Apakah Perbezaan Di Antara LOA Dengan Minda Separa Sedar?

4

Category : LOA, Minda Separa Sedar

Mauna Loa as seen from Saddle Road

Image via Wikipedia

Selamat sejahtera dan selamat datang ke Bicara Selasa . Sekelip mata sahaja sudah seminggu. Saya Raymond Chua dan dalam Bicara Selasa minggu ini, saya akan bincangkan sedikit tentang perbezaan di antara Law of Attraction dengan minda separa sedar.

Sebenarnya terdapat perbezaan yang besar di antara dua istilah ini. LOA merupakan suatu hukum alam seperti Hukum Graviti, Hukum Sebab dan Akibat, Hukum Getaran, dan seumpamanya.

Minda separa sedar pula merupakan sebahagian daripada minda kita dan ia bukan suatu hukum.

LOA merupakan suatu alat penarikan manakala minda separa sedar kita pula yang menentukan perkara atau benda yang ditarik.

Dengan kata lain, minda separa sedar kita menggunakan LOA untuk memanifestasikan impian serta matlamat kita.

Kalau nak guna analogi, LOA bagaikan kereta manakala minda separa sedar kita pula bagaikan pemandunya. Pemandunya lah yang menentukan arah tuju serta kelajuan kereta tersebut.

Pemandu tersebut boleh menggunakan kereta itu untuk membawa anaknya ke sekolah dan pemandu itu juga boleh menggunakan kereta tersebut untuk mengedar dadah. Kereta tersebut bagaikan alat sahaja dan pemandunya lah yang menentukan sama ada hendak menggunakannya untuk tujuan yang baik atau sebaliknya.

Minda kitalah yang menentukan sama ada kita hendak menggunakan LOA untuk menarik perkara-perkara yang baik atau sebaliknya. Ada orang yang menggunakan LOA untuk menarik kekayaan, kesihatan yang baik, perhubungan yang intim serta kehidupan yang gembira.

Ada pula yang menggunakan LOA untuk menarik perkara-perkara yang tidak diingini seperti, kegagalan, pergaduhan, kekecohan dan sebagainya.

Jadi, gunakah “kereta” anda dengan sebaik mungkin.

Selamat “memandu” LOA,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !

P.P.S. Nak belajar cara-cara untuk menjemput rezeki ke dalam kehidupan anda? klik sini .