Alhamdulillah, saya baru saja dapat meyelesaikan masalah kiriman produk melalui pos untuk perniagaan mail order saya.
Beberapa kali saya menghadapi cabaran pelanggan yang tidak menerima barang yang saya hantar dan masalah seperti ini hanya berlaku kepada pelanggan yang datangnya dari Johor, nasib baik saya menggunakan pos daftar, jadi saya dapat trace setiap masalah yang berlaku. Saya juga berharap kepada pemenang yang telah menghantarkan alamat kecuali En. Ishak, sudah pun menerima kiriman saya tersebut.
Selagi kita ini manusia, kita akan sentiasa berhadapan dengan masalah dan dugaan. Ada yang kecil masalahnya malahan ada juga masalah yang mungkin tidak tertanggung oleh kita. Namun apa juga masalah, kita patut hadapinya dengan redha dan ikhlas.
setiap masalah adalah satu cabaran untuk kita atasi bagi memperolehi satu tahap kehidupan yang lebih baik.
Jika kita menganggap masalah itu sebagai satu masalah dan halangan maka kita membiarkan konsep masalah itu berada di dalam pemikiran kita. Ini akan menarik lebih banyak kesukaran dan masalah lain dalam kehidupan ini.
kita dengar ada orang merungut ” banyaknya masalah dalam hidup aku ini” atau ” masalah datang bertimpa-timpa”. Apa yang sebenarnya berlaku ialah, apabila kita membiarkan masalah menguasai pemikiran kita, kita hanya memikirkan masalah dan masalah akan terus datang.
Jadi apa yang perlu dilakukan anggaplah masalah itu sebagai satu cabaran dan ianya hendaklah diatasi dengan kaedah atau cara yang terbaik.
Sekiranya kita menghadapi masalah, tanyalah diri kita bagaimana caranya untuk kita menyelesaikan masalah ini. Lakukan dan susunstrategi yang terbaik dan hadapilah cabaran itu dengan penuh ketenangan.
Setiap cabaran dan dugaan pasti akan ada jalan penyelesaianya. Jangan membiarkan kerisauan melampau menghantui pemikiran anda. Ini kerana dengan adanya kerisauan ia umpama satu jerat yang akan menjerat anda ke arah kehidupan yang lebih bermasalah. Kerana itulah masalah akan datang sentiasa datang dalam kehidupan.





Salam ceria sihat, kaya, bahagia,
Benar kata linn, bila bila kita berhadapan dengan apa juga situasi, cuba ikut langkah ini;-
– Tenang (jgn terus respon), syukur dan berdoa.
– Fikirkan (dgn tenang) apakah respon terbaik yg patut kita ambil (sebaiknya sesuaikan dgn agenda kita sendiri)
– Lakukan tindakkan dgn kadar segera
– Tawakal (berserah, fikirkan kabaikan sahaja).
Amalkan selalu sehingga ianya menjadi “PELAZIMAN”. Sesuatu yg ‘ajaib’ (perubahan) akhirnya pasti berlaku.
Semoga Taufik dan HidayahNya sentiasa mengiringi kita semua. Amin
Tq so much lin..sue dh dpt bku tue dah..
dlu sue mmg ssh hati kalu ada masalah tp sekarang nie sue dah termatang dah..sue akan anggap masalah tue mcm universiti kehidupan untuk mengajar diri sue agar tidak leka, tidak cepat melatah dan tidak tburu2 buat keputusan.
Salam Friends,
Saya pun dah dapat buku tersebut dengan selamat.
Kita mesti baca dan yang penting amalkan untuk perubahan diri bak kata Linn “Tukar Masalah Kepada Cabaran”
Thanks kasih pada Linn.
salam kak linn…
masalah=dugaan..
masalh..huhu..mmg 2la yang sy alami slama hmpir 3thun sy di ipta ini.,mcm2 dugaan dan setiap kali sy pk y sy akan byk lagi dapt dugaan dan mmg btul dugaan 2dtg..kekadang xtetahan rasanya..ru sy sedar makna kata2 kak lin 2..
kkdg jugak..smpai satu thp..sy rasa xsngup lg mnggung beban ni wpon sy tau hakikat yang kita xkan di uji kalu bkn sbb kt mampu mnhn ujian e2..hny ALLAH jua tmpat sy mengadu dan meluah rasa..nk di luahkan pada rakan baik..tkut mmbebankan mrk pula..dari menyusahkan rkn2 dan kluarga..sy cuba bthan..hnga kini..3thn sudah usia dugaan y sy alami e2..
rasa hina nya diri ini dimt mrk…adakh slahku kerana dapat terus menaiki lif ttp bkn mrk..ak xmmnta mlh lebih rela menaiki tngga jika aku tahu ksan menaiki lif itu tpksa ak alami hingga kini….
kesan menaiki lif ak almi hmpir 3thn..sdgkan ak mula blaja tuk tdk mmikirkan mslh/dugaan itu 2thn y lalu…mgkin kerana ak xkonsisten utk mmikirkan bgimana mnghadapi dugaan dan e2 y mnybbkn ksn positif itu xdtg/lmbt menjengah ke dalam hidup ak..
nmun bgitu..wlupon hatiku terluka di hiris bagai sembilu oleh insan y brgelar shbt sejak mnggu petama orientasi itu…ak sentiasa mendoakn agr mrk xmerasa apa y aku rasa/di perlakukan sprt mn mrk mprlakukn ak..
mudah2an thn2 y mendatang..ak mmpu menukar masalh=dugaan kepada satu cabaran dn sbgai slh satu cara tuk ak mencari kkkuatan diri/spiritual
dan mudah2an ak mampu menghilangkan rasa terkilan di sanubari ku ini..
doakan adikmu ini ya kak linn, abg redha dan kak sueria..
p/s:maaf kak linn..bcampur aduk aku/sy..sy terlalu beremosi..maaf juga kak linn sbb mjadikan ruangan komen ni tmpt tuk luahkan prasaan..
Apabila masaalh ditukar pada cabaran maknernyer disitu kita boleh jadikan satu niche produk/service kan
Semakin kita fikir masalah… semakin banyak pula yang datang.. itu memang normal sebab kita fokus kepada masalah bukan kepada solution
terima kasih kerana mengingat kembali “ubah masalah jadi cabaran”. kekadang kita lupa.
semakin jauh kita fikir, makin mudah tersesat,
kesedaran (here & now) sgt penting.
gunakan anjakan paradigma.
lagi susah, lagi seronok.
macam main vdo game atau test iq.
yang penting kepercayaan pada diri bahawa kita akan jadi hebat pada masa kelak.
doakan hidup,bukan mati.
Salam bahagia,
Alhamdulilllah, nampaknya makin ramai dah yang mula menyedari pentingnya berfikir dan bersikap positif. Betullah ….sebab bila kita berfikir positif, bermakna kita menghantar getaran posotif ke persekitaran kita dan kita akan mendapat kembali getaran positif juga….
Semuga syiera makin matang menghadapi cabaran…
Terimakasih.
Assallam..Perkongsian yg amat bermakna…tgh cuba baca smua artikel Lin yang banyak memberi motivasi pada sy …