Memberi boleh membuat hati bahagia dan adakalanya boleh membuat hati sengsara.
Jika memberi untuk mendapat redha ALLAH pasti bahagia. Jika memberi untuk mendapat penghargaan sesama manusia dan mendapat habuan dunia hati pasti sengsara.
Lebih- lebih lagi jika kebaikan yang dilakukan tidak dihargai oleh si penerima. Buat baik tidak di balas baik.
Ganjaran yang yang ditunggu tidak kunjung tiba. Kalau hati kita sakit bila tidak dihargai, bukan sebab orang tidak kenang budi tetapi kita tak mampu jaga hati sendiri.
Jadi jika ingin memberi teruskan memberi dengan mindset berkelimpahan. Iaitu memberi kerana ingin mendapat redha ALLAH dan bukan memberi kerana mengharapkan penghargaan sesama makhluk.
Sahabat pembaca, memberi dan terus memberi semoga kita mampu memberi dengan ikhlas dan mengharap redha dariNYA semata-mata.
Memberi dan terus memberi
February 7, 2018
Spiritual, Terapi Rezeki
No Comments
linn