Persoalan Terjawab

4

Category : Bina Kejayaan, Petua & Tips, Seminar

100 malaysian ringgit banknote front

Image via Wikipedia

Terima kasih kerana masih lagi meluangkan masa anda untuk bersama saya dalam Bicara Selasa minggu ini. Saya Raymond Chua dari blog Law of Attraction . Dan dalam minggu ini, saya akan menjawab persoalan yang mungkin timbul dalam minda anda.

Dua minggu yang lalu, saya menerima sepucuk emel daripada seorang pembaca yang menanyakan rahsia kejayaan saya. Jadi saya pun menulis artikel ini untuk menjawab soalan beliau. Sebenarnya ini bukan kali pertama saya ditujukan dengan soalan-soalan sedemikian.

Selain para pembaca, soalan ini juga ditujukan dari kawan-kawan, anak murid, rakan sekolah dan rakan mastermind saya (kecuali ahli keluarga saya – kerana mereka sudah biasa dan lali dengan kerenah saya). :)

Kejayaan merupakan suatu perkara yang subjektif. Ia memberikan maksud yang berbeza kepada individu yang berlainan. Bagi saya, saya belum lagi berjaya sepenuhnya. Banyak lagi impian yang sedang kukejar.

Akan tetapi, jika dibandingkan dengan majoriti penduduk di dunia ini, saya boleh dikatakan berjaya dari segi, mental, fizikal, kewangan, rohani dan ilmu.

Salah satu faktor yang mendorong kepada kejayaan saya ialah sikap yakin kepada diri sendiri. Ramai yang salah faham tentang keyakinan diri ini dan biasanya dikaitkan dengan sikap bongkak, sombong dan angkuh.

Keyakinan diri adalah berbeza dengan sikap sombong dan angkuh. Keyakinan diri bersifat positif dan merupakan salah satu nilai murni yang patut dimiliki oleh setiap individu. Keyakinan diri tidak membawa erti untuk menghina atau memandang rendah kepada orang lain.

Saya mengaku bahawa adakalanya ada sesetengah orang yang menganggap saya bersikap sombong. Akan tetapi, saya tidak akan membiarkan pandangan awan yang tidak berasas dan tidak profesional ini mempengaruhi kejayaan saya. Bagaimana pula dengan anda?

Kejayaan milik setiap individu dan setiap individu bertanggungjawab terhadap kejayaan masing-masing.

Jika anda kisah akan pandangan orang ramai, maka ini bererti anda kurang mengambil kisah akan kejayaan anda sendiri. Bagaimana pula nak mencapai suatu kejayaan jika kita tidak mementingkannya?

Faktor kedua pula ialah mengambil tindakan.

“Mengambil satu tindakan yang betul adalah lebih baik daripada menghabiskan masa bertahun-tahun untuk memikirkannya sahaja”

Tiada apa yang akan terjadi tanpa tindakan. Anda boleh membaca beribu-ribu buah buku. Tetapi, jika anda tidak mengambil satu tindakan pun, semua ilmu tersebut adalah tidak berguna.

Dapatkah anda menjadi pandai memasak dengan hanya membaca buku resipi setiap hari tanpa berlatih memasak? Begitu jugalah dengan kejayaan.

Salah satu punca yang menghalang orang ramai daripada mengambil tindakan ialah takut gagal.

“Tiada kejayaan tanpa kegagalan”

Kegagalan perupakan titik pusingan. Terdapat hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap kegagalan. Orang yang bersikap positif melihatnya sebagai suatu pengajaran dan satu proses pembelajaran, bukannya kegagalan.

Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama. Jika anda tidak berani mengambil langkah pertama, bersedialah untuk hidup dalam kegagalan.

Faktor ketiga – Terus belajar.

“Hidup sampai tua, belajar sampai tua” Peribahasa Cina

Sudah menjadi impian saya untuk belajar selagi terdaya. Ilmu di dunia ini tak terhingga banyaknya. Saya tidak pernah terfikir langsung untuk berhenti belajar.

Peluang untuk mengejar ilmu merupakan suatu nikmat bagi saya. Semasa di bangku sekolah, saya memajukan diri dalam bidang Fizik, Kimia dan Matematik, sekarang pula, tak habis-habis belajar, perniagaan, pemasaran, strategi dan teknik perniagaan, psikologi dan pelaburan.

Bila dah bersara nanti (dalam masa 5 tahun) nak belajar menyelam, skydiving, bertani, memasak pula. (dan banyak lagi)

Dalam proses mencapai kejayaan ini, kebanyakkan ilmu saya ditimba dari bilik seminar. Walaupun perlu membayar beriru-ribu Ringgit, tetapi ilmu yang ditimba itu berbaloi dan memberikan pulangan yang lebih lumayan kepada saya.

Jika anda sedang mencari-cari seminar yang manakah yang perlu anda hadiri terlebih dahulu, saya ada DUA berita baik untuk anda

Berita baik #1

T Harv Eker akan datang ke Singapura lagi pada bulan depan. Ini bermakna, anda tidak perlu membeli tiket tersebut dengan matawang US sebaliknya dengan Singapore Dollar sahaja.

Berita baik #2

Seorang kawan saya mempunyai 4 tiket tambahan ke Millionaire Mind Intensive dan dengan murah hatinya beliau mengambil keputusan untuk menjualnya dengan harga RM400 sahaja. (Ingat hanya 4 tiket sahaja! )

Ini bermakna, anda boleh membelinya dengan harga RM 400 SAHAJA (harga diakaun) dengan menghubungi saya di sini . Kalau anda beli daripada pihak penganjur, anda perlu membayar dalam Singapore dollar. Itupun terhad kepada 4 tiket sahaja. Kalau dah habis, maaflah. First come first serve.

Saya rasa 3 faktor yang telah dikongsikan di atas sudah cukup untuk dipraktikkan oleh kalian buat masa ini. Sehingga kita berjumpa lagi dalam Bicara Selasa yang akan datang.

Semoga anda berjaya dan terus berjaya,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !

P.P.S. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Hubungi saya untuk mendapatkan tiket Millionaire Mind Intensive anda pada harga yang amat rendah.

P.P.P.S. Jangan malu bertanya jika ada sebarang pertanyaan. :)

Rahsia Kemajuan

1

Category : magnet duit, Motivasi

Artwork of the Mana Tree, from Children of Mana

Image via Wikipedia

Terima kasih kerana masih lagi setia bersama saya dalam Bicara Selasa minggu ini. Saya Raymond Chua dari blog Law of Attraction . Dan dalam minggu ini, saya akan kongsikan cara-cara untuk mencapai kemajuan bersama anda.

Di dalam dunia ini, tiada perkara atau benda yang kekal abadi. Manusia juga tidak dikecualikan dalam hal ini.

Manusia seperti saya dan anda tidak akan kekal abadi pada tahap yang sama padasepanjang masa. Sama ada kita maju atau mundur sahaja.

Biar saya buktikan kenyataan di atas. Imbas kembali zaman kanak-kanak anda di mana anda masih belajar menghafal sifir darab Matematik. Anda mungkin dapat ingat apa yang dihafal pada hari pertama tetapi, selepas beberapa hari, anda mungkin telah melupakannya ataupun sebahagian daripadanya dan terpaksa menghafalnya semula.

Jika kita tak maju, maka kita akan mundur. Jika kita tak bergerak ke hadapan, kita akan jauh ketinggalan ke belakang.

Macam Mana nak Maju?

Sebelum anda fikirkan macam mana nak maju, anda perlu fikirkan aspek apakah dalam kehidupan anda yang perlu dimajukan.Adakah ianya aspek kewangan, agama, kesihatan, kebahagiaan, kekeluargaan, perniagaan dan sebagainya.

Selepas anda mengenalpasti aspek yang perlu dimajukan, barulah anda fikirkan macam mana nak maju.

Salah satu cara untuk terus maju ke jadapan adalah dengan meneruskan pembelajaran. Pembelajaran tidak dihadkan kepada mambaca buku-buku sahaja. Ia juga merangkumi bahan-bahan lain seperti video, audio, perbincangan, aplikasi dan sebagainya.

T Harv Eker , dalam seminar Millionaire Mind Intensive , mencadangkan supaya 10% daripada pendapatan anda dilaburkan untuk tujuan pembelajaran bagi memajukan diri anda. Saya terpaksa mengaku bahawa saya tidak mengikut ajaran beliau.

Saya sebenarnya telah melaburkan jauh lebih daripada 10% pendapatan saya untuk tujuan pembelajaran serta untuk memajukan diri saya.

Akan tetapi, saya telah memutuskan untuk mengurangkan jumlah tersebut kepada tahap 10% mulai tahun depan. :)

Kebanyakkan wang, masa serta usaha saya dilaburkan untuk menghadiri seminar dan kebanyakkan seminar yan saya hadiri mencecah ribuan ringgit.

Berbaloikah?

Amat berbaloi, kerana ilmu yang anda perolehi tidak akan hilang selagi anda masih hidup. Anda mungkin akan kehilangan segala harta-benda anda, tetapi, dengan bekalan ilmu yang mencukupi, anda boleh mendapat balik segala-galanya dalam masa yang singkat.

Alasan utama yang sering saya dengar ialah, “Saya tak ada duit” dan biasanya orang yang mengucapkan kata-kata demikian mampu memiliki telefon bimbit ataupun kereta baru.

Anda tidak perlu membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk seminar seperti saya. Jika pendapatan anda ialah RM 500 sebulan, laburkan RM50 sebulan untuk memajukan diri pun sudah memadai.

Daripada ilmu yang anda timba, anda mungkin dapat meningkatkan lagi pendapatan anda dan masa tu bolehlah peruntukkan lebih banyak wang untuk memajukna diri.

Saya menghormati keutamaan yang diberikan oleh setiap individu. Cuma saya teringatkan kata-kata T Harv Eker dalam salah satu temu ramahnya yang berbunyi:

“Jika anda pilih untuk selesa, hidup anda akan jadi susah. Jika anda sanggup keluar dari zon selesa anda, maka hidup anda akan jadi senang.”

Jika anda hendak mulakan sekarang, saya cadangkan anda mulakan dengan membaca ebook ini . Ia merupakan salah satu buku yang terbaik dalam Bahasa Melayu yang pernah saya baca.

Buku ini merangkumi banyak aspek hidup dan amat sesuai untuk mereka yang hendak mulakan dengan wang yang sedikit. Jadikan bulan yang mulia ini sebagai titik pusingan dalam hidup anda.

Jika anda tak nak mula sekarang, bila lagi?

Sehingga berjumpa lagi pada minggu hadapan.

Pastikan anda mula maju hari ini,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !

Anda Pereka Masa Depan Anda

1

Category : Motivasi, Seminar

Singapore Expo

Image via Wikipedia

Selamat sejahtera kepada semua pembaca blog. Saya berharap anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat.

Saya baru sahaja menghabiskan seminar Guerilla Business Intensive (GBI) selama 5 hari di Singapore Expo (13-14 jam sehari) bersama-sama dengan T Harv Eker .

Pada hari yang ketiga, seorang peserta mengaku bahawa apa yang kami pelajari pada 3 hari yang pertama di GBI sudah pun jauh melangkaui apa yang beliau pelajari di sebuah kolej yang terkemuka di Singapura selama 4 tahun.

Seorang lagi pelajar GBI mengatakan bahawa apa yang dipelajari di GBI adalah jauh lebih baik daripada ilmu MBA yang beliau pelajari di Universiti Havard selama 4 tahun.

Itulah kehebatan ilmu yang saya peroleh dalam seminar 5 hari ini.

Baiklah, kita berbalik kepada persoalan kita pada hari ini iaitu Anda Pereka Masa Depan Anda .

Saya berharap anda telahpun menjalankan aktiviti Mesin Cahaya Masa yang saya kongsikan pada minggu lepas.

Dalam latihan itu saya menyarankan anda sekalian untuk membayangkan masa depan anda pada 5 tahun yang akan datang dan jika anda tidak berpuas hati dengan hasilnya, maka anda perlu melakarkan strategi yang sesuai untuk mencapai impian anda.

Soalan-soalan yang kerap ditujukan kepada saya ialah:

“Kalau belum berjaya, macam manalah nak bayangkan serta rasakan kejayaan aku.”

“Kalau belum kaya, macam mana nak tahu apa aku nak buat masa kaya nanti. Tunggu kaya nanti baru fikirlah”

Satu kesilapan yang amat besar. Pemikiran begini bagaikan membunuh masa depan anda sendiri.

Orang yang berjaya sudah pun reka masa depan mereka mengikut kehendak mereka sendiri sebelum mereka berjaya BUKAN selepas berjaya.

Orang yang kaya telahpun merancang serta membayangkan masa depan mereka sebelum mereka menjadi kaya.

Reka kejayaan anda sebelum anda berjaya bukan selepas anda berjaya.

Sekiranya anda masih menunggu dan hidup tanpa arah tuju, anda sedang menuju ke neraka kegagalan.

Bangkitkan semangat anda, keluarkan sehelai kertas dan mula tuliskan apa yang anda hendakkan daripada hidup yang bermakna ini. Pastikan segala tindak-tanduk anda selari dengan arah tuju anda dan bukan sebaliknya.

Semoga berjaya.

Salam jutawan,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !