Refleksi Lockdown 90


Spread the love

Perkongsian refleksi 90, agak lama juga saya terpaku di skrin ipad menunggu apa yang ingin saya kongsikan.

Jika hanya terpaku tanpa menaip apa-apa pasti perkongsian saya masih tersekat. Jadi saya mengambil tindakan terus menaip.Taip apa saja perkataan yang bakal keluar nanti.

Setiap orang mempunyai keinginan. Setiap keinginan pula hanya akan menjadi kenyataan jika kita mampu mengubah setiap keinginan itu kepada keperluan. Keperluan itu pula hanya terjadi jika kita benar-benar fokus untuk mewujudkannya.

Ya, benar-benar fokus tanpa ada keinginan untuk menyerah sentiasa konsisten bertindak untuk mewujudkannya.

Allah juga berfirman di dalam Al-Quran surah Al-Ghafir ayat 60 ;

“ berdoalah kamu kepada Ku, nescaya aku perkenankan doa permohonan kamu”.

Apa maksudnya? Allah sentiasa konsisten memakbulkan doa setiap makhluknya.

Tetapi mengapa ada juga yang tidak mampu menjadikan impian itu sebagai satu kenyataan?

kerana kita sendiri tidak konsisten berikhtiar untuk mewujudkannya.

Berdoa bukan sekadar menadah tangan untuk meminta. Tetapi apa yang kita fokuskan, rasakan, ucapkan, dan lakukan ianya juga adalah doa. Jadi ikhtiar kita itu juga adalah satu doa.

Ikhtiar yang konsisten itu juga sebagai bukti kesungguhan doa kita untuk mewujudkan setiap impian menjadi kenyataan.

Tinggalkan komen , feedback dan sebagainya sebagai pertukaran energi untuk perkongsian yang seterusnya.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan