Month: August 2021


Refleksi Lockdown 67



Perkongsian refleksi 67, saya doakan kita semua diberikan kesihatan yang terbaik, gembira dan bahagia sentiasa.

Beberapa hari ini, saya banyak menerima berita tentang kematian. Ada sahabat yang kehilangan suaminya, ada yang kehilangan bapa dan ada juga yang kehilangan ibu, adik sebagainya.

Secara jujurnya saya terasa agak sayu bila mendapat khabar berita itu. Apa yang membuatkan hati saya sayu , bukan tentang mereka yang telah pergi meninggalkan dunia kerana jika sudah sampai masa untuk pergi tetap perlu pergi walau dalam keadaan sihat sekali pun.Read More »

Refleksi Lockdown 66


Perkongsian refleksi 66. Saya doakan kita semua pasti diberikan kesihatan yang baik,rezeki yang lancar, rasa gembira dan kebahagiaan yang berpanjangan.

Satu kesilapan besar yang sering dilakukan ialah kita bergantung kepada sumber kebahagiaan yang tidak kekal dan berada di luar diri kita.

Mengikut pengalaman saya melakukan terapi, mereka yang terperangkap dengan masalah depresi, anxiety, masalah rezeki dan sebagainya kerana pergantungan mereka kepads sesuatu yang berada di luar diri.

Ada yang meletakkan wang sebagai sumber kebahagian. Malah ada yang mengatakan bahawa dirinya tidak kisah bagaimana keadaan hatinya samada gembira ataupun derita asalkan memiliki wang yang banyak.

Akibatnya hanya disebabkan kehilangan wang yang banyak dan duit yang dipinjamkan kepada seseorang tidak dapat di tuntut beliau mengalami depresi sehingga ada keinginan untuk menamatkan kehidupan.Read More »

Refleksi Lockdown 65


Perkongsian refleksi 65, hari ini terdapat beberapa kes rawatan yang saya kira urgent dan perlu diberi perhatian.

Sejak pagi tadi saya berkira-kira samada ingin berkongsi refleksi terlebih dahulu atau melakukan rawatan terlebih dahulu.

Pada mulanya saya mengambil keputusan untuk berkongsi refleksi terlebih dahulu, tetapi akhirnya saya hanya memandang kosong terhadap skrin ipad saya.Read More »

Refleksi Lockdown 64


Perkongsian refleksi 64, pagi semalam saya diberi kefahaman tentang ‘ going with flow’ atau ‘mengalir’ seperti yang dikongsikan pada perkongsian refleksi semalam.

Melalui kefahaman yang diperolehi, saya dapat merasakan betapa ALLAH sangat mencintai kita.

DIA memberikan seluruh alam semesta untuk melayani kita, malah jika kita tersalah langkah sekalipun, kita pasti ditegur dengan pelbagai tanda atau signal supaya kita sentiasa dapat berada dijalan yang betul mungkin itu yang dikatakan dosa.Read More »

Refleksi Lockdown 63



Perkongsian refleksi 63, Kehidupan bagaimana yang kita inginkan? Adakah kita inginkan kehidupan diatur atau kita yang mengatur kehidupan yang kita inginkan Segalanya bergantung di mana kita meletakkan level kesedaran diri kita.

Jika seseorang itu mampu meletakkan diri pada level kesedaran yang tinggi, mereka bukan sekadar mampu memimpin dirinya sendiri tetapi juga mampu mencipta kesempatan untuk menjadi lebih maju, lebih gembira dan lebih bahagia.Read More »

Refleksi Lockdown 62


Perkongsian refleksi 62, selepas menyelesaikan beberapa urusan tadi, sekarang baru sempat duduk dan mencari idea untuk perkongsian hari ini.

Alhamdulillah kelas bimbingan dan terapi kemakmuran telah selesai dijalankan semalam. Sebenarnya ketika sessi kelas berlangsung banyak juga ilham baru yang saya perolehi. Malah ketika berlangsung sessi mengarahkan wang melayani kita ketika itu saya melihat satu pembuktian betapa wang dan pastinya semua makhluk Tuhan ingin dilayan dengan rasa cinta.Read More »