Month: July 2021
Refleksi Lockdown 60
Perkongsian refleksi Lockdown 60. Selepas menaip beberapa baris ayat dan memadamnya semula, agak lama juga terpaku di skrin Ipad menunggu apa perkongsian yang perlu saya kongsi hari ini.
Baiklah, semalam ada seseorang menghubungi saya tentang masalah kewangan yang dihadapi sehingga mengalami depresi dan ada keinginan untuk tidak mahu hidup lagi.
Kerana adanya keinginan untuk menamatkan hidup, tanpa berlengah lagi saya terus membantu beliau dengan terapi tanpa beliau bercerita panjang tentang masalahnya. Secara jujurnya saya sendiri sehingga sekarang tidak mengetahui apakah isu yang dialami sepenuhnya, kecuali mengalami depresi kerana wang.Read More »
Refleksi Lockdown 59
Perkongsian refleksi ke 59. Saya doakan kita semua pasti diberi kesihatan yang baik, dilindungi dan dipelihara dalam apa jua keadaan.
Sebenarnya saya merancang untuk memecahkan beberapa doktrin palsu tentang rezeki dan wang dalam “kelas bimbingan dan terapi untuk kemakmuran pada sabtu ini. Ianya penting supaya dapat mengubah cara pandang dan mindset dari kekurangan kepada keberlimpahan.Read More »
Refleksi Lockdown 58
Perkongsian refleksi 58. Tadi saya terlihat satu status yang mengatakan wang perlu di tarik, jadi saya terpanggil untuk bercerita tentang wang dan juga rezeki mengikut kefahaman saya.
Ada yang mengatakan wang perlu dikejar, ada juga yang mengatakan wang perlu ditarik. Tetapi saya percaya wang sentiasa ada di mana-mana seperti udara, cahaya dan sebagainya.Read More »
Refleksi Lockdown 57
Perkongsian refleksi 57, kebelakangan ini banyak pula cerita gempar yang sedang viral. Masing-masing berusaha untuk mempertahankan diri masing-masing sehingga menjadi penyebab pergaduhan dikalangan netizen.
Kebiasaanya saya berusaha untuk tidak memfokuskan pada isu-isu tersebut. Jika ternampak hanya sekadar baca, tetapi untuk mencari dengan lebih mendalam sebolehnya saya elakkan.
Walau adakalanya gerak hati saya sudah pun merasa ada yang tidak kena berbulan lebih awal dan akhirnya gerak hati saya selama ini ternyata benar, tetapi cukup sekadar itu, sebolehnya saya hanya sekadar melihat tanpa berpihak kepada sesiapa .Read More »
Refleksi Lockdown 56
Perkongsian refleksi ke 56, saya niat mengalirkan energi kemakmuran kepada sahabat yang membaca perkongsian ini, semoga diberikan kelancaran rezeki, sentiasa sihat dan bahagia.
Ketika ini saya berusaha untuk kembali menulis di awal pagi, supaya lebih tenang dan betul-betul boleh berada di saat ini.
Setiap masa pasti ada kisahnya sendiri. Tiap keadaan juga punya ceritanya sendiri. Namun setiap waktu yang benar-benar sejati hanyalah SEKARANG menuju ke SEKARANG berikutnya.Read More »
Refleksi Lockdown 61
July 31, 2021
Refleksi, Terapi Kekayaan, Terapi Rezeki
No Comments
linn
Perkongsian refleksi 61. Saya doakan hanya yang baik-baik dan menguntungkan kepada kita semua, kesihatan yang sentiasa baik, aliran rezeki juga berada dalam keadaan lancar dan berkelimpahan.
Kebetulan kelas bimbingan & terapi malam ini saya merancang untuk untuk memecahkan doktrin yang melemahkan tentang rezeki dan wang jadi saya terpanggil untuk bercerita tentang rezeki pada perkongsian refleksi ini.Read More »