Refleksi Lockdown 91


Spread the love

Perkongsian refleksi 91, malam semalam saya ada berbincang dengan seseorang yang agak rapat dengan saya, katanya manusia tidak akan mampu menyebarkan cinta sekiranya tidak memahami tentang kehidupan yang sebenar.

Dan katanya lagi, dia bersetuju dengan cara perkongsian saya di kelas online bimbingan dan terapi , Katanya dengan cara memecahkan doktrin ia dapat mengubah mindset seseorang menjadi lebih baik.

Bagi saya pula, perubahan itu hanya pasti berlaku jika seseorang itu benar-benar bersungguh untuk berubah.Saya hanya berkongsi segala ilmu dan pengalaman, segalanya terserah kepada kesungguhan masing-masing.

Seseorang itu hanya boleh sukses jika mengambil tanggungjawab total untuk berubah terutamanya dalam memahami kehidupan dan memecahkan doktrin melemahkan yang berada di dalam diri sekarang.

Ilmu sudah dikongsikan jadi seterusnya perlu mengambil tanggungjawab total supaya konsisten melalui tindakan.

Tuhan sentiasa konsisten untuk memakbulkan segala doa setiap ciptaannya, jadi kita perlu konsisten berdoa melalui rasa dan tindakan kita sendiri.

Seseorang itu tidak mampu melihat dunia ini penuh dengan keberlimpahan, apabila kepercayaan yang ada di dalam diri bahawa dunia ini penuh dengan kekurangan. Jk

Seseorang itu tidak mampu menyebarkan cinta sekiranya kita melihat dunia ini penuh dengan persaingan. Sekiranya tidak mampu menyebarkan cinta amat sukar untuk hidup tenang dan bahagia.

Tinggalkan komen , feedback dan sebagainya sebagai pertukaran energi untuk perkongsian yang seterusnya.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan