Refleksi Lockdown 41


Spread the love

Perkongsian refleksi 41, agak lewat dari biasa perkongsian hari ini disebabkan oleh beberapa situasi yang tidak dijangka sejak malam semalam. Syukur alhamdulillah tiba-tiba datang gerak hati mengingatkan saya masih belum berkongsi refleksi hari ini.

Sudah menjadi kebiasaan, amat sukar untuk kita memulakan sesuatu. Tetapi jika kita sentiasa melakukan dengan berulang-ulang ia akan membentuk habit. Jadi walau sesibuk mana pun tugas lain yang perlu diselesaikan pasti akan datang peringatan dari dalam diri bahawa kita masih belum melakukan kebiasaan tersebut kerana ianya telah terbentuk seperti satu sistem.Cuma terpulang pada diri kita untuk bertindak mengikut pesanan itu atau sebaliknya.

Begitu juga dengan sistem mekanisma lain yang terbentuk dalam kehidupan kita. Segalanya tersedia untuk kita cuma tinggal untuk yakin dan percaya sahaja tentang sistem yang telah ALLAH sediakan untuk kita.

Teringat minggu lepas, seseorang telah menghubungi dan bertanya pendapat saya sebelum beliau membuat keputusan untuk membeli Iphone 12 Max. Saya memang mengetahui ketika itu beliau menggunakan iphone 7 dan sudah sampai masanya untuk menukar kepada phone yang baru.

Beliau ketika itu meminta pendapat samada membeli secara hutang atau tunai. Saya bertanya samada beliau memiliki duit yang cukup untuk membeli iphone tersebut dan beliau menjawab ada. Jadi saya sarankan kepada beliau supaya membeli secara tunai. Dan pada petang hari itu juga beliau membeli iphone itu secara tunai.

Mengapa saya mencadangkan beliau membeli iphone tersebut secara tunai? Pertama saya tidak ingin ianya membentuk satu habit atau sistem, ingin mendapatkan sesuatu perlu berhutang. Apabila berhutang untuk mendapatkan sesuatu itu menjadi satu sistem ia akan membentuk satu kebiasaan. Apabila terjadi situasi seperti kegawatan ekonomi dan sebagainya, dan tidak tahu cara menguruskan emosi dan sebagainya, ia boleh menyebabkan diri terperangkap dengan masalah hutang.

Kedua kerana saya sentiasa melatih beliau untuk meletakkan diri lebih tinggi dari segalanya. Jadi saranan untuk membeli iphone secara tunai kerana supaya beliau dapat meletakkan diri lebih tinggi daripada wang. Membeli sesuatu bukan kerana harga tetapi kerana kualiti.

Jika tahu meletakkan diri pada level yang sepatutnya wang akan datang menghampiri dan melayani anda mengikut fitrah yang sebenar kerana fitrah wang itu sendiri sentiasa ada dan berkelimpahan juga sentiasa cukup dan tidak terbatas untuk melayani kehendak fizikal kita sebagai manusia.

Tinggalkan komen , feedback dan sebagainya sebagai pertukaran energi untuk perkongsian yang seterusnya.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan