Refleksi kehidupan 70


Spread the love

Perkongsian refleksi kehidupan 70, semalam ada seseorang menghubungi dalam keadaan yang agak lemah semangatnya kerana merasakan dirinya GAGAL.

Sebenanya tiada apa yang salah dengan kegagalan. Malah secara peribadi saya menganggap kegagalan itu hanyalah satu ilusi. Kegagalan itu tidak wujud dan ianya hanyalah satu doktrin yang bertujuan untuk melemahkan manusia.

Selagi hidup kita sentiasa belajar dan terus belajar. Apa yang dianggap gagal itu hanyalah apabila diri masih belum berada pada level yang sepatutnya.
Pengalaman juga masih belum mencukupi.

Persediaan jiwa , emosi mental dan fizikal juga masih belum berada pada tahap yang sepatutnya untuk mencapai apa yang diimpikan. Pastinya semua situasi ini bukanlah satu kegagalan.

Begitu juga dengan sesuatu yang dianggap kejayaan seperti mana saya menganggap kegagalan adalah satu ilusi begitu juga dengan kejayaan ianya juga adalah satu doktrin.

Apa yang dianggap sebagai kejayaan ialah apabila diri sudah berada pada level yang sepatutnya, , memiliki pengalaman yang sudah pun sesuai dan persediaan jiwa, emosi, mental dan fizikal sudah pun berada pada tahap yang sesuai untuk mewujudkan apa yang di impikan.

Cuma saya menganggap adalah satu kebodohan, jika merasa merasakan diri adalah teruk kerana merasakan gagal dan bersikap angkuh dan bongkak kerana berjaya mencapai apa yang impikan.

Kita semua adalah manusia. Kita adalah satu, sentiasa terhubung dan tidak pernah terpisah. Malah kita semua adalah makhluk sebaik-sebaik kejadian.
Jika anda masih belum mencapai apa yang diimpikan, anda masih tetap manusia yang sempurna dan memiliki kemuliaan. Tiada kaitan dengan gagal atau berjaya.

Kita boleh merancang untuk mencapai apa jua yang diinginkan dan seterusnya berikan yang terbaik di dalam setiap usaha.

Jika belum mencapai apa yang diimpikan, teruskan saja kehidupan dengan melakukan usaha yang sepatutnya. Baiki apa yang perlu diperbaiki, ambil pengajaran dari pengalam tersebut kerana hidup adalah satu proses pembelajaran yang tidak pernah ada penghujungnya selagi masih hidup.

Teruskan usaha dengan penuh bahagia kerana kebahagiaan yang terserlah dari hati itu adalah magnet untuk memudahkan setiap impian menjadi kenyataan.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan