Usahawan Cilik

3

Category : Info

Saya tertarik untuk bercerita mengenai pemilik bloghttp://cyber-boyz.com/.Saya kagum dengan semangat dan kenginan beliau untuk berniaga melalui internet. Bagi saya peringkat umur seperti beliaulah sebaik-baiknya diasuh untuk belajar berniaga.

Sekiranya kita mengkaji balik sejarah Rasulullah,beliau mula berniaga pada umur 12 tahun, Ketika itu mentor Rasulullah ialah Abu Talib iaitu bapa saudaranya.Rasulullah menjadi apprantice sehingga beliau berusia 24 tahun.Ianya mengabil masa 12 tahun, untuk menjadikan rasulullah sebagai seorang yang cekap berniaga.

Selepas tempoh itulah baru rasulullah menjalankan perniagaan sendiri dan mengambil barang daripada pembekal iaitu Siti Khadijah. Anda boleh lihat disini, Rasulullah mengambil masa yang agak lama untuk belajar, sebelum beliau benar-benar menjalankan perniagaan sendiri.

Terdetik perasaan kagum saya pada adik Nik Ahmad Khalif, pemilik blog tersebut, yang hanya berusia 12 tahun, sudah mempunyai semangat dan keinginan untuk berjaya. Cyber-Boyz Akak doakan, semoga anda berjaya dengan gemilang dan cemerlang.

Comments (3)

saya rasa elok akak jadik mentor/kakak angkat dia. bleh bagi guide kat dia :D

Dalam arena biz ni mesti bermula daripada awal, walaupun masih banyak yg kurang, tapi ianya boleh ditingkatkan selari dengan tahap pembelajaran yang bakal ditimba kelak…Masa kecil ni lah kalau nak ajar dan beri pendedahan pada perkara-perkara yg diorang minat, kalau dah bekerja dan berkeluarga, komitmen yg ada kadang-kadang tu tak terkejar pulak…

p/s : satu usaha yg bagus untuk adik nik ahmad khalif ( inilah yg dikatakan generasi anak wawasan), bak kata org dulu-dulu, sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.

he is my brother!!!!

Post a comment