Blog saya berwajah baru sejak semalam. Sebenarnya masih belum lengkap tema baru ini, Tetapi saya sudahpun menukarkannya sebagai peringatan kepada diri saya. Bahawa fasa baru dalam kehidupan saya sudah pun bermula. Pejam celik mata, bertambah lagi usia saya. Jadi fasa perancangan dan azam saya sudahpun berubah. Jadi hari ini saya bercuti dari sebarang tugas bagi meraikan kemasukan fasa baru usia saya.
Meraikan kehidupan bukan bermakna saya meraikannya secara besar-besaran. Tetapi cukuplah saya muhasabah diri dan meneliti kembali diri saya. Apakah kebaikan yang saya telah lakukan sepanjang setahun terakhir usia.
Setiap kali masuk ke fasa usia baru, saya pasti tidak dapat melupakan satu kenangan yang sentiasa kekal dalam ingatan saya. Kali pertama saya meraikan sambutan ulangtahun usia saya bersama ibu saya iaitu pada 7 tahun yang lepas iaitu tahun 2000.
Sejak kali pertama saya mengenali ibu saya pada waktu saya pada tahun 1995, sejak itulah selama 5 tahun saya menantikan ucapan ulangtahun daripada ibu saya. Tetapi penantian saya itu tidak pernah dimakbulkan. Sehinggalah pada tahun 2000, saya dengan sengajanya pergi bercuti ke rumah beliau, semata-mata untuk merayakan kelahiran saya.
Selepas dengan penuh gembiranya, saya memberitahu tarikh kelahiran saya, satu soalan yang ditanyakan oleh ibu saya kepada diri saya benar-benar membuatkan saya mengingat kisah ini sehingga saat ini. Saya ditanya oleh beliau, apakah kebaikan yang saya telah lakukan pada tahun yang lepas, apakah peningkatan yang saya telah lakukan pada tahun yang terakhir dika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. adakah kehidupan saya benar-benar memberikan manfaat kepada diri saya dan yang penting kepada orang lain. Satu soalan yang benar-benar membuat saya terkesan ialah apakah penghargaan yang saya telah lakukan terhadap diri saya sendiri , selama saya hidup, diberikan nyawa.
Hanya yang hadir di dalam kepala saya saat itu, hebatnya che( ibu) aku . Walaupun tak sekolah tinggi, tak masuk universiti, tetapi cara berfikir mengalahkan aku yang berpelajaran hingga ke Universiti.
Sebelum ini, saya tidak pernah meneliti diri, kerana saya memegang prinsip ‘life must go on’. Yang lepas biarlah berlalu . Tak perlu dikenang lagi. Tetapi sejak peristiwa tersebut, ianya benar-benar mengajar saya bahawa hidup bukan sekadar hidup semata-mata. Tetapi hidup biarlah memberi manfaat kepada semua.
Azam baru saya semoga, saya akan sentiasa dapat memberikan manfaat kepada anda semua, walaupun ianya hanya sekecil-kecil manfaat. Sepanjang tahun lepas, banyak perubahan kearah kejayaan saya telah saya lalui. Bersyukur saya di atas segala perubahan yang telah saya lalui. Semoga kehidupan akan sentiasa bergerak di atas landasan yang positif.
Kepada sahabat-sahabat yang tidak henti-henti menghantar sms, sejak pukul 12 malam selama. Saya ucapkan ribuan terima kasih.Doa daripada anda semua,memberikan saya semangat untuk terus berjaya dalam kehidupan . Terima kasih untuk kehidupan yang saya lalui. Terima kasih atas segalanya.





Hai Linn,
Selamat hari lahir.
Moga-moga dalam fasa baru hidup Linn ni, semua perkara berjalan dengan lancar.
yang lalu itu direnung untuk mencari kekuatan dan kelemahan. jangan biarkan pula yang lalu itu menghantui diri sehingga tidak dapat meneruskan kehidupan dengan rasa selesa.
Raymond- Terima kasih, semoga perjalanan hidup anda dan pembaca blog ini juga berjalan lancar.
Ali-Betul apa yang anda katakan. Teruskan kehidupan dengan lebih selesa
Assalamualaikum
Semoga terus sukses dan kekal cemerlang dalam hidup…
Cabaran hidup ini sebenarnya untuk mengajar dan menilai kehebatan diri kita yang sebenarnya. Kepada yang berjaya, alhamdulillah. Namun kepada yang gagal atau menyerah sahaja kepada takdir mereka adalah orang yang rugi kerana tidak membuktikan kehebatan khalifah dalam diri mereka.
Salam Kak Linn,
Selamat Hari Lahir. Semoga panjang umur murah rezeki
Selamat Hari Lahir buat Linn,
Moga Linn berjaya dalam hidup, dan terus menulis di blog ini. Semoga ceria selalu dan usaha linn ini diberkati Allah
Assalamualaikum, Alhamdulillah Linn masih tergolong dalam golongan orang yang dipilih oleh Allah dengan dipanjangkan umur untuk meneruskan kecemerlangan, Selamat Hari Lahir
Terima kasih ye semua. Semoga kita sama-sama beroleh kecemerlangan
Saalm Linn,
Selamat Hari Lahir. Semoga kehidupan yang akan datang lebih berkat lagi. Terima kasih atas post yang begitu berkesan ini. kadang2 memang kita terlupa untuk memandang ke belakang kerana pada anggapan kita yang sudah tu jangan difikirkan lagi namun dalam sesetengah hal kita kena meneliti balik apa yang sudah berlaku, apa yang kita buat agar kita dapat jadikan segalanya itu sebagai panduan di masa hadapan. TQ
Salam…harap belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari lahir untuk linn…Semoga panjang umur dan murah rezeki.
Semakin bertambah usia semakin bertambah dekat lah kita kepada kematian…