Perkongsian ke 51, bermaksud sudah 51 hari kita di minta tinggal di rumah, masih tidak boleh merentas sempadan daerah dan negeri. Sama-sama kita mencari hikmah disebalik apa yang kita lalui ketika ini supaya kita bersyukur dan memfokuskan hanya kepada perkara yang baik sahaja.
Apa yang kita fokuskan itu yang kita dapat. Selagi kita risau, takut mengeluh dan memfokuskan kepada hal-hal yang tidak membantu masalah pandemik ini selesai, maka selagi itulah kita perlu berada di dalam situasi pandemik ketika ini.
Kerana itulah, ketika sessi kelas bimbingan dan terapi yang pertama pada sabtu lepas dan ketika personal coaching dan terapi saya sentiasa mengingatkan sahabat supaya meletakkan diri lebih tinggi dari segalanya. Lebih tinggi dari masalah pandemik covid 19 ini.
Malah ketika kelas online tersebut , salah satu terapi yang saya lakukan ialah berdamai dengan pandemik sebagai satu ikhtiar supaya sahabat dapat melalui situasi pandemik ini dengan lebih baik.
Saya faham, kita tidak dapat mengelak dari rasa risau ini, malah saya sendiri ketika ini sedang merawat beberapa orang pesakit covid yang sudah pun berada di stage 4 , malah bila mengetahui keadaan mereka ada yang ketika itu sudah pun berada di ICU, jujurnya perasaan saya juga terusik. Itu normal jika ada kerisauan. Tetapi cukup hanya sebentar jangan sampai kita larut dalam emosi tersebut.
Malah, ketika merawat mereka yang sudah pun tidak sedarkan diri, saya masih lagi memfokuskan pada spiritual dan emosi untuk membangkitkan kekuatan mereka.
Jadi walau apa jua keadaan anda sekarang berusahalah untuk bangkit .Mulakan dengan memfokuskan hanya pada hal-hal yang positif kerana semua itu adalah doa.
Tinggalkan komen , feedback dan sebagainya sebagai pertukaran energi untuk perkongsian yang seterusnya.
Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia
Refleksi Lockdown 51
July 21, 2021
Uncategorized
No Comments
linn