
- Image by JeffOliver via Flickr
Selamat sejahtera saya ucapkan buat semua pembaca blog LinnComel.com. Raymond Chua di sini dan dalam Bicara Selasa minggu ini, saya ingin kongsikan satu serita yang saya rasakan menarik dengan anda sekalian.Pertama sekali, saya berasa bersyukur kerana perniagaan saya untuk tahun ini berjalan dengan lancar walaupun masih belum mencapai matlamat yang saya tetapkan untuk diri sendiri tetapi ia terus berkembang.
Dari aspek pelaburan pula, semuanya berjalan dengan lancar setakat ini dan peluang-peluang pelaburan terus datang kepada saya. Mungkin satu hari nanti, saya akan kongsikan peluang-peluang tersebut dengan anda. Pastikan anda mempunyai simpanan yang mencukupi untuk mula melabur apabila tiba masanya.
Baiklah, mari kita mulakan dengan Bicara Selasa minggu ini.
Ada satu satu pasangan suami isteri yang tinggal di tingkat 80 sebuah apartment. Pada suatu hari, mereka pergi mendaki bukit dan apabila mereka pulang ke apartment mereka, mereka dapati bekalan elektrik terputus dan sistem lif tidak berfungsi.
Dengan mengangkat beg yang besar di belakang mereka dan dibasahi peluh, mereka ingin cepat sampai ke rumah dan mandi.
Wanita tersebut pun memberitahu suaminya, “Sayang, nampaknya kita terpaksa menggunakan tangga daripada menunggu di sini.”
Suaminya bersetuju dan mereka pun menaiki tangga tersebut untuk sampai ke rumah mereka.
Apabila sampai ke tingkat 20, lelaki itu pun berkata, “Berat juga beg ini. Letihnya aku. Apa kata kita letakkan beg kita di sini. Kita boleh mengambilnya balik apabila sistem lif berfungsi nanti?”
“Bagus idea ini, yang”, ujar isterinya.
Kemudian, mereka pun meletakkan beg mereka di tepi tangga dan meneruskan perjalanan mereka. Badan mereka berasa ringan. Mereka berbual-bual dan berjenaka sambil menaiki tangga tersebut.
Apabila sampai ke tingkat 40, mereka pun berasa amat letih dan itupun cuma separah daripada perjalanan mereka sahaja. Mereka mula mengadu dan menyalahkan satu sama lain seperti, “Mengapa engkau tidak perasan notis pemberitahuan tersebut?”
Mereka terus bergaduh sehingga sampai ke tingkat 60. Pada masa ini, mereka sudah benar-benar keletihan sehingga nak bergaduh pun tak larat lagi.
“Mari kita berhenti bergaduh dan habiskan 20 tingkat yang terakhir dengan senyap,” ujar lelaki itu.
Setelah penat berjalan, akhirnya, mereka sampai ke tingkat 80, tempat mereka tinggal.
“Cepat buka pintu, yang,” kata wanita itu kepada suaminya.
“Apa, bukankah kunci rumah ada pada kamu?”
Sebenarnya kunci rumah mereka terletak pada beg mereka di tingkat 20.
Alamak!
Ada orang mengatakan bahawa cerita ini memantulkan kehidupan kita.
Sejak kita dilahirkan sehingga umur 20, kita dikawal dan dilindungi oleh ibu bapa serta guru-guru kita.
Selepas itu, kita melepaskan “beg” tersebut dan meneruskan 20 tahun daripada kehidupan kita dengan penuh kegembiraan dan tanpa banyak kerisauan.
Kemudian, kita mula mengadu tentang kehidupan kita, pekerjaan kita, syarikat kita dan kerajaan kita.
Apabila sampai ke umur 60, kita dapati bahawa kita tidak mempunyai banyak masa lagi dan bercadang untuk meneruskan kehidupan kita dengan baik.
Bila kita sampai ke umur 80, kita lihat balik dan dapati bahawa semua impian dan matlamat kita masih berhenti di tingkat 20.
Saya memilih untuk tidak menjadi seperti pasangan suami isteri tersebut. Anda pula bagaimana?
Semoga berjaya,
P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!
P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.

![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=daa027c3-e396-4791-9f85-08cc7a43ca74)




Hi, Raymond..
Sungguh bertuah rasanya saya mendapat inspirasi daripada cerita ini. Cerita yang penuh hikmah dan perlu difikirkan bersama. .. Terima kasih atas artikel sebegini..
Hi Raymond,
Satu analogi yang hebat tentang kehidupan, sesuatu yang perlu difikirkan dengan mendalam . semoga saya tidak menjadi seperti watak yang diceritakan . Naik tangga jika ada kemahuan boleh turun semula ke tingkat bawah untuk memulakan semula , itu pun jika ada energi,keinginan dan kemahuan .. Tetapi jika terlepas masa dan usia, sudah pasti kita hanya boleh merenung nasib.Untuk kembali semula ke usia muda sudah pasti ianya tidak akan berlaku, kerana usia dan masa tidak akan undur semula.
Terima kasih Raymond atas perkongsian hebat ini
Sama-sama, Bard.
Betul kata Linn.
Usia dan masa tidak dapat dikembalikan. Oleh itu, kita perlulah hargai setiap detik yang dikurniakan kepada kita.
P.S. Maaf ye pasal jarang tulis artikel akhir-akhir ini. Perniagaan saya sedang berkembang dan saya perlu luangkan lebih banyak masa.
saya ingin memulakan pernniagaan melalui on line…(internet),maklumlah skang ni dah ramai yg wat busnes on line…jadi disini saya ingin bertanya pendapat busnes apa yg sesuai utk busnes on line…please advise…?tq
Hai Elmah,
Jawapannya terpulang kepada individu. Tanya diri anda. Apakah minat anda? Anda mempunyai pengetahuan dan pemgalaman dalam bidang apa?
Semoga ia membantu.