Refleksi Kehidupan 56


Spread the love

Perkongsian refleksi kehidupan 56, kita adalah satu, sentiasa terhubung dan tidak terpisah.

Jika kita telah merasakan bahawa diri kita paling benar, paling bagus dan paling baik. Hati-hati, kita mungkin saja berada dalam “kebaikan” yang menjatuhkan.

Elakkan dari terjebak dalam ukuran -ukuran nilai baik atau buruk yang kita ciptakan sendiri untuk orang lain.

Elakkan juga diri dari merasa bahawa kehidupan ini adalah satu persaingan kerana setiap orang memiki kehidupan dan kekayaan yang berkelimpahan.
Bebaskanlah diri dari adanya keinginan untuk mengalahkan orang lain.

Hargai orang lain itu tandanya kita menghargai diri sendiri, mencintai seluruh makhluk Tuhan, itu tandanya kita mencintai diri sendiri. Orang yang mampu mencintai diri dan menerima apa adanya, itulah orang yang bahagia.

Saya bahagia, anda bahagia dan mereka juga bahagia. Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan