Month: August 2021
Refleksi Lockdown 91
Perkongsian refleksi 91, malam semalam saya ada berbincang dengan seseorang yang agak rapat dengan saya, katanya manusia tidak akan mampu menyebarkan cinta sekiranya tidak memahami tentang kehidupan yang sebenar.
Dan katanya lagi, dia bersetuju dengan cara perkongsian saya di kelas online bimbingan dan terapi , Katanya dengan cara memecahkan doktrin ia dapat mengubah mindset seseorang menjadi lebih baik.
Bagi saya pula, perubahan itu hanya pasti berlaku jika seseorang itu benar-benar bersungguh untuk berubah.Saya hanya berkongsi segala ilmu dan pengalaman, segalanya terserah kepada kesungguhan masing-masing.Read More »
Refleksi Lockdown 90
Perkongsian refleksi 90, agak lama juga saya terpaku di skrin ipad menunggu apa yang ingin saya kongsikan.
Jika hanya terpaku tanpa menaip apa-apa pasti perkongsian saya masih tersekat. Jadi saya mengambil tindakan terus menaip.Taip apa saja perkataan yang bakal keluar nanti.Read More »
Refleksi Lockdown 89
Perkongsian refleksi 89, selamat berhujung minggu untuk sahabat semua, saya doakan pasti hanya perkara yang baik sahaja yang datang kepada kita.
Bercerita tentang hanya yang baik sahaja datang kepada kita adakah ianya sesuatu yang logik dan diterima akal?
Bagi saya tiada yang mustahil sekiranya kita percaya. Mengapa? Kerana baik atau buruk sesuatu hal atau kejadian itu bergantung kepada persepsi kita sendiri dan bagaimana kita memaknai sesuatu kejadian dia tersebut.Read More »
Refleksi Lockdown 87
Photo#kredit hidup saat ini.
Perkongsian refleksi 87, semalam saya ada berkongsi di status FB saya; , “menikmati kemewahan harta itu tidak salah, apa yang salah adalah melekat pada harga itu”.
Perkongsian status itu semalam rentetan dari terapi yang saya lakukan kepada seorang sahabat semalam.
Disebabkan kemiskinan dan kesusahan hidup yang pernah beliau lalui, beliau bertekad untuk mengumpul wang dan harta. Tetapi walaupun memiliki wang secukupnya beliau sangat berkira-kira dan berjimat walaupun untuk perbelanjaan dirinya.
akhirnya semalam beliau berada di dalam situasi depresi kerana wang yang dikumpulkan itu telah tiada kerana ditipu oleh seorang scammer.
Wang ditipu oleh scammer bukan perkara yang baru. Malah ramai yang saya baca mengalami situasi yang lebih kurang sama. Ada yang diuji dengan masalah ini tetapi madih dapat melalui kehidupan yang seterusnya dengan lebih baik.Read More »
Refleksi Lockdown 86
Perkongsian refleksi 86. Pagi ini tiba-tiba teringat tentang salah seorang sahabat yang pernah saya bantu untuk masalah rezeki kerana diuji dengan beberapa masalah kehidupan.
Selepas melakukan beberapa kali pembersihan, pesanan saya kepadanya, selepas ni jangan lagi risau tentang rezeki, tetapi fokuslah untuk memperbaiki diri. Alhamdulillah minggu lepas sahabat itu menghubungi saya bercerita tentang perkembangan yang lebih baik.Read More »
Refleksi Lockdown 92
August 31, 2021
Refleksi, Terapi Kehidupan, Terapi Kekayaan
No Comments
linn
Perkongsian refleksi 92, salam kemerdekaan saya ucapkan untuk semua sahabat, saya doakan kita semua pasti bebas dari doktrin-doktrin yang melemahkan, doktrin-doktrin kekurangan dan doktrin-doktrin yang menyebabkan kita terkurung di dalam penjara ghaib.
Read More »