Teknik Untuk Mengatasi Self Limiting Belief

17

Category : Petua & Tips

Bertemu kembali. Begitu cepat masa berlalu. Sekelip mata sahaja, Selasa lagi.

Pada hari yang ceria ini, saya ingin berkongsikan tips tentang cara-cara untuk mengatasi Had Kepercayaan Diri ataupun Self Limiting Belief.

Mengendahkan self limiting belief merupakan salah satu cara yang mudah untuk mencari kegagalan. Self limiting belief kita sering membawa kita ke jalan yang salah tanpa kita sedari.

Ramai di antara kita yang mempunyai impian serta matlamat yang tertentu, akan tetapi kebanyakkan masanya, impian kita hanyalah kekal sebagai impian buat selama-lamanya. Ia kelihatan seolah-olah impian kita tidak ada peluang langsung untuk menjadi kenyataan.

Semua ini adalah hasil daripada kerja minda anda. Minda anda dikuasai oleh self limiting belief dan secara tidak langsung, ia telah menjahanamkan hidup anda.

Ianya agak sukar untuk dihapuskan kerana kewujudannya jarang dirasai serta dikesan oleh anda. Ia bertindak secara senyap.

Salah satu cara untuk mengubah self limiting belief kita ialah melalui cara visualisasi.

Visualisasi merupakan cara di mana anda dikehendaki untuk menggambarkan sesuatu di dalam minda anda.

Visualisasi merupakan teknik yang amat berkesan untuk menghapuskan self limiting belief anda yang mengehadkan pencapaian anda dalam dunia ini. (Jika dilakukan dengan betul)

Begini caranya, sebelum anda melakukan visualisasi, kenal pasti self limiting belief anda terlebih dahulu.

Tuliskan kesemua self limiting belief tersebut pada sehelai kertas.

Berikut adalah beberapa contoh yang boleh anda ikuti:

· Adakah saya menjana pendapatan yang saya inginkan? Jika tidak, mengapa?

· Adakah saya suka akan kerjaya saya? Jika tidak, mengapa?

· Adakah saya perpuas hati dengan keadaan fizikal saya? Jika tidak, mengapa?

· Adakah saya berasa gembira selalu? Jika tidak mengapa?

Semasa anda menjawab soalan-soalan di atas, kemungkinan besar anda akan dapat mengenal pasti beberapa self limiting belief anda. Daripada self limiting belief yang anda dapat dari latihan di atas, buat visualisasi untuk menggantikan self limiting belief tersebut kepada sesuatu yang lebih baik.

Katakan anda selalu menghadapi masalah tidak cukup wang untuk berbelanja. Apa yang perlu anda lakukan ialah gambarkan anda menerima satu panggilan telefon daripada sebuah syarikat yang menawarkan anda satu peluang pekerjaan yang memberikan gaji yang lumayan.

Bayangkan seyuman serta perasaan anda semasa memegang gagang telefon tersebut. Apakah yang anda akan katakan? Adakah anda akan menerima tawaran kerja tersebut? Apakah perkara lain yang ditawarkan selain daripada gaji yang lumayan (contohnya elaun, insurans, peluang naik pangkat dan seumpamanya)

Gambarkannya setepat yang mungkin dalam minda anda. Rasakan perasaan tersebut.

Oops… mungkin inilah masalah yang ramai orang hadapi iaitu tidak dapat melahirkan perasaan yang betul serta teruja.

Semasa saya mula belajar pakai teknik ini, saya juga mempunyai masalah yang sama, malah saya juga berasa malu untuk buat latihan visualisasi ini.

Untuk mengatasi masalah ini, saya menggunakan Attraction Accelerator. Ia merupakan satu audio binaural beat yang membantu kita dalam proses visualisasi.

Ianya hanya muzik latar belakang yang direka khas oleh saintis-saintis agar ia dapat merangsangkan aktiviti otak kita. (Meletakkan keadaan otak kita dalam gelombang alfa)

Tidak ada orang yang bercakap di dalam audio ini, jadi anda tidak perlu risau bahawa anda tidak faham Bahasa Inggeris dan sebagainya.

Terus terang, audio ini banyak membantu saya dalam peringkat awal semasa saya mula menggunakan teknik visualisasi untuk merealisasikan impian saya dengan Law of Attraction.

Sehingga kini, ia telah memberikan pulangan berpuluh-puluh kali ganda kepada saya. (Hmm … pelaburan yang bijak) :)

Jika anda mempunyai impian yang sangat besar seperti menjadi seorang jutawan tetapi impian anda kelihatan jauh daripada anda dan anda dihadkan oleh self-limiting belief anda, maka, apa yang saya boleh buat ialah mengesyorkan anda untuk menghadiri seminar Millionaire Mind Intensive oleh T Harv Eker

Dengan syarat:

1. Anda mesti tahu mendengar dalam Bahasa Inggeris.

2. Impian anda amat besar. (bukan sekadar nak naik gaji RM50)

Apabila self limiting belief anda berjaya dihapuskan, maka jalan anda menuju ke arah kejayaan akan menjadi lebih lancar.

Saya doakan kejayaan anda semua.

Raymond Chua

http://www.green-rectangle.com/mmi/kejayaan.html

P.S. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada saya melalui ruang komen.

3 Petua Ke Arah Perubahan Yang Berkekalan

2

Category : Petua & Tips

Selamat sejahtera, kalian. Sekelip mata sahaja, Selasa lagi. Maksudnya, saya akan berkongsi ilmu dengan anda pada hari ini. Kepada pembaca yang tidak kenal saya, saya ialah Raymond Chua dari blog attractingyourgoals.com

Dalam artikel hari ini saya akan berkongsi dengan anda cara-cara untuk melakukan perubahan yang berkekalan terhadap diri anda.

Sudah berapa kali anda ingin melakukan perubahan terhadap diri anda tetapi gagal mancapai hasil yang diingini? Saya percaya bukan hanya sekali tetapi banyak kali.

Jadi artikel ini ditujukan khas untuk anda.

Cara yang pertama: Tingkatkan Taraf Anda

Dalam cara ini, pertama sekali, anda perlu ubah pandangan anda terhadap diri anda sendiri.

Jika anda ingin menjadi orang yang berjaya, mulalah hidup macam orang berjaya. Tak semestinya kena berbelanja macam orang kaya. Buatlah sekadar yang mampu.

Pilih model orang yang berjaya yang anda hendak ikut jejaknya dan model mereka. Anda boleh mulakan dengan membaca bahan bacaan yang dibaca oleh orang yang berjaya. Berhenti cakap kosong, mulalah bercakap seperti orang yang berjaya. Cuba bergaul dengan mereka, perhatikan gaya mereka dan model mereka.

Jika anda meniru gaya mereka dan hidup macam mereka untuk masa sebulan, saya yakin anda akan dapat merasakan perubahan yang positif pada diri anda.

Cara yang kedua: Tukarkan Had Kepercayaan Diri Anda

Had kepercayaan diri atau Bahasa Inggerisnya Self-limiting belief dilahirkan daripada diri kita sendiri dan hanya diri kita yang mampu mengubahnya.

Jika anda hendak menjadi orang yang berjaya, anda mestilah percaya bahawa anda mampu berjaya.

Macam mana nak jadi orang yang berjaya jika anda tidak percaya yang anda akan menjadi orang yang berjaya? Saya amat percaya bahawa saya akan menjadi seorang yang amat berjaya dan saya melakukan apa yang diperlukan untuk menjadi orang yang berjaya, setiap hari.

Mungkin ada orang yang akan mengatakan bahawa anda berangan-angan atau ego, tetapi hanya anda tahu apakah yang lebih penting bagi diri anda. Orang di sekeliling anda atau kejayaan anda?

Fikirkan.

Cara yang ketiga: Ambil Tindakan Yang Sewajarnya

Segala-galanya tidak akan berlaku sekiranya anda tidak mengambil sebarang tindakan atau mengambil tindakan yang tidak betul untuk mencapainya.

Saya telah menerangkannya dengan panjang lebar dalam artikel yang lepas. Anda boleh membacanya di sini

http://linncomel.com/index.php/2008/01/22/sudah-hidupkah-kereta-anda/

Ketiga-tiga cara ini dapat digunakan untuk semua perubahan yang ingin anda lakukan termasuk mengurangkan berat badan, belajar berkomunikasi dan sebagainya.

Aplikasikannya hari ini dan lihat kesannya. Semoga anda mendapat manfaat daripada artikel pada kali ini.

Sekiranya anda ada sebarang komen atau soalan, sila tinggalkan.