Refleksi Lockdown 87


Spread the love

Photo#kredit hidup saat ini.

 

Perkongsian refleksi 87, semalam saya ada berkongsi di status FB saya; , “menikmati kemewahan harta itu tidak salah, apa yang salah adalah melekat pada harga itu”.

Perkongsian status itu semalam rentetan dari terapi yang saya lakukan kepada seorang sahabat semalam.

Disebabkan kemiskinan dan kesusahan hidup yang pernah beliau lalui, beliau bertekad untuk mengumpul wang dan harta. Tetapi walaupun memiliki wang secukupnya beliau sangat berkira-kira dan berjimat walaupun untuk perbelanjaan dirinya.
akhirnya semalam beliau berada di dalam situasi depresi kerana wang yang dikumpulkan itu telah tiada kerana ditipu oleh seorang scammer.

Wang ditipu oleh scammer bukan perkara yang baru. Malah ramai yang saya baca mengalami situasi yang lebih kurang sama. Ada yang diuji dengan masalah ini tetapi madih dapat melalui kehidupan yang seterusnya dengan lebih baik.

Tetapi ada juga yang mengalami nasib yang lebih kurang sama, mengalami tekanan kerana kehilangan wang tersebut dan akhirnya mengalami depresi.

Seperti mana yang selalu saya tekankan di dalam kelas’ bimbingan dan terapi untuk kemakmuran’.Harta dan wang itu bukan untuk dikumpul atau dimiliki, tetapi untuk dinikmati. Jika harta itu untuk dimiliki, tidak akan wujud kematian dalam hidup ini.

Sememangnya segala sudah tersedia untuk kita semua. Malah kuota rezeki dan kekayaan yang disediakan untuk kita juga tidak terbatas dan sentiasa berkelimpahan.

Ambillah kuota sebanyak mana pun yang ada di alam ini tetapi ianya hanyalah untuk digunakan dan dinikmati ketika masih hidup. Bukan untuk digenggam atau dimiliki.

Energi alam semesta sifatnya mengalir . Jadi wang dan harta juga sifatnya mengalir. Sesuatu yang sifatnya mengalir dan dihentikan pengalirannya pasti mengalami masalah.

Wang yang hanya dikumpulkan dan digenggam tetapi tidak dialirkan akhirnya tetap perlu mengalir walaupun ianya melalui paksaan samada melalui kerosakan barang yang lain atau seperti yang dilalui oleh sahabat ini iaitu di tipu oleh scammer. Tetapi disebabkan wang itu dianggap miliknya secara mutlak akhirnya wujud RASA KEHILANGAN dalam dirinya sehingga mengalami masalah depresi.

Ramai orang mengalami masalah yang sama, wang ditipu. Tetapi akibat dari kesan ditipu itu berbeza, kerana perbezaan itu bergantung kepada kesedaran yang dimiliki oleh individu masing-masing.

Tinggalkan komen , feedback dan sebagainya sebagai pertukaran energi untuk perkongsian yang seterusnya.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan