Apakah kunci kebahagiaan?


Spread the love

Apa kunci kebahagiaan?

Ketika senyum, teruskan senyum seikhlasnya
waktu ketawa, teruskan ketawa
waktu perlu tidur, tidur dengan nyenyak
waktu perlu makan, makan la.

Saat sedih, menangislah.
Saat bersama dengan yang dicinta, sayangi dia
Saat bertemu musuhmu, maafkan dan ikhlaskan

Saat berpisah dan kehilangan, lepaskan dan relakan .

Adakah ianya semudah itu untuk kita hidup bahagia?

Realiti hari ini

Ramai yang senyum, tetapi penuh kepedihan.
Ramai yang ketawa tetapi ketawa penuh keangkuhan.
Ramai yang makan, tetapi tidak menikmati apa yang dimakan.

Ramai yang bersama dengan yang disayang, tetapi tidak pernah mengutarakan rasa sayangnya.
Sebaliknya banyak energi dan permainan kata-kata yang menyebabkan pertikaian. Tidak kira sesama suami isteri, ibu bapa dan anak, bahkan sesama saudara.

Ketika bertemu musuh, semakin penuh rasa benci, dan ada keinginan untuk membalasnya.

Saat berpisah atau kehilangan dengan sesuatu yang disayangi. Kita memikirkannya setiap saat, tidak mampu melihat dunia lain yang penuh harapan untuknya. Lupa bahawa ALLAH itu Maha Baik setiap kehilangan pasti DIA gantikan dengan yang lebih baik.

Ketika tidak mampu menguruskan emosi maka hancurlah semua peluang untuk mendapatkan kebahagiaan. Kebahagiaan dan rezeki yang ada pun makin menjauh.”

Realiti hari ini, kita terlalu memfokus dan ‘attached’pada masa lalu. Kita sukar untuk berdamai dengan masa lalu kita. Jadi kita masih hidup dengan masa lalu kita sehingga kita mengabaikan kebahagiaan kita hari ini.

‘Kunci kebahagiaan’ nampak mudah tetapi sukar. Namun tidak mustahil untuk hidup bahagia.