Hukum Kepercayaan-5


Spread the love

Ada sahabat kita bertanya “kak Linn, saya ada masalah rezeki. Bagaimana caranya untuk meluaskan dan melapangkan rezeki saya”?
Sebenarnya saya menganggap ini adalah pertanyaan klasik yang sering saya terima jadi jawapan yang saya berikan juga klasik.
Cuba lihat adakah anda ada bermasalah ketika bernafas? Adakah makan dan minum mencukupi ? Anda mengalami masalah kesihatan? Selama semua itu masih lancar dan baik-baik saja itu bermakna anda tidak mengalami masalah rezeki.
Yang membuatkan anda percaya bahawa anda mengalami masalah rezeki kerana anda sendiri yang menyempitkan makna rezeki hanya pada wang.
Jika anda percaya anda mengalami masalah rezeki hasilnya rezeki anda bermasalah kerana apa yang kita percaya itulah yang bakal anda perolehi.Jadi tak mustahil anda mengalami masalah rezeki termasuk masalah kewangan. Jadi besarkan dan luaskan kefahaman tentang rezeki, hidupmu pasti bahagia.