Tangga Kehidupan

6

Category : Motivasi, Renungan

Greenwich Stairs
Image by JeffOliver via Flickr

Selamat sejahtera saya ucapkan buat semua pembaca blog LinnComel.com. Raymond Chua di sini dan dalam Bicara Selasa minggu ini, saya ingin kongsikan satu serita yang saya rasakan menarik dengan anda sekalian.Pertama sekali, saya berasa bersyukur kerana perniagaan saya untuk tahun ini berjalan dengan lancar walaupun masih belum mencapai matlamat yang saya tetapkan untuk diri sendiri tetapi ia terus berkembang.

Dari aspek pelaburan pula, semuanya berjalan dengan lancar setakat ini dan peluang-peluang pelaburan terus datang kepada saya. Mungkin satu hari nanti, saya akan kongsikan peluang-peluang tersebut dengan anda. Pastikan anda mempunyai simpanan yang mencukupi untuk mula melabur apabila tiba masanya.

Baiklah, mari kita mulakan dengan Bicara Selasa minggu ini.

Ada satu satu pasangan suami isteri yang tinggal di tingkat 80 sebuah apartment. Pada suatu hari, mereka pergi mendaki bukit dan apabila mereka pulang ke apartment mereka, mereka dapati bekalan elektrik terputus dan sistem lif tidak berfungsi.

Dengan mengangkat beg yang besar di belakang mereka dan dibasahi peluh, mereka ingin cepat sampai ke rumah dan mandi.

Wanita tersebut pun memberitahu suaminya, “Sayang, nampaknya kita terpaksa menggunakan tangga daripada menunggu di sini.”

Suaminya bersetuju dan mereka pun menaiki tangga tersebut untuk sampai ke rumah mereka.

Apabila sampai ke tingkat 20, lelaki itu pun berkata, “Berat juga beg ini. Letihnya aku. Apa kata kita letakkan beg kita di sini. Kita boleh mengambilnya balik apabila sistem lif berfungsi nanti?”

“Bagus idea ini, yang”, ujar isterinya.

Kemudian, mereka pun meletakkan beg mereka di tepi tangga dan meneruskan perjalanan mereka. Badan mereka berasa ringan. Mereka berbual-bual dan berjenaka sambil menaiki tangga tersebut.

Apabila sampai ke tingkat 40, mereka pun berasa amat letih dan itupun cuma separah daripada perjalanan mereka sahaja. Mereka mula mengadu dan menyalahkan satu sama lain seperti, “Mengapa engkau tidak perasan notis pemberitahuan tersebut?”

Mereka terus bergaduh sehingga sampai ke tingkat 60. Pada masa ini, mereka sudah benar-benar keletihan sehingga nak bergaduh pun tak larat lagi.

“Mari kita berhenti bergaduh dan habiskan 20 tingkat yang terakhir dengan senyap,” ujar lelaki itu.

Setelah penat berjalan, akhirnya, mereka sampai ke tingkat 80, tempat mereka tinggal.

“Cepat buka pintu, yang,” kata wanita itu kepada suaminya.

“Apa, bukankah kunci rumah ada pada kamu?”

Sebenarnya kunci rumah mereka terletak pada beg mereka di tingkat 20.

Alamak!

Ada orang mengatakan bahawa cerita ini memantulkan kehidupan kita.

Sejak kita dilahirkan sehingga umur 20, kita dikawal dan dilindungi oleh ibu bapa serta guru-guru kita.

Selepas itu, kita melepaskan “beg” tersebut dan meneruskan 20 tahun daripada kehidupan kita dengan penuh kegembiraan dan tanpa banyak kerisauan.

Kemudian, kita mula mengadu tentang kehidupan kita, pekerjaan kita, syarikat kita dan kerajaan kita.

Apabila sampai ke umur 60, kita dapati bahawa kita tidak mempunyai banyak masa lagi dan bercadang untuk meneruskan kehidupan kita dengan baik.

Bila kita sampai ke umur 80, kita lihat balik dan dapati bahawa semua impian dan matlamat kita masih berhenti di tingkat 20.

Saya memilih untuk tidak menjadi seperti pasangan suami isteri tersebut. Anda pula bagaimana?

Semoga berjaya,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!

P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.

Reblog this post [with Zemanta]

Mustahil

4

Category : Motivasi

Berkurun-kurun lamanya manusia percaya bahawa ia mustahil untuk berlari sejauh satu batu dalam masa kurang daripada satu minit. Ia sudah menjadi satu kepercayaan bahawa jika anda berlari begitu laju, jantung anda mungkin meletup.

Roger Bannister memilih untuk mengubah kepercayaan tersebut. 6 haribulan Mei 1954, beliau dapat berlari sejauh sebatu dalam masa kurang daripada 4 minit.

Setahun kemudian, 37 orang yang lain dapat melakukannya. Dua tahun kemudian, 300 orang dapat memecah rekod yang dulunya dianggap mustahil itu.

Mengapa?

Kerana kepercayaan anda akan menjadi realiti anda. Jika anda percaya bahawa sesuatu perkara adalah mustahil, maka ia akan menjadi mustahil bagi anda. Roger Bannister telah membuktikan bahawa ia tidak mustahil dan pencapaiannya telah mengubah kepercayaan dunia bahawa rekos ini adalah tidak mustahil dan mampu dicapai oleh manusia.

Apabila kita mula percaya, kita akan daapt melakukannya. Selepas Roger Bannister membuktikannya, tiba-tiba ramai orang yang dapat melakukannya. Hebat sekali kuasa kepercayaan kita.

Bagaimana pula dengan anda. Apakah kepercayaan anda yang menjadi penghalang kepada kejayaan anda? Pecahkan halangan tersebut. Percaya bahawa anda boleh melakukannya.

Anda boleh,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!

P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.

Permulaan Yang Baru

Category : Bina Kejayaan, Perniagaan, Petua & Tips

Apa khabar pembaca-pembaca yang disayangi. Raymond Chua di sini. Ramai yang menghantar emel untuk bertanya mengapa tak dapat baca Bicara Selasa kebelakangan ini.

Minta maaf la ye. Saya agak sibuk kebelakangan ini.

Sebelum tahun baru, ada banyak persiapan yang perlu dilakukan untuk mengahadapi tahun baru. Persiapan ini termasuklah persiapan perniagaan, persiapan diri, dari segi emosi, fizikal, mental dan rohani, mengkaji balik peratusan matlamat yang telah dicapai dan yang belum dicapai.

Banyak masa telah dilaburkan dalam persiapan perniagaan dan pelaburan.

Pokoknya, persiapan yang saya lakukan sebelum tahun baru adalah dalam peringkat perancangan.

Selepas tahun baru (sekarang) pula, persiapan yang saya lakukan adalah peringkat pelancaran ataupun dengan kata lain, mengambil tindakan mengikut perancangan yang dilakukan sebelum ini. Maklumlah, ada banyak matlamat baru yang MESTI direalisasikan.

Menetapkan matlamat amat mudah. Terutamanya dalam musim tahun baru ini. Ramai yang menetapkan matlamat serta azam baru. Menetapkan matlamat merupakan suatu perkara yang baik. Akan tetapi, menetapkan matlamat sahaja tidak dapat menjamin kejayaan seseorang.

Lihatlah bilangan orang yang menetapkan matlamat mereka dan bilangan yang berjaya mencapai matlamat tersebut.

Menetapkan matlamat sahaja tanpa disusuli oleh tindakan yang wajar serta disiplin yang kukuh adalah tidak berguna.

Untuk mencapai matlamat anda, anda perlu berdisiplin untuk melakukan apa yang perlu, bukan untuk sehari dua, tetapi untuk satu jangka masa yang tertentu sehingga matlamat anda tercapai.

Misalnya, jika matlamat anda adalah untuk meningkatkan pendapatan anda sebanyak RM1000 sebulan. Anda perlu merancang apa yang perlu anda lakukan untuk mencapai matlamat tersebut. Adakah dengan bekerja sambilan, bekerja lebih masa, memulakan perniagaan selepas waktu kerja atau melabur dalam pelaburan-pelaburan tertentu.

Katakanlah strategi anda adalah untuk berniaga. Maka anda perlu mengambil tindakan yang perlu seperti menetapkan jenis perniagaan yang hendak anda jalankan, mencari modal, menyenaraikan peralatan yang perlu dibeli, merancang kewangan anda dan sebagainya.

Selepas merancang, anda perlu bertindak. Pada peringkat permulaan, perniagaan anda mungkin tidak berapa baik kerana anda masih baru dalam bidang ini dan belum lagi ada pelanggan tetap. Anda perlu teruskan usaha anda (disiplin) dan melakukan sesuatu yang baru untuk menarik pelanggan.

Segala usaha ini perlu dilakukan sehingga anda mencapai matlamat anda iaitu untuk meningkatkan pendapatan anda sebanyak RM1000 sebulan.

Jika anda tidak menyuap matlamat anda dengan tindakan yang bijak serta disiplin yang kuat, matlamat anda hanya akan kekal sebagai matlamat sahaja dan pada tahun depan, kehidupan anda masih kekal tidak berubah.

Formula kejayaan ini adalah seperti berikut:

Matlamat + Tindakan + Disiplin = Kejayaan

Formula ini bukan hanya digunakan dalam perniagaan sahaja tetapi untuk apa-apa sahaja matlamat yang anda tentukan.

Selamat berjaya,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!

P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.

Salah Seorang Mentor Saya Meninggal Dunia

5

Category : Info

Jim Rohn
Image by TheScream via Flickr

Salah seorang mentor saya, Jim Rohn telah meninggal dunia pada minggu lepas. Beliau juga merupakan mentor kepada Anthony Robbins.Semoga rohnya diberkati tuhan.

Saya ada postkan videonya pada blog saya. Jika anda berminat, anda boleh menontonnya di blog Law of Attraction. Ilmu yang disampaikannya mudah tetapi amat berguna.

Hidup kita ini pendek. Jadi hargailah setiap saat selagi kita masih hidup. Saya sentiasa bersyukur kepada tuhan. Bagaimana pula dengan anda? Kongsikanlah.

Ingat bersyukur,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!

P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.

Reblog this post [with Zemanta]

Mengapakah Perkara Yang Buruk Menimpa Orang Yang Baik

3

Category : LOA

Nice Day
Image by …-Wink-… via Flickr

Saya berasa bersyukur kerana diberi peluang untuk bercuti bersama-sama dengan anak murid saya di Tanah Tinggi Genting pada minggu yang lepas. Saat-saat yang menggembirakan itu tidak akan saya lupakan.

Balik kepada Bicara Selasa minggu ini.

Sejak saya menerbitkan Bicara Selasa yang lepas yang bertajuk “Mengapakah perkara yang baik berlaku ke atas orang yang jahat”, saya menerima banyak soalan daripada pembaca-pembaca blog ini dan juga dari blog Law of Attraction saya.

Ada yang bersetuju dengan pandangan saya, ada yang kurang setuju, dan ada yang neutral sahaja. Ini merupakan perkara yang baik kerana itulah tujuan ruang komen iaitu untuk kita berkongsi pendapat supaya perbincangan di sini tidak saya monopolikan.

Syabas, saya ucapkan kepada anda yang memberi komen di sini!

Saya akan cuba sedaya upaya untuk menjawab soalan-soalan yang ditujukan. Soalan pertama yang akan saya jawab dalam Bicara Selasa minggu ini ialah, “Mengapakah Perkara Buruk Menimpa Orang Yang Baik?”

Jika kita meneliti Law of Attraction, kita akan dapati bahawa segala hukum di alam ini tidak memihak kepada sesiapa pun. Ia tidak memihak kepada orang yang baik ataupun orang yang jahat.

Law of Attraction tidak kira siapa anda. Ia cuma bertindak balas terhadap gelombang minda yang kita keluarkan sama ada secara sedar ataupun tidak sedar.

Dalam Bicara Selasa yang lepas, saya nyatakan dengan jelas sekali dan di sini, saya akan berikan satu contoh lagi.

Bayangkan 2 orang di dalam sebuah dapur. Salah seorang daripada merela ialah orang yang baik manakala yang satu lagi ialah orang yang jahat.

Orang yang baik itu meletakkan tangannya di atas dapur yang panas manakala orang yang jahat tersebut meletakkan tangannya pada dinding pada suhu bilik.

Pada pendapat anda, tangan siapakah yang akan terbakar?

Jawapannya amat ketara.

Mengapakah anda fikir bahawa perkara yang buruk (tangan terbakar) berlaku terhadap orang yang baik? Saya pasti anda sudah faham sekarang.

Hukum alam tidak memihak kepada sesiapa pun. Ia Cuma bertindak balas dengan perkara yang kita lakukan.

Haba daripada dapur panas dipindahkan ke tangan orang yang baik tersebut adalah disebabkan oleh keseimbangan terma dan Hukum Keabadian Tenaga diaplikasikan dalam contoh ini.

Balik kepada kehidupan harian kita.

Dalam kehidupan saya, saya menemui ramai orang yang baik tetapi memiliki mindset yang buruk.

Salah satunya ialah seorang pekerja kilang yang sangat rajin dan baik hati tetapi apabila sampai akhir tahun, beliau selalu berkata bahawa beliau tidak akan mendapat kenaikan gaji dan bonus (walaupun belum diumumkan oleh majikan)

Akibatnya, beliau betul-betul tidak dapat kenaikan gaji dan bonus seperti yang “didoakannya” dan orang lain yang dapat kenaikan gaji tersebut.

Law of Attraction tidak kira siapa anda. Ia cuma bertindak balas terhadap gelombang minda yang anda keluarkan (doa).

Beberapa tahun yang lepas, saya ada anak-murid yang baik hati dan naif tetapi kehidupan mereka kelam kabut. Mengapa?

Ini adalah disebabkan oleh minda mereka. Mereka mempunyai minda yang teruk. Antara kata-kata yang sering diucapkan oleh mereka adalah seperti.

“Saya tidak mungkin berjaya”

“Mungkin ia bukan milik saya”

“Mereka akan tinggalkan saya”

Dan banyak lagi.

Daripada kata-kata yang sering digunakan oleh mereka, amatlah mudah bagi kita untuk meramal kualiti hidup mereka.

Jadi, apa yang saya lakukan ialah, saya mengubah mindset mereka. Saya mula mengajar mereka tentang Law of Attraction dan dalam masa 2 bulan, semuanya berubah.

Mereka datang dan mengucapkan terima kasih kepada saya atas perubahan yang saya lakukan ke atas diri mereka, kawan-kawan mereka pun bersyukur dan berterima kasih kepada saya dan semua orang pun berasa gembira.

Saya tidak mengubah diri mereka daripada orang yang baik kepada orang yang jahat ataupun sebaliknya. Apa yang saya lakukan ialah, saya cuma mengubah mindset mereka dan kehidupan mereka berubah secara automatik.

Perkara yang baik boleh berlaku ke atas orang yang jahat kerana mereka pandai berdoa. Mereka memikirkan yang terbaik untuk mereka dan percaya serta yakin pada keinginan mereka.

Anda tidak perlu menjadi orang yang jahat untuk membolehkan perkara-perkara yang baik berlaku ke atas diri anda. Apa yang anda perlu anda lakukan ialah mengubah mindset anda.

Perkara yang baik boleh berlaku ke atas orang yang baik dan orang yang jahat.

Persoalannya bukan siapa anda tetapi bagaimana anda mengaplikasikan Law of Attraction dalam hidup anda.

Menarik yang terbaik,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!

P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.