Refleksi kehidupan 43


Spread the love


Perkongsian refleksi kehidupan 43, selagi kita hidup kita pasti menemui banyak masalah. Namun begitu masalah itu bukanlah sesuatu yang mutlak kerana masalah itu wujud hanya di fikiran.

Satu situasi yang sama, mungkin adalah masalah bagi individu A, tetapi ianya bukanlah masalah bagi individu B, dan mungkin bagi i ianya adalah batu loncatan kejayaan untuk individu C.

Malah jika ada 10 orang yang berbeza melihat situasi tersebut pasti terdapat 10 persepsi atau pandangan hanya untuk 1situasi tersebut. Jadi terbukti situasi itu bersifat neutral dan masalah itu hanya wujud di dalam fikiran.

Jadi jika terdapat situasi yang membuatkan anda merasakan ianya adalah satu masalah, nyatakan kepada diri, “ masalah ini memang untuk saya, saya terpilih untuk menguruskan masalah ini dan saya pasti mampu menyelesaikannya.
Saya bahagia dan ada juga bahagia. Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan