Refleksi Lockdown 86


Spread the love

Perkongsian refleksi 86. Pagi ini tiba-tiba teringat tentang salah seorang sahabat yang pernah saya bantu untuk masalah rezeki kerana diuji dengan beberapa masalah kehidupan.

Selepas melakukan beberapa kali pembersihan, pesanan saya kepadanya, selepas ni jangan lagi risau tentang rezeki, tetapi fokuslah untuk memperbaiki diri. Alhamdulillah minggu lepas sahabat itu menghubungi saya bercerita tentang perkembangan yang lebih baik.

Kita sentiasa risau tentang sesuatu yang tidak patut risau, tetapi mengabaikan sesuatu yang perlu diberi perhatian. Kita risau tentang rezeki, sedangkan rezeki kita dan seluruh makhluk memang sudah dijamin oleh Allah.

Sebaiknya berikan tumpuan untuk memperbaiki diri dan sistem kepercayaan yang dipegang selama ini. Bebaskan diri dari doktrin-doktrin yang melemahkan tentang rezeki dan doktrin-doktrin yang tidak membantu anda memiliki kapasiti rezeki yang sepatutnya.

Kerana kapasiti rezeki yang kita miliki bergantung kepada setinggi mana keyakinan dan kepercayaan kita tentang jaminan rezeki dari Allah.

Saiz kapasiti rezeki setiap orang itu juga berbeza, mungkin saiznya hanya sebesar gelas, mungkin juga hanya sebesar mangkuk dan pastinya tidak mustahil ada yang memiliki kapasiti seluas lautan. Segalanya pasti bergantung kepada keyakinan dan kepercayaan yang dipegang selama ini.

Teringat pesan seorang guru kepada saya, “Berhentilah menjadi gelas,tapi jadikan dirimu DANAU agar kamu dapat menampung jauh lebih banyak BERKAH BERKAH SEMESTA”.

Tinggalkan komen , feedback dan sebagainya sebagai pertukaran energi untuk perkongsian yang seterusnya.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan