Refleksi Lockdown 89


Spread the love

Perkongsian refleksi 89, selamat berhujung minggu untuk sahabat semua, saya doakan pasti hanya perkara yang baik sahaja yang datang kepada kita.

Bercerita tentang hanya yang baik sahaja datang kepada kita adakah ianya sesuatu yang logik dan diterima akal?

Bagi saya tiada yang mustahil sekiranya kita percaya. Mengapa? Kerana baik atau buruk sesuatu hal atau kejadian itu bergantung kepada persepsi kita sendiri dan bagaimana kita memaknai sesuatu kejadian dia tersebut.

Setiap kejadian yang berlaku itu pada awalnya adalah bersifat neutral, tetapi kita sendiri yang memaknai kejadian itu samada ianya baik atau buruk. Kebiasaan sesuatu kejadian itu ditafsirkan mengikut pengalaman yang pernah dan sedang dilalui sehingga membentuk kepercayaan.

Dalam satu situasi dan kejadian yang sama, mungkin bagi si A, kejadian yang berlaku itu menjadikan dirinya biasa-biasa sahaja, Bagi si B pula mungkin kejadian itu membuat dirinya teruja dan bagi si C pula, mungkin kejadian itu membuatkan dirinya terasa sedih. Segalanya bergantung kepada kepercayaan yang terhasil dari pengalaman yang telah dilalui.

Jadi baik atau buruk sesuatu kejadian itu bergantung kepada apa yang kita percaya. Tiada baik atau buruk yang bersifat objektif, segalanya bergantung kepada pengalaman kehidupan yang telah dilalui.

Jadi apa yang terbaik, terima dan raikan setiap persamaan dan perbezaan tersebut.

Tinggalkan komen , feedback dan sebagainya sebagai pertukaran energi untuk perkongsian yang seterusnya.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan