Refleksi Lockdown 6
Hari ini hari ke 6 lockdown, saya cuba berkongsi refleksi sejak awal pagi tadi, tetapi terasa idea seperti tidak mahu keluar untuk berkongsi sesuatu yang telah saya rancang sejak semalam. Mungkin otak perlukan sedikit rehat kerana ketika itu saya belum lagi melelapkan mata sejak semalam.
Namun begitu sekarang, saya terpanggil untuk berkongsi satu langkah yang cukup mudah untuk hidup lebih baik, lebih gembira seterusnya meningkatkan lagi kapasiti rezeki yang ada di dalam diri.
Ilmu ini saya pelajari salah seorang guru saya yang ketika ini menetap di Bali. Saya telah melakukannya setiap hari dan ianya sudah menjadi rutin yang cukup mudah dilakukan.
Jika saya dan teman-teman seperguruan saya di Indonesia dapat melakukannya dan kami telah melihat hasilnya, saya yakin malah teramat yakin anda semua mesti mampu melakukannya jika anda benar-benar bersungguh inginkan perubahan.
Jika kita benar-benar bersungguh untuk melakukan perubahan yang lebih baik, sesuatu yang susah pun kita sanggup lakukan .Tetapi jika kita tidak berminat untuk melakukan perubahan, benda yang senang pun kita teragak-agak untuk lakukan. Macam yang selalu saya katakan segalanya bergantung kepada diri individu itu sendiri.
TUGAS PERTAMA selama 30 hari
Setiap kali bangun pagi, ketika masih lagi berada di katil atau tempat tidur anda berusahalah untuk TERSENYUM LEBAR selebar-lebarnya walau mata masih terpejam.
Lakukan minima 20 saat. Jika mahu tersenyum lebih lama boleh saja. silakan saja, lagi lama senyum lagi bagus. Ini yang dikatakan, mulakan hari dengan senyuman.
Selepas itu, silakan melakukan kegiatan yang lain seperti biasa.
Mudahkan..hanya dengan senyuman. Silakan lakukan dengan istiqamah. Ingin saya terus berkongsi ; sila tinggalkan komen untuk pertukaran energi.
Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.
#linncomel
#terapikehidupan
#terapikekayaan
Zuhana says:
Assalamaualaikum WTB Cik Lin, harus bagaimana bersedekah tanpa ada rasa kasihan? Adakah dengan dasar kasih sayang untuk memuliakan yang menerima? Agar kita dapat impak yang positif di landasan yang betul.
linn says:
Waalaikumsalam, ya betul Cik Puan pandang mereka yang menerima dengan rasa cinta, bahagia dan berkelimpahan. Semua manusia tidak kira darjat dan kedudukan di mata manusia sentiasa mulia di sisiTuhan.