menjadikan saya top student setiap tahun.

Dan ia cuma mengambil masa beberapa saat sahaja untuk membuat komitmen untuk melakukan perubahan tersebut.

Lebih bagus lagi, perubahan tersebut telah membawa kepada perubahan-perubahan yang lain seperti

Perubahan tanggapan masyarakat terhadap diri saya (dari negatif kepada positif)

Perubahan dalam tanggapan saya terhadap perkara-perkara di dunia ini (melalui ilmu yang ditimba)

Perubahan dalam ibu saya daripada yang asyik meleter menyuruh saya baca buku kepada menyuruh saya supaya berhenti membaca buku dan banyakkan rehat. (Sekarang, minta saya jangan bekerja terlalu lama pula. Sampai masa Tahun Baru Cina yang lepas pun kena komplen lagi. :) )

Saya bukan nak menunjuk-nunjuk tetapi ingin membuktikan bahawa semua perubahan tersebut hanya mengambil masa beberapa saat.

Selagi anda tidak membuat komitmen kepada diri anda, selagi itulah perubahan tidak dapat dilakukan.

Apakah yang anda inginkan dalam kehidupan anda?

Buat komitmen pada hari ini juga!

Selamat berubah,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini !

P.P.S. Nak tips-tips lain untuk melakukan perubahan? klik sini .

Apakah Perbezaan Di Antara LOA Dengan Minda Separa Sedar?

4

Category : LOA, Minda Separa Sedar

Mauna Loa as seen from Saddle Road

Image via Wikipedia

Selamat sejahtera dan selamat datang ke Bicara Selasa . Sekelip mata sahaja sudah seminggu. Saya Raymond Chua dan dalam Bicara Selasa minggu ini, saya akan bincangkan sedikit tentang perbezaan di antara Law of Attraction dengan minda separa sedar.

Sebenarnya terdapat perbezaan yang besar di antara dua istilah ini. LOA merupakan suatu hukum alam seperti Hukum Graviti, Hukum Sebab dan Akibat, Hukum Getaran, dan seumpamanya.

Minda separa sedar pula merupakan sebahagian daripada minda kita dan ia bukan suatu hukum.

LOA merupakan suatu alat penarikan manakala minda separa sedar kita pula yang menentukan perkara atau benda yang ditarik.

Dengan kata lain, minda separa sedar kita menggunakan LOA untuk memanifestasikan impian serta matlamat kita.

Kalau nak guna analogi, LOA bagaikan kereta manakala minda separa sedar kita pula bagaikan pemandunya. Pemandunya lah yang menentukan arah tuju serta kelajuan kereta tersebut.

Pemandu tersebut boleh menggunakan kereta itu untuk membawa anaknya ke sekolah dan pemandu itu juga boleh menggunakan kereta tersebut untuk mengedar dadah. Kereta tersebut bagaikan alat sahaja dan pemandunya lah yang menentukan sama ada hendak menggunakannya untuk tujuan yang baik atau sebaliknya.

Minda kitalah yang menentukan sama ada kita hendak menggunakan LOA untuk menarik perkara-perkara yang baik atau sebaliknya. Ada orang yang menggunakan LOA untuk menarik kekayaan, kesihatan yang baik, perhubungan yang intim serta kehidupan yang gembira.

Ada pula yang menggunakan LOA untuk menarik perkara-perkara yang tidak diingini seperti, kegagalan, pergaduhan, kekecohan dan sebagainya.

Jadi, gunakah “kereta” anda dengan sebaik mungkin.

Selamat “memandu” LOA,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !

P.P.S. Nak belajar cara-cara untuk menjemput rezeki ke dalam kehidupan anda? klik sini .

Adakah Anda Menggunakan Law of Attraction untuk Membantutkan Kekayaan Anda?

7

Category : LOA, Seminar

Saya ingin memulakan artikel hari ini dengan satu berita baik. Untuk semua subscribers yang sudah subscribe ke dalam senarai saya, saya telah pun emelkan link kepada podcast Financial Blueprint yang telah dijanjikan (Dalam Bahasa Melayu).

Bahagian kedua bagi podcast ini akan disiapkan secepat mungkin. Walaupun tanpa bahagian kedua, saya yakin podcast bahagian pertama ini sudah dapat memberi banyak manfaat kepada anda.

Jadi, kepada anda yang belum subscribe kepada list saya, anda boleh berbuat demikian di

http://green-rectangle.com/mmi/kejayaan.html

Berbalik kepada tajuk hari ini iaitu adakah anda menggunakan Law of Attraction untuk membantutkan kekayaan anda (secara langsung stau tidak langsung).

Pernahkah anda berkata atau mendengar ayat-ayat berikut?

Orang kaya semuanya penipu.

Orang kaya biasanya tak baik.

Kalau tak buat kerja haram, macam mana nak jadi kaya.

Dia ini kaya. Mesti dia buat skim cepat kaya.

Wang merupakan sebab utama bagi segala kejahatan.

Semua orang kaya jahat!

(dan banyak lagi)

Jika anda pernah berkata atau memikirkan ayat-ayat sebegini, minda kewangan anda telahpun diracuni. Ianya teramcam dan sudah berada dalam tahap yang kritikal.

Jika anda pernah berkata atau memikirkan ayat-ayat sebegini, saya boleh jamin bahawa anda masih belum kaya dan tidak akan kaya KECUALI minda sedar atau separa sedar anda diubah.

Tembok Besar Minda

Biar saya terangkan bagaimana racun minda kita dilahirkan dan bagaimana ianya dimasukkan ke dalam minda kita. Sejak kecil lagi, kita telah diasuh untuk menjadi orang yang baik, berbudi bahasa, bermoral dan sebagainya.

Pada masa yang sama juga, perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita, kata-kata yang sering kita dengar daripada ibu bapa, kawan-kawan serta guru-guru kita, rancangan televisyen, berita dan sebagainya telah banyak memaparkan imej kejahatan yang disebabkan oleh wang.

Misalnya, anda kerap mendengar berita tentang kes rompakan, penculikan, pembunuhan dan sebagainya (yang berasaskan wang). Selain itu, anda mungkin terdengar perbualan di antara ibu bapa anda dengan jiran-jiran yang berbincang tentang malapetaka yang disebabkan oleh wang atau bagaimana sebuah keluarga menjadi porak peranda disebabkan oleh wang dan sebagainya.

(dan banyak lagi)

Kesimpulannya, anda ingin menjadi orang yang baik dan secara langsung, anda mengaitkan kekayaan dengan segala bentuk kejahatan.

Apabila anda hendak menjadi orang yang baik, anda akan menarik segala yang diperlukan untuk menjadi orang yang baik denga menggunakan Law of Attraction.

Malangnya, pada masa yang sama, minda separa sedar anda telah menggabungkan satu mesej kepada gelombang yang dipancar keluar melalui minda anda yang berbunyi,

“untuk menjadi orang yang baik, saya tidak boleh menjadi kaya.”

Jadi, minda anda akan berusaha sedaya upaya untuk menghalang kekayaan daripada menemui anda supaya anda dapat terus jadi orang yang baik. Minda anda akan membina satu tembok besar untuk mengkalang kekayaan anda.

Semua ini berlaku dalam minda separa sedar kita dan kita tidak perasan terhadap perkara ini. Oleh itu, kadang-kadang kita hendak menjadi kaya, tetapi jauh ke dalam hati kecil kita, kita tidak berani untuk menjadi kaya.

Kadang-kadang kita mendapat durian runtuh seperti mendapat bonus, memenangi hadiah cabutan bertuah dan sebagainya, tetapi entah kenapa, wang itu habis dibelanjakan begitu sahaja tanpa kita mengetahui apa yang kita belanjakan wang tersebut.

Jika apa yang dibincangkan di atas benar bagi anda, dan anda sangat sangat ingin ingin jadi kaya, maka anda perlu mula mengaitkan kekayaan dengan segala kebaikan.

Nampaknya artikel ini dah jadi terlalu panjang, nanti jadi ebook pula. :)

Saya akan kongsikan dengan lebih lanjut lagi dalam podcast saya yang kedua.

Apa yang dibincangkan di atas hanya merupakan salah satu daripada berpuluh-puluh kecacatan pada financial blueprint anda. Jika anda ingin mengenali semua kecacatan ini dan memperbaikinya dengan teknik yang telah dibuktikan keberkesanannya, maka anda perlu menghadiri seminar Millionaire Mind Intensive, T Harv Eker.

Anda boleh mendapatkan tiket seminar itu kat sini.

Selamat menjadi kaya.