Refleksi Lockdown 21


Spread the love


Perkongsian refleksi yang ke 21, masih lagi bercerita tentang PEMBUKTIAN. Seperti yang saya kongsikan semalam, pembuktian yang paling penting adalah untuk DIRI SENDIRI bukan untuk orang lain.

setiap orang adalah khalifah atau tuan kepada kehidupan sendiri. Hidup kita adalah milik kita sendiri, jadi kita TIDAK PERLU mendapatkan APPROVAL orang lain kehidupan bagaimana yang kita inginkan.

Jika kehidupan yang dilalui sekarang tidak seperti yang diinginkan, ubah dan jadikan tindakan kita sebagai satu pembuktian untuk mengetahui bagaimana keadaan dunia dalaman kita yang sebenar.

Katakan jika anda mengalami masalah rezeki dan inginkan rezeki yang lancar dan berterusan. Lihat bagaimana keyakinan anda tentang rezeki melalui tindakan ketika berbelanja atau memberi.

Jika anda masih susah dan takut untuk memberi dan berbelanja untuk diri sendiri dan orang lain pun masih berkira-kira itu adalah satu pembuktian masih ada sistem kepercayaan yang perlu diubah. Sejauh mana anda yakin tentang jaminan rezeki yang ALLAH telah janjikan.

Seperti yang saya pernah nyatakan pada perkongsian saya sebelum ini, kita boleh cakap apa saja kerana bercakap itu mudah ‘ talk is cheap’ tapi TINDAKAN kita yang menentukan kebenaran yang sebenar.

Begitu juga dalam isu kekeluargaan , saya perlu menyatakan di sini tentang isu kekeluargaan kerana kebelakangan ini saya banyak membantu dan menerima
klien tentang masalah keluarga berkaitan dengan trauma dan sebagainya.

Jika selama ini sentiasa ingin marah-marah, ada rasa tak puas hati terhadap pasangan, masalah itu bukan datangnya dari pasangan secara total tetapi ianya datang dari dalam diri anda sendiri.

Seperti yang saya selalu kongsikan tiada siapa yang dapat melukakan hati dan perasaan kita kecuali jika diri sendiri yang mengizinkan. Mulut kita boleh bercerita tentang pasangan dari A sehingga Z tetapi masih tindakan kita yang membuktikan segala.

Adakalanya situasi pasangan itu hanya pencetus untuk anda trigger luka-luka lama yang mungkin datang sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Mungkin ketika itu anda melihat situasi ibu bapa yang tidak bahagia, jadi apa yang anda lihat, dengar dan sebagainya ketika itu akhirnya membentuk sistem kepercayaan di dalam diri anda.

Jadi apa yang perlu diubah tetap kehidupan dalaman kita, bukan sekadar mengharap perubahan dari pasangan atau situasi yang berada di luar diri. Kerana apa yang anda lihat dan rasakan itu hanyalah bayangan cermin keadaan diri dalam anda yang sebenar.

Tinggalkan komen , feedback dan sebagainya sebagai pertukaran energi untuk perkongsian yang seterusnya.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan