Month: March 2018


Tahu VS sedar


 

Bismillah..

Dengan izin ALLAH saya kongsikan lagi perkongsian seterusnya untuk kita sama-sama menjadi magnet kepada segala kebaikan termasuk rezeki.

Sebelum itu terima kasih kepada sahabat yang sama-sama turut serta di dalam journey ini. Saya sangat menghargainya dan saya doakan semoga kita sama-sama hidup lebih tenang dan seterusnya menjadi magnet kepada segala kebaikan.

Seperti yang saya kongsikan sebelum ini, perubahan ini berlaku bukan sekelip mata tetapi ianya ialah satu proses. Jadi proses pertama ialah bersangka baik.

Sebenarnya jika ingin bercerita tentang prasangka baik ini sangat panjang dan pelbagai versi untuk membuka kesedaran kepada kita semua. Tidak mustahil sekiranya ia menjadi pelbagai versi.

Penerangan saya pastinya ada melibatkan energi, alam kuantum atau lebih dikenali sebagai metafizik. Tetapi pada perkongsian ini saya tidak akan menyentuh tentang alam energi terlebih dahulu. Tetapi saya cuba memfokuskan di alam realiti dahulu menurut kefahaman saya.Read More »

Menjadi magnet kebaikan & rezeki


 

 

Bagaimana untuk menjadi magnet kepada segala kebaikan dan sudah tentunya termasuk rezeki.

Saya terpanggil untuk berkongsi bila seorang sahabat kita dari Keningau sabah menghubungi saya bertanya ‘ benarkah prasangka akan menyekat rezeki kita?. Semalam saya tidak mampu untuk bercerita dengan lebih lanjut kerana ada perkara lain yang perlu difokuskan, saya sekadar menghantar satu hadis untuk sahabat kita ini berfikir dan mencari jawapannya.Read More »

Sama, bersatu dan saling berhubung


Hidup berkeluarga pastinya tidak lepas dari ujian.Adakalanya diuji dengan masalah kewangan, termasuklah diuji dengan suami atau isteri yang hilang pendapatan.

Malah pastinya terlalu banyak ujian yang perlu dilalui selagi kita hidup di dunia ini kerana sememangnya selagi kita hidup akan sentiasa diuji.

Terdapat beberapa sahabat yang diuji dengan suami hilang punca pendapatan kerana masalah kegawatan ekonomi. Isteri perlu mengambil tanggungjawab untuk menyara pendapatan keluarga. Ada beberapa isteri yang tertekan sehingga pernah ada keinginan untuk bercerai kerana merasakan beban yang terlalu besar kerana masalah kewangan ini.Read More »

Imbasan semalam- Maafkanlah..


 

 

Alhamdulillah, dengan izin ALLAH semalam sahabat-sahabat yang menghubungi saya untuk bantuan lebih ramai dari biasa dengan pelbagai isu yang berbeza. Ada yang memang memerlukan bantuan terapi terutama yang mempunyai masalah emotional pain sehingga sukar untuk ‘move on’ dengan izin ALLAH saya membantunya dengan terapi.

Ada juga saya hanya membantu dengan memberikan saranan dan cadangan untuk melakukan ‘task’ secara istiqamah kerana saya tahu masalah ini tidak akan selesai hanya dengan satu sessi terapi. Terutamanya mereka yang mempunyai masalah ‘scarcity’ atau sentiasa rasa tidak cukup . Duit dah ada tapi masih rasa tak cukup, ada duit tapi takut kehilangan duit sehingga datangnya kerisauan yang tidak berasas dan hidup terasa tidak selamat,kerana masalah itu pastinya datang dengan pelbagai punca yang berbeza.

Read More »

Ingin bahagia… Belajar memaafkan


Jika seseorang itu ditimpa musibah atau kesedihan. Ianya umpama pandangan kita terhalang oleh sebuah batu yang sangat besar. Ke mana saja pergi yang nampak hanyalah batu itu sahaja. Ia tidak dapat untuk bergerak ke depan kerana terhalang oleh batu tersebut. Sekiranya batu itu dibiarkan begitu saja ia akan terus berada di hadapan sehingga kita tidak maju ke depan.

Read More »

Mulakan hari dengan senyuman


 

Assalamualaikum,
Saya doakan semoga sahabat semua berada di dalam keadaan yang gembira dan memulakan kehidupan hari ini dan seterusnya dengan rasa syukur dan bahagia.

Sama-sama kita memulakan hari kita setiap hari dengan senyuman, kerana adakalanya apa yang berlaku di awal hari akan berlarutan sehingga menjelang malam.

Bangkit dari tidur, ciptalah mood yang baik untuk meneruskan kehidupan kerana mood yang ceria ini akan menjdi pemangkin untuk meneruskan tugas kita seharian.Read More »