Month: August 2021


Refleksi Lockdown 85


Perkongsian refleksi 85, Saya teringat kata-kata yang pernah saya baca, katanya;
Jika kamu ingin bahagia untuk 1 jam, tIdurlah, jika kamu ingin bahagia untuk 1 hari, lakukan hobi dan kegemaranmu dan kamu ingin bahagia untuk selamanya, bantulah orang lain.

Saya tertarik dengan kata-kata ‘jika ingin bahagia selamanya bantulah orang lain”dan saya amat bersetuju dengan kata-kata itu, kerana ketika kita membantu orang lain sebenarnya kita sedang membantu diri sendiri.

Apa jua kebaikan yang dilakukan terhadap orang lain, kebaikan itu pasti kembali kepada individu yang melakukan kebaikan tersebut. Ianya kembali secara natural tanpa ada paksaan dan sebagainya.Read More »

Refleksi Lockdown 84


Perkongsian refleksi 84, meletakkan diri sebagai mangsa tidak dapat menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Malah ianya membuatkan sesuatu masalah menjadi lebih besar.

Ada yang memfokuskan kepada ketakutan, akhirnya menarik ketakutan itu berlaku. Tetapi tidak mampu bertanggungjawab di atas rasa ketakutan itu tetapi menyalahkan orang lain kerana rasa takut yang dihadapi.

Ada yang memfokuskan rasa tidak selamat dan takut kehilangan orang yang disayangi akhirnya menarik lebih banyak senario rasa tidak selamat kerana takut kehilangan dan tidak mampu bertanggungjawab akhirnya meletakkan segala kesalahan itu pada orang lain, situasi dan sebagainya.

Read More »

Refleksi Lockdown 83


Perkongsian refleksi 83, selamat berhujung minggu saya ucapkan kepada semua, diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.

Jika kehidupan sentiasa sangkut dan pelbagai usaha yang dilakukan tidak berjaya seperti yang diinginkan, itu bermakna sudah sampai masanya kita belajar untuk memaafkan.Read More »

Refleksi Lockdown 82


Perkongsian refleksi 82, ketika masih lagi menjadi pelajar di sekolah, penilaian kita ditentukan oleh nilai markah yang diperolehi dalam setiap mata pelajaran. Mereka yang memiliki markah yang tertinggi dalam kesemua mata pelajaran dianggap cemerlang dan mendapat kedudukan yang pertama dan keseluruhan pelajar yang ada.

Read More »

Refleksi Lockdown 81


Perkongsian refleksi 81, hidup kita adalah mengikut apa yang kita fokuskan. Malah fokus kita adalah satu doa. Apa lagi jika fokus itu beserta dengan emosi yang intens.

Kita sentiasa berdoa, malah setiap saat kita berdoa, malah doa kita sentiasa makbul dan kehidupan kita hari ini juga adalah berdasarkan doa yang kita titipkan samada secara sedar atau tidak sedar.

Jadi jika kehidupan hari ini tidak gembira dan bahagia itu semuanya datang dari doa sendiri. Jika kehidupan hari ini gembira dan bahagia itu juga datang dari doa sendiri.

Read More »

Refleksi Lockdown 80


Perkongsian refleksi 80, bila kita faham energi sifatnya mengalir dan seluruh alam semesta ini adalah energi, jadi kesimpulannya apa yang semua inginkan dalam hidup ini adalah kebebasan.

Manusia inginkan kebebasan tidak suka dikawal, binatang juga inginkan kebebasan tidak suka dikurung. Wang juga inginkan kebebasan sentiasa perlu dialirkan.Read More »