Refleksi kehidupan 69


Spread the love

Perkongsian refleksi kehidupan 69, apa jua tindakan seseorang pada diri kita, bersangka baik dan maafkan dia.

jika ada yang sentiasa berusaha untuk menyakitimu, itu mungkin kerana dia sedang menderita dan menyembunyikan kesakitannya. Maka maafkan dia.

jika ada yang berbohong padamu, itu mungkin dia ingin menutupi kehampaan yang ada dalam dirinya, maka maafkan dia.

jika ada yang mengkhianati dirimu itu mungkin kerana dia ingin menyembunyikan rasa rendah diri dan kesepian yang ada dalam dirinya, Maka maafkan dia.

jika ada yang mengejek dirimu, itu mungkin kerana dia ingin menyembunyikan trauma yang pernah berlaku pada kehidupannya, maka maafkan dia.

jika ada yang meremehkanmu, itu menunjukkan betapa menderita kehidupan yang pernah dilalui, maka maafkan dia.

jika ada yang irihati dan dengki padamu, itu menunjukkan betapa banyak kekecewaan yang telah dia lalui , maka maafkan dia.

Sesiapa yang cuba menjatuhkanmu, dia sudah berada di bawahmu. Tidak ada yang perlu dirisaukan, maka maafkan dia.

Sentiasa berusaha untuk memaafkan, kerana dengan hanya memaafkan anda pasti dapat meneruskan kehidupan dengan lebih bahagia.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan