Mengapa wujudnya masalah rezeki


Spread the love

 

 

Assalamualaikum,
Alhamdulillah kerana masih diizinkan ALLAH untuk berkongsi di blog ini. Sudah beberapa hari saya bermusafir, sepatutnya mood diperantauan tidak menjadi alasan untuk tidak menulis dan berkongsi di blog ini. Tetapi apakan daya saya tidak sempurna apabila fokus lari segalanya tidak seperti yang dirancang. Dalam keadaan inilah datang kesedaran betapa lemah dan kerdilnya tanpa bantuan dan keizinan dari DIA Yang Maha Berkuasa.

Kenapa kita sentiasa bermasalah dalam soal rezeki? Masalah ini datang kerana kita mempunyai kepercayaan yang tidak benar tentang rezeki . Salah satu kepercayaan tersebut ialah ramai yang percaya bahawa semua kekayaan yang dimiliki adalah hasil usaha kita sendiri, dimana kita sering menganggap bahawa kekayaan yang dimiliki adalah hasil usaha dan kerja kuat kita. Semakin kuat kita bekerja maka banyaklah hasil yang kita perolehi. Tetapi jika kita tidak mampu untuk berusaha semaksima yang mungkin maka hasilnya adalah minimum. Adakah benar kepercayaan tersebut ? Sudah tentu jawapannya tidak.

Apa juga keadaan kita  hari ini, apa juga yang  dimiliki ketika ini bukanlah datang dari hasil pekerjaan atau perniagaan . Bukan juga datangnya dari hasil warisan atau pusaka nenek moyang kita.Tetapi semua harta yang kita miliki hari ini datangnya hanya dari satu sumber sahaja, iaitu ALLAH yang memiliki segala yang ada di alam semesta.

Sama- sama kita fikirkan, adakah kerja keras dan kemampuan yang dimiliki hari ini cukup untuk  memiliki harta yang datang dari usaha kita sendiri  ? Dan berapa banyak tenaga yang diperlukan untuk memungkinkan kita memiliki kekayaan yang  diinginkan ?

“ Dan ALLAH memberi rezeki kepada orang yang dikehendakinya tanpa batas” QS 2:218

Sebaliknya walau bagaimana pun usaha dan kerja keras  , sekiranya ALLAH tidak mengizinkan kita untuk memperolehi hasilnya maka sudah pasti kita tidak memperolehi kerana

“Sesungguhnya tuhanmu melapangkan rezeki kepada siapa yang dikehendakinya dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hambanya”. QS 17:30

Mungkin kita semua tahu tentang hakikat ini tetapi hanya sekadar tahu tanpa memiliki kesedaran yang tertanam di lubuk hati.

Samada kita sedar atau sebaliknya, ia hanya dapat dibuktikan melalui tindakan kita . Adakah kita mengeluh ketika diuji dengan masalah wang?

Adakah kita tidak tenang dan mudah marah ketika wang semakin sempit?

Apakah perasaan kita setelah kuat berusaha tetapi hasil yang diperolehi tidak setimpal dengan apa yang diusahakan adakah kecewa atau kita mampu berlapang dada.

Sekiranya tindakan kita lebih menjurus kepada tindakan yang negatif, itu bermakna kita hanya sekadar tahu hanya di level fikiran tetapi belum mampu mengubah menjadi satu sistem kepercayaan yang menghasilkan satu tindakan yang benar.