Refleksi Lockdown 32


Spread the love

Perkongsian refleksi yang ke 32, saya masih lagi ingin berkongsi tentang rezeki dan kekayaan. Saya teringat pada tahun lepas ketika moratorium ditawarkan di mana hutang bank boleh ditangguhkan pembayarannya, terdapat beberapa individu yang bertanya kepada saya tentang moratorium.

Kebetulan soalan yang mereka kemukakan kepada saya ketika itu lebih kurang sama. Adakah perlu mengambil moratorium yang ditawarkan itu?

Saya bertanya kembali kepadanya adakah selama ini beliau ada masalah untuk membayar segala hutang? Jika tiada masalah untuk membayar, ELAKKAN ambil tawaran tersebut dan teruskan saja membayar hutang.

Mengapa saya tidak menggalakkan mereka mengambil moratorium tersebut? Kerana dengan mengambil tawaran moratorium itu ia akan merosakkan sistem pembayaran hutang yang sedang bekerja untuk mereka.

Jika sistem tersebut telah bekerja dengan baik, walau bagaimana masalah kewangan yang dihadapi pasti ada jalan untuk menyelesaikan hutang tersebut tanpa gagal. Pasti ada rezeki yang datang secara tiba-tiba dengan tujuan untuk menyelesaikan hutang tersebut.

Situasi ini lebih kurang sama dengan mereka yang merokok. Orang merokok ni, walau sesak macam mana pun masalah wang yang dihadapi tetap akan ada cara atau jalan untuk membeli rokok tersebut kerana ianya telah membentuk sistem.

Apa yang berlaku jika mengambil tawaran moratorium tersebut? Sistem membayar hutang yang ada itu pasti terhenti, kerana mesej yang telah dihantar bahawa ‘aku tidak mampu’.

Apabila tawaran moratorium itu selesai, jadi hutang perlu dibayar kembali. Ketika ini agak struggle untuk mula kembali membayar hutang dan membina sistem yang baru dan ternyata ramai yang agak struggle sehingga ada yang meminta kerajaan untuk melanjutkan lagi tempoh moratorium.

Mesej yang dihantar iaitu ‘aku tidak mampu’ sebenarnya bukan setakat menghentikan sistem pembayaran hutang yang sedia ada. Tetapi memberi kesan kepada keseluruhan sistem rezeki yang sedia ada selama ini, kerana mindset tertanam adalah mindset kekurangan.

Salah satu pembuktian yang saya lihat sendiri, salah seorang bertanya pendapat tentang moratorium , beliau cukup akrab dengan saya jadi agak mudah saya memantau perkembangannya. Beliau menolak tawaran moratorium tersebut dan menyelesaikan hutang seperti biasa.

Ketika ramai yang bergelut dengan masalah rezeki dalam tempoh pandemik, PKP dan sebagainya. Beliau tetap meneruskan hidup seperti biasa, rezeki tidak terganggu malah dalam tempoh PKP ini, beliau menerima rezeki yang cukup baik seperti kenaikan pangkat dan kenaikan gaji yang cukup luar biasa.

Sebenarnya situasi ini sangat berkait rapat dengan janji ALLAH dalam surah Hud ayat 6 “ tidak satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin Allah rezekinya….”

Tinggalkan komen , feedback dan sebagainya sebagai pertukaran energi untuk perkongsian yang seterusnya.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan